Pendidikan,Pertanian seiring...

Rabu, 15 Ogos 2007

Pembekal susu sekolah jangan salahkan guru

PUTRAJAYA 14 Ogos – Pembekal susu bagi Program Susu Sekolah (PSS) perlu dipertanggungjawabkan di atas isu keracunan susu di kalangan murid sekolah, kata Menteri Pelajaran, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

Serentak itu, beliau mengarahkan pembekal susu yang terdiri daripada enam atau tujuh pembekal memastikan kualiti susu dipertingkatkan mengikut standard yang sepatutnya.

“Para pembekal sepatutnya lebih tahu apa yang mereka harus lakukan untuk memastikan para guru tahu mereka tidak sepatutnya melekatkan dawai kokot pada susu yang hendak diedarkan.

“Kamu (pembekal susu) tidak boleh menuding jari pada orang lain sebab kamu yang mendapat keuntungan daripada program ini,” katanya di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas laporan sebuah akhbar yang mendakwa kesilapan guru mengendalikan susu bantuan antara punca berlakunya kes keracunan makanan di Kedah.

Menurut sumber, guru-guru telah melekatkan nama pelajar menggunakan dawai kokot pada kotak-kotak susu sehari sebelum ia diagih-agihkan kepada pelajar.

Tindakan tersebut telah menyebabkan susu tersebut dimasuki angin dan memberi kesan kepada pelajar apabila susu itu diminum keesokan hari.

Menurut Hishammuddin, jika pembekal gagal bersikap proaktif dalam menyelesaikan masalah keracunan susu, kerajaan akan mengambil susu soya sebagai gantian kerana pembekal soya mungkin lebih bertanggungjawab dan proaktif.

Justeru katanya, guru-guru tidak boleh dipersalahkan ekoran PSS menyebabkan keracunan susu di kalangan para murid.

“Isu yang timbul sekarang ialah program susu sekolah ini telah diperkenalkan sejak tahun 1960, sebelum saya lahir lagi, jadi jika guru tidak boleh kendalikannya, saya tak fikir ia boleh bertahan sehingga hari ini.

“Jadi jangan salahkan guru sebab sebelum ini tidak berlaku kejadian-kejadian sedemikian,” katanya.

Hishammuddin berkata, adalah tidak adil meletakkan sepenuh tanggungjawab ke atas guru untuk menjaga disiplin pelajar dan memeriksa kualiti susu tersebut.

“Dan kemudian, dalam masa yang sama mereka terpaksa mengajar anak-anak kita bukan hanya secara formal tetapi juga tidak formal seperti kokurikulum dan sukan,” katanya

sumber:utusan malaysia 15 ogos 2007

p/s:aku sokong..xpatut2...susu mmg dah xberkualiti bising2 plak..cepuk karang..

Kawan2,doakan aku intebiu KPLI sok yek...doakan aku berjaya,Amin...

30.5% pelajar universiti sanggup ambil rasuah

KUALA LUMPUR 14 Ogos – Sebanyak 30.5 peratus pelajar universiti di negara ini yang ditanya pendapat mereka sanggup mengambil rasuah jika diberi peluang berbuat demikian, kata Ketua Pengarah Badan Pencegah Rasuah (BPR), Datuk Ahmad Said Hamdan.

Beliau berkata, penemuan itu adalah hasil satu kaji selidik yang dijalankan oleh sebuah universiti tempatan pada tahun 2003.

Sambil menyifatkan laporan itu sebagai amat membimbangkan, beliau telah menggerakkan para pegawai BPR yang terlibat dalam Sekretariat Rakan Muda melawat institusi pengajian tinggi awam dan swasta bagi menerangkan kepada pelajar-pelajar mengenai bahaya gejala rasuah.

“Bagi kami, hasil kaji selidik itu adalah satu petunjuk bahawa ada sekumpulan pelajar kita amat bersikap materialistik. Mereka sanggup buat apa sahaja asalkan dapat habuan.

“Walaupun kaji selidik itu dibuat empat tahun lalu kita tetap menjadikannya sebagai panduan bagi memastikan kejayaan usaha kita dalam meningkatkan kesedaran di kalangan pelajar universiti mengenai amalan rasuah,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada Utusan Malaysia ketika melawat Ibu Pejabat Kumpulan Utusan di sini, hari ini.

Dalam kunjungan itu, Ahmad Said mengadakan perbincangan dengan Ketua Pengarang Kumpulan Utusan, Datuk Khalid Mohd.

Ahmad Said berkata, pihaknya memandang berat hasil kaji selidik itu memandangkan pelajar universiti bakal menjadi pencorak kepada masa depan negara.

Beliau berkata, mungkin ada di antara mereka kelak akan menjadi pemimpin, penjawat awam dan ahli korporat yang berjaya.

“Kita tidak mahu mereka ini menjadi golongan yang bersikap materialistik hingga sanggup mengamalkan rasuah kerana yang akan menjadi mangsa kelak adalah negara dan rakyat.

“Oleh itu, kita perlu menyedarkan mereka. Saya yakin dengan adanya program seperti ini mereka akan menjadi golongan yang membenci rasuah sekali gus tidak membenarkan amalan jijik itu terus berlaku,” katanya.

Menurut Ahmad Said, selain pelajar universiti, BPR turut mengadakan program yang sama di kalangan pelajar sekolah rendah dan menengah.

“Bagi kami kesedaran ini mengenai gejala rasuah perlu wujud sejak mereka di bangku sekolah lagi,” katanya.

Ditanya mengenai kajian terbaru berkaitan kecenderungan pelajar universiti mengambil rasuah, beliau berkata, kajian tersebut masih berjalan.

“Kita kini dalam proses menyiapkan kajian tersebut bagi membolehkan satu perbandingan dibuat antara kajian terbaru dengan kajian yang dibuat empat tahun lalu.

“Dengan adanya perbandingan ini BPR akan dapat mengetahui keberkesanan program-program kesedaran yang kita jalankan selama ini,” ujarnya.

Sementara itu, Ahmad Said berkata, BPR telah melantik 300 penolong penguasa baru bagi memantapkan lagi usaha agensi itu memerangi gejala rasuah di negara ini.

Ketua Pengarah BPR, Datuk Ahmad Said Hamdan berkata, pelantikan penolong penguasa berkenaan dibuat setelah Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) meluluskan permohonan penambahan anggota BPR pada tahun lepas.

“Buat masa ini, mereka masih menjalani latihan di Maktab Polis Kuala Kubu Bharu. Saya yakin dengan kemasukan mereka, ia boleh memantapkan lagi organisasi kita,” katanya.

Dalam perkembangan sama, Ahmad Said mengakui amalan rasuah masih berlaku di negara ini tetapi ia tidak berleluasa.

Katanya, ia amat berkaitan dengan kesedaran orang ramai untuk melaporkan kes rasuah kepada BPR yang kini disifatkannya sebagai amat memberangsangkan.

“Saya tidak kata amalan rasuah tidak berlaku. Ia berlaku tetapi tidak sampai ke tahap berleluasa. Dengan kesedaran masyarakat yang semakin tinggi kita lihat amalan jijik ini semakin dapat dikawal,” ujarnya.

Sementara itu, ketika ditanya mengenai jumlah maklumat yang diterima setakat ini beliau berkata, sehingga bulan Jun lalu, sebanyak 5,339 maklumat telah diterima.

“Pada tahun lalu, jumlah maklumat yang diterima adalah sebanyak 11,061. Atas sebab keselamatan identiti mereka yang memberi maklumat akan dirahsiakan dan dilindungi,” tambahnya.

p/s:mak aii..ramai tu...bayankanla generasi ni yang akan jadi pemimpin negara di masa hadapan...adui sakit2..

Selasa, 14 Ogos 2007

universiti pertanian:wajarkah diwujudkan semula?

wajarkah diwujudkan semula?apa definisi universiti pertanian sebenarnya?Universiti pertanian malaysia?tu baru universiti pertanian?bagi seorang graduan pertanian die berpendapat kita xperlu mewujudkan universiti baru..tetapi kita perlu perkasakan universiti sedia ada..ye lah kita da ada inovasi dalam bidang pertanian nie da banyak,dari pelbagai universiti..USM dengan keli kanvasnye,UMT dengan keli hibridnye dan nemonye,UPM xyah cakap arr..pelbagai2 penyelidikan dan.fakulti2 di Universiti nie da ada asas yang kukuh..kenapa kita perlu bermula dari asas sedangkan kita da ada asas yang kukuh?fakulti sains makanan USM misalnye cukup dasyat..macam2 inovasi,UMT dengan fakulti sains makanan dan agroteknologinya serta Institut akuakultur tropikanya cukup hebat,UPM da mmg expert bidang nie..kerajaan sewajarnya memberi lebih peruntukan kpada universiti yg terbabit bidang prtanian nie supaya mereka lebih berdaya maju,lebih hebat dari apa mereka ada sekarang..nie nk g present papaer kt oversea pun xder peruntukan,kmenterian pertanian wujudkanla geran-geran penyelidikan yang tersendiri untuk memajukan bidang pertanian nie..supaya senang pelajar,pensyrah,doktor dan prof2 kita membangunkan bidang nie..x usahla wujudkan universiti baru yang hanya akan jadi gajah putih bila polisi kerajaan bertukar nanti..ye x?kita fikir2kanla..kukuhkan yg sedia ada,bukan bermula semula..nie lah rang kata kuman di seberang laut nampak,gajah di depan mata tersepak sebab xnampak..

keracunan susu: wajarkah diganti susu soya?

kes keracunan susu banyak berlaku sekarang ni kt sekolah2..terdapat cadangan menggantikan susu bantuan ni dgn susu soya..pada pendapat seorang graduan pertanian..dia xsetuju..kenapa?malaysia kan nak menjadi negara pertanian maju.KIta ada penternak kambing susu di serata negara.kenapa kita perlu beli susu soya yang diimport?yang dihasilkan di negara lain..lagipun kalo kita ganti susu bantuan nie dengan susu kambing..tentu para penternak akan bersetuju kan?kita dapat memacu industri penternakan kambing di malaysia..ni asyik2 nk barang import..sendiri ada xnk guna..ni lah orang kata kuman seberang laut nampak,gajah di depan mata x nampak..

Jumaat, 3 Ogos 2007

TENOM 1 Ogos – Gara-gara memukul isteri, seorang penoreh getah dihukum oleh Mahkamah Anak Negeri di sini membayar dengan seekor kambing bernilai RM800 kepada isterinya sebagai denda dan ganti rugi.

Mahkamah Anak Negeri (MAN) yang bersidang di sini mengarahkan Pirid Karim 26, membayar denda itu selepas dia didapati bersalah kerana melakukan serangan dan berkelakuan mengancam di bawah Seksyen 4, Enakmen MAN 1992.

Ketua Anak Negeri, Fatimah Ibrahim yang membicarakan kes itu mengarahkan tertuduh menyerahkan sejumlah denda itu kepada mangsa, Rapiah Mitik, 24, iaitu isteri tertuduh.

Menurut keterangan kes, dalam kejadian kira-kira pukul 11 malam, 14 Julai lalu, Pirid didakwa menumbuk mangsa sebanyak tiga kali di bahagian mata sebelah kanan dan menyebabkan kesan cedera di leher isterinya akibat terkena kuku.


sumber:utusan malaysia 2 ogos 2007


P/s: korang agak-agak ar kan...dier bagi kambing boer ker feral?saanen?kaprima?kampung?

Rabu, 1 Ogos 2007

mari membiak ikan laga(Betta splendens)



ermm..menurut kajian yang dilakukan, Malaysia merupakan pengeluar terbesar ikan hiasan dunia tapi singapura merupakan pengeksport terbesar...nape plak jadi gitu ekk?korang paham2 la..lembu punya susu sapi dapat nama...hhehe.Ikan-ikan hiasan banyak dihasilkan di Malaysia tetapi dieksport di singapura menggunakan nama singapura.konon-konon dieorang yang wat la..padahal kita...Malaysia merupakan antara pengeluar yang menghasilkan ikan Discus,Ikan Emas,Koi,dan Kelisa yang terbaik di dunia...bangga tak?hihih..errmm ok arini aku akan ajar korang camner nak wat breeding atau pembiakan ikan laga atau ikan spilar yang femes pada masa kita kecik2 dulu ni..sekarang pun ikan ni mempunyai peminat mereka yang tersendiri..

pendahuluan

Ikan laga ni sebenarnya mempunyai beberapa varieti atau jenis2 yang berbeza..ia dapat dikenal pasti melalui bentuk ekor nya.ada spesis crown tail,half moon,moon atau jenis yang biasa.yang femes atau harga yang mencecah rm 20 hingga ratus2 sekor biasanya half moon..cantik kalo korang tengok..meleleh air liur.caya arr aku cakap..gambar yang aku tunjuk tu crown tail.ikan laga nie mempunyai bermacam2 warna dan kualitinya juga dinilai dari warna,sama ada sekata ke,seragam ke..gitu arr..aku pun xberape expert..

jantina

cara nak kenal ikan jantan senang ajer..biasernya ikan jantan ekor die panjang.tapi xsemestinya sebab sekarang nie para penternak dah hasilkan betina yang ekor panjang gak.Jadi masalah arr sket..tapi yg betina ni korang akan dapat kenal pasti melalui abdomen dan juga biji putih di bahagian anusnya..bwh ikan tuh arr..

kematangan

untuk pembiakan korang memerlukan induk yang matang jadi pilihla dengan betul..

jantan
induk jantan yang matang dan bersedia untuk membiak akan membuat buih di permukaan..tuh maknenya dia ngan 'hot' arr tuh.

betina
Bagi yang betina plak,macam biasa arr perut atau abdomen dia akan buncit,dan terdapat biji putih di bahagian anusnya...

Kaedah pembiakan

Bagi kaedah pembiakan,korang kene sediakan yang selesa 1 kaki x 1 kaki x 1 kaki.tapi lagi kecik pun takder masalah..aku cume cakap hak asasi ikan tuh arr.cube korang bayangkan korang baru kahwin dan dapat bilik yg sangat sempit untuk malam pertama.huih..seksa..macam tu jugak ar dengan ikan laga neh..bagi nak bagi tongkat ali atau super power atau orang kampung kt ikan nie letak arr daun ketapang...air die akan jadi berasid dan sesuai untuk pembiakan..die lagi gersang..dan cepat membiak.untuk meransang pembentukan buih oleh jantan,sebaiknya letak arr polistrene atau kiambang untuk mengekalkan buih tuh sebab ikan akan suka buat buih di bawahnya..

sebaiknya korang letak dulu bekas yang ada induk jantan dan induk betina ni sebelah2 di dalam bekas yang berasingan dulu,ye la kan bagi kenal2 dulu,main sms dulu ker..jagi xder arr dieorang wat secara ganas nanti.lagi satu dalam tangki pembiakan letak arr daun atau batu kecik utk jadi pelindung kepada betina,mana la kita tau kan die dapat laki ganas ker..jadi kene arr bagi perlindungan..

selepas jantan buat buih baru arr dimasukkan induk betina..induk jantan dan betina nie sebaiknya dicampurkan atau dikahwinkan di awal pagi..menjelang tengahari ikan nie akan melakukan ritual peneluran..ikan jantan akan menari dengan mengibaskan ekornya,membelit betina dan mengutip telur dan memasukkannya ke dalam buih..benda nie akan berlaku dari setengah jam hinga sejam gitu arr..selepas tu keesokan harinya ceraikanla dieorang..alih yg betina tinggalkan yang jantan sahaja..sebab jantan akan jaga telur dan ditakuti yg betina akan makan telur atau anak..

telur tu akan menetas dalam masa 24jam hingga 36jam bergantung pada suhu semasa..sebaiknya letak di atas kayu atau rak..jangan letak atas simen..sejuk..mati ikan nanti.selepas sehari anak ikan menetas.alih arr jantan plak ke dalam bekas lain.sebab ikan jntan nie da lama tak makan,jadi ia lapar dan ditakuti ia akan makan anak die sendiri(bukan ditakuti,memang ye pun).

Penjagaan anak

anak2 ikan laga perlu diberi makan selepas 3 hari mereka menetas,korang tenok arr perut atau yolk dieorang da kempis baru bagi makan..seeloknya rotifer disamping air hijau sebagai supplemen..kebaikan air hijau ni die akan melindungi badan anak ikan dari penembusan cahaya matahari yang boleh merosakkan mata dan organ anak ikan tersebut.air hijau nie sebenarnya mengandungi phytoplankton bernama chorella secara majoritinya,tapi ada gak banyak species lain yg ada.ia boleh didapati dari air ternakan ikan tilapia,ikan keli.korang perhatikan air dalam kolam ternakan dua spesis ni hijau,tu arr air hijau yang dimaksudkan..ok?

selepas seminggu cuba ar dapatkan moina atau artemia untuk peringkat pemakanan seterusnya..ikan laga nie akan makan apa sahaja yang muat dengan mulutnye..satu lagi tips ikan laga nie akan lagi cantik dan cepat membesar jika diberi makanan hidup mcm jentik2 ataupun frozen blood worm...cube arr yerkk!!