
Salam,
Hari ni aku rasa hangat hati..kate orang kedah..taktau la betul ke tak..haha...sebabnya nape?aku nak semak kertas exam yang menimbun hari ni.tapi ada benda yang menganggu tugas aku.apa dia?ni cerita dia.
Aku dah sertakan kertas borang OMR tuh,ala yang hitamkan ABC tuh,bersama-sama dengan kertas soalan. Faedahnya untuk memudahkan aku menyemak jawapan nanti.yelah,40 soalan beb..banyak tu..budak ada 30 lebih.40x30..tak ke 1200 jawapan aku nak semak nanti?mau juling kalau satu-satu.Tapi adalah satu makhluk Allah ni dia pi pandai-pandai suruh budak isi dalam kertas soalan je,suruh bulatkan jawapan.suruh abaikan borang OMR tuh..takke senak perut namanya tu?sape nak semak kertas soalan tu satu satu?dia ke aku?
Ni la namanya menyusahkan orang.Aku bukannya tak letak borang OMR tu.Bukan nak suruh dia cari sendiri.aku dah bagi bersama kertas soalan.Dah bagi.Tapi dia pandai2 suruh budak isi dalam kertas soalan tu kenapa?dari aku tengah semangat semak jawapan budak,tiba-tiba jadi ilang semangat.kerja bodoh la namanya ni.bukan aku malas nak semak.tapi kerja kena wat secara bijak la.sebab kerja bertimbun.banyak lagi tak siap.aku guru kelas,nak kena susun markah budak lagi,nak siapkan repot disiplin gi JPN lagi.ni nak semak kertas soalan matapelajaran sendiri pun tak siap disebabkan ada makhluk semacam ini.Menyusahkan orang!ya Allah..moga2 permohonanku bertukar menjadi kenyataan..jauhkanlah aku dari sifat benci dan amarah..
Pendidikan,Pertanian seiring...
Isnin, 19 April 2010
Hangat hati!
tulis pakai keyboard PC
cavcite
di
10:19 PG
0
ulasan
Label: pendidikan
Ahad, 18 April 2010
Guru : antara realiti dan fantasi

salam,
ramai orang kata kerjaya cikgu senang..balik kul 2..duk umah lepak2..keje setengah hari,gaji sama je cam pegawai kerajaan lain.Disebabkan ini ramai yang nak jadi cikgu atau jadikan cikgu pilihan selamat semasa memohon UPU.sekarang mai aku habaq kat hangpa..mana satu realiti mana satu fantasi..
Fantasi 1: Kerja cikgu setengah hari,pukul 2 bunyi loceng dah boleh balik.
Realiti : Zaman dulu boleh beb,sekarang rata-rata cikgu balik pukul 5-6 petang..bayangkan start kerja pukul 7.30 pagi,habis pukul 6 petang!Nak jadi cikgu lagi?
Fantasi 2 : Cikgu cuti sekolah banyak!lebih 30 hari!
Realiti : Cikgu memang ada cuti sekolah banyak,tetapi cikgu-cikgu bercuti atas budi bicara pengetua/guru besar. Kalau diperlukan di sekolah. Guru-guru wajib hadir! bayangkan korang duk kampung tetiba pengetua suruh hadir!tak ke haru?Guru-guru hanya ada cuti rehat khas yang boleh dimohon selama 7 hari berbanding cuti rehat bagi pegawai kerajaan lain sebanyak 30 hari. Maknanya selain cuti sekolah,cikgu-cikgu hanya boleh bercuti sehari dalam 2 bulan. amacam?ada goyah sket nak jadi cikgu?
Fantasi 3 : Cikgu hanya mengajar sahaja,takde kerja lain dah!
Realiti : Ni la khayalan atau impian paling indah..sebenarnya cikgu kena jaga disiplin budak,isi maklumat budak,buat rancangan program,jadi juruacara,jadi tester makanan kantin,jadi tukang repair alat sekolah rosak,jadi tukang buat surat,pendek kata jadi apa-apa sahaja yang boleh jadi!
tu baru yang boleh jadi,yang kena buat?kena buat headcount,kena hantar maklumat kat ppd,kena keep in markah budak,kena keep in maklumat buku perpustakaan,kena isi maklumat disiplin,kena tanda kedatangan,kena kutip yuran,kena kutip duit buku kerja dan macam2 lagi...amacam,nak jadi cikgu lagi sekarang??nak?
korang ada lagi fantasi atau mitos tentang kerjaya guru?komen kat sini..nanti aku bagitahu realiti die...hehhe
tulis pakai keyboard PC
cavcite
di
8:24 PTG
2
ulasan
Label: pendidikan
Khamis, 18 Disember 2008
seminar bioteknologi negeri kelantan 2008
Tarikh: 21.12.2008 - Ahad
Masa: 8pagi - 5.30pm
Tempat: Dewan Teratai, Kota Darulnaim
Sasaran Peserta: Pelabur, Agensi Kerajaan Swasta, Wakil Parlimen & DUN, IPTA/S, Mahasiswa & Siswazah
Anjuran: Kerajaan Negeri (Melalui JK Exco Pertanian, Indsutri Desa & Bioteknologi), PMBK & Kelantan Biotech Corp Sdn Bhd.
Antara kertas kerja yang akan dibentangkan ialah:
I. Agro-Bioteknologi Adalah Satu Perniagaan - Prof Ibrahim, Dekan Fakulti Agro Industri UMK.
II. Pertanian Lestari Kearah Melahirkan Usahawantani - Prof. Dr. Mohd Razi Ismail, Institut Teknologi Pertanian, UPM
III. Pengurusan Tanaman & Teknologi Biji Benih Berkualiti - Prof Maziah, Fakulti Bioteknologi & Biomolekul UPM
IV. Bioteknologi Dalam Sektor Penternakan - Jabatan Haiwan Negeri Kelantan.
Seminar sehari tersebut akan mengupas panjang lebar tentang peluang niaga dan industri baru yang wajar diceburi oleh rakyat Kelantan dalam sektor bioteknologi di Negeri Kelantan dan akan memperkenalkan teknologi baru yang berkaitan bagi meningkatkan produktiviti hasil pertanian di Kelantan.
sumber:http://usahawantani-kelantan.blogspot.com/2008/12/seminar-bioteknologi-negeri-kelantan.html
tulis pakai keyboard PC
cavcite
di
1:21 PG
0
ulasan
Label: bioteknologi, pendidikan, pertanian, seminar
Rabu, 15 Ogos 2007
Pembekal susu sekolah jangan salahkan guru
PUTRAJAYA 14 Ogos – Pembekal susu bagi Program Susu Sekolah (PSS) perlu dipertanggungjawabkan di atas isu keracunan susu di kalangan murid sekolah, kata Menteri Pelajaran, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.
Serentak itu, beliau mengarahkan pembekal susu yang terdiri daripada enam atau tujuh pembekal memastikan kualiti susu dipertingkatkan mengikut standard yang sepatutnya.
“Para pembekal sepatutnya lebih tahu apa yang mereka harus lakukan untuk memastikan para guru tahu mereka tidak sepatutnya melekatkan dawai kokot pada susu yang hendak diedarkan.
“Kamu (pembekal susu) tidak boleh menuding jari pada orang lain sebab kamu yang mendapat keuntungan daripada program ini,” katanya di sini, hari ini.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas laporan sebuah akhbar yang mendakwa kesilapan guru mengendalikan susu bantuan antara punca berlakunya kes keracunan makanan di Kedah.
Menurut sumber, guru-guru telah melekatkan nama pelajar menggunakan dawai kokot pada kotak-kotak susu sehari sebelum ia diagih-agihkan kepada pelajar.
Tindakan tersebut telah menyebabkan susu tersebut dimasuki angin dan memberi kesan kepada pelajar apabila susu itu diminum keesokan hari.
Menurut Hishammuddin, jika pembekal gagal bersikap proaktif dalam menyelesaikan masalah keracunan susu, kerajaan akan mengambil susu soya sebagai gantian kerana pembekal soya mungkin lebih bertanggungjawab dan proaktif.
Justeru katanya, guru-guru tidak boleh dipersalahkan ekoran PSS menyebabkan keracunan susu di kalangan para murid.
“Isu yang timbul sekarang ialah program susu sekolah ini telah diperkenalkan sejak tahun 1960, sebelum saya lahir lagi, jadi jika guru tidak boleh kendalikannya, saya tak fikir ia boleh bertahan sehingga hari ini.
“Jadi jangan salahkan guru sebab sebelum ini tidak berlaku kejadian-kejadian sedemikian,” katanya.
Hishammuddin berkata, adalah tidak adil meletakkan sepenuh tanggungjawab ke atas guru untuk menjaga disiplin pelajar dan memeriksa kualiti susu tersebut.
“Dan kemudian, dalam masa yang sama mereka terpaksa mengajar anak-anak kita bukan hanya secara formal tetapi juga tidak formal seperti kokurikulum dan sukan,” katanya
sumber:utusan malaysia 15 ogos 2007
p/s:aku sokong..xpatut2...susu mmg dah xberkualiti bising2 plak..cepuk karang..
Kawan2,doakan aku intebiu KPLI sok yek...doakan aku berjaya,Amin...
tulis pakai keyboard PC
cavcite
di
12:12 PG
0
ulasan
Label: pendidikan
30.5% pelajar universiti sanggup ambil rasuah
KUALA LUMPUR 14 Ogos – Sebanyak 30.5 peratus pelajar universiti di negara ini yang ditanya pendapat mereka sanggup mengambil rasuah jika diberi peluang berbuat demikian, kata Ketua Pengarah Badan Pencegah Rasuah (BPR), Datuk Ahmad Said Hamdan.
Beliau berkata, penemuan itu adalah hasil satu kaji selidik yang dijalankan oleh sebuah universiti tempatan pada tahun 2003.
Sambil menyifatkan laporan itu sebagai amat membimbangkan, beliau telah menggerakkan para pegawai BPR yang terlibat dalam Sekretariat Rakan Muda melawat institusi pengajian tinggi awam dan swasta bagi menerangkan kepada pelajar-pelajar mengenai bahaya gejala rasuah.
“Bagi kami, hasil kaji selidik itu adalah satu petunjuk bahawa ada sekumpulan pelajar kita amat bersikap materialistik. Mereka sanggup buat apa sahaja asalkan dapat habuan.
“Walaupun kaji selidik itu dibuat empat tahun lalu kita tetap menjadikannya sebagai panduan bagi memastikan kejayaan usaha kita dalam meningkatkan kesedaran di kalangan pelajar universiti mengenai amalan rasuah,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada Utusan Malaysia ketika melawat Ibu Pejabat Kumpulan Utusan di sini, hari ini.
Dalam kunjungan itu, Ahmad Said mengadakan perbincangan dengan Ketua Pengarang Kumpulan Utusan, Datuk Khalid Mohd.
Ahmad Said berkata, pihaknya memandang berat hasil kaji selidik itu memandangkan pelajar universiti bakal menjadi pencorak kepada masa depan negara.
Beliau berkata, mungkin ada di antara mereka kelak akan menjadi pemimpin, penjawat awam dan ahli korporat yang berjaya.
“Kita tidak mahu mereka ini menjadi golongan yang bersikap materialistik hingga sanggup mengamalkan rasuah kerana yang akan menjadi mangsa kelak adalah negara dan rakyat.
“Oleh itu, kita perlu menyedarkan mereka. Saya yakin dengan adanya program seperti ini mereka akan menjadi golongan yang membenci rasuah sekali gus tidak membenarkan amalan jijik itu terus berlaku,” katanya.
Menurut Ahmad Said, selain pelajar universiti, BPR turut mengadakan program yang sama di kalangan pelajar sekolah rendah dan menengah.
“Bagi kami kesedaran ini mengenai gejala rasuah perlu wujud sejak mereka di bangku sekolah lagi,” katanya.
Ditanya mengenai kajian terbaru berkaitan kecenderungan pelajar universiti mengambil rasuah, beliau berkata, kajian tersebut masih berjalan.
“Kita kini dalam proses menyiapkan kajian tersebut bagi membolehkan satu perbandingan dibuat antara kajian terbaru dengan kajian yang dibuat empat tahun lalu.
“Dengan adanya perbandingan ini BPR akan dapat mengetahui keberkesanan program-program kesedaran yang kita jalankan selama ini,” ujarnya.
Sementara itu, Ahmad Said berkata, BPR telah melantik 300 penolong penguasa baru bagi memantapkan lagi usaha agensi itu memerangi gejala rasuah di negara ini.
Ketua Pengarah BPR, Datuk Ahmad Said Hamdan berkata, pelantikan penolong penguasa berkenaan dibuat setelah Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) meluluskan permohonan penambahan anggota BPR pada tahun lepas.
“Buat masa ini, mereka masih menjalani latihan di Maktab Polis Kuala Kubu Bharu. Saya yakin dengan kemasukan mereka, ia boleh memantapkan lagi organisasi kita,” katanya.
Dalam perkembangan sama, Ahmad Said mengakui amalan rasuah masih berlaku di negara ini tetapi ia tidak berleluasa.
Katanya, ia amat berkaitan dengan kesedaran orang ramai untuk melaporkan kes rasuah kepada BPR yang kini disifatkannya sebagai amat memberangsangkan.
“Saya tidak kata amalan rasuah tidak berlaku. Ia berlaku tetapi tidak sampai ke tahap berleluasa. Dengan kesedaran masyarakat yang semakin tinggi kita lihat amalan jijik ini semakin dapat dikawal,” ujarnya.
Sementara itu, ketika ditanya mengenai jumlah maklumat yang diterima setakat ini beliau berkata, sehingga bulan Jun lalu, sebanyak 5,339 maklumat telah diterima.
“Pada tahun lalu, jumlah maklumat yang diterima adalah sebanyak 11,061. Atas sebab keselamatan identiti mereka yang memberi maklumat akan dirahsiakan dan dilindungi,” tambahnya.
p/s:mak aii..ramai tu...bayankanla generasi ni yang akan jadi pemimpin negara di masa hadapan...adui sakit2..
tulis pakai keyboard PC
cavcite
di
12:08 PG
0
ulasan
Label: pendidikan
Jumaat, 3 Ogos 2007
TENOM 1 Ogos – Gara-gara memukul isteri, seorang penoreh getah dihukum oleh Mahkamah Anak Negeri di sini membayar dengan seekor kambing bernilai RM800 kepada isterinya sebagai denda dan ganti rugi.
Mahkamah Anak Negeri (MAN) yang bersidang di sini mengarahkan Pirid Karim 26, membayar denda itu selepas dia didapati bersalah kerana melakukan serangan dan berkelakuan mengancam di bawah Seksyen 4, Enakmen MAN 1992.
Ketua Anak Negeri, Fatimah Ibrahim yang membicarakan kes itu mengarahkan tertuduh menyerahkan sejumlah denda itu kepada mangsa, Rapiah Mitik, 24, iaitu isteri tertuduh.
Menurut keterangan kes, dalam kejadian kira-kira pukul 11 malam, 14 Julai lalu, Pirid didakwa menumbuk mangsa sebanyak tiga kali di bahagian mata sebelah kanan dan menyebabkan kesan cedera di leher isterinya akibat terkena kuku.
sumber:utusan malaysia 2 ogos 2007
P/s: korang agak-agak ar kan...dier bagi kambing boer ker feral?saanen?kaprima?kampung?
tulis pakai keyboard PC
cavcite
di
1:14 PG
0
ulasan
Label: pendidikan
Rabu, 25 Julai 2007
Tiga menteri Kabinet mahu guru tidak putus asa
KUALA LUMPUR 24 Julai – “Kami dulu terdiri daripada anak murid yang kena cubit, kena piuh telinga, kena rotan di tapak tangan dan kena pelbagai disiplin tetapi ibu bapa hormat tindakan itu bagi melahirkan masyarakat berdisiplin,’’ kata Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Warisan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim.
Beliau mencadangkan kaedah hukuman jenis itu wajar ‘dilihat balik’ dalam usaha mendisiplinkan pelajar.
Menteri Pelajaran, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein pula berkata, masih terdapat sebilangan besar anggota masyarakat yang mengiktiraf sumbangan dan pengorbanan guru.
Justeru, katanya, guru perlu tabah dan tidak mudah berputus asas dalam menjalankan amanah mereka.
‘‘Saya nak ingatkan kepada guru yang lain, jangan perkara-perkara yang ditimbulkan sejak kebelakangan ini meluntur dan melemahkan semangat mereka,’’ katanya.
Menteri Penerangan, Datuk Seri Zainuddin Maidin pula berkata, tindakan tegas para guru sering kali disalahertikan oleh segelintir pihak sedangkan kaedah pengajaran yang tegas telah terbukti melahirkan generasi yang berdisiplin.
Beliau berkata, apa yang cuba dibuat oleh warden asrama sebuah sekolah di Sarawak baru-baru ini mungkin satu pengajaran kepada kumpulan pelajar itu supaya tidak mengulangi kesalahan mereka.
“Kita tak dapat nafikan ada guru yang berniat baik. Kita tidak nafikan guru di Sarawak itu mempunyai niat baik kerana masalah yang dihadapi telah berpanjangan dan bukan baru.
“Malah dari segi agama pun kadang-kadang Tuhan turunkan bala untuk memberi peringatan dan pengajaran. Apa yang guru ini buat ialah supaya setiap murid bersama berkongsi perbuatan salah dan mencegah orang lain daripada membuat perkara sama,” katanya.
Ketiga-tiga menteri itu ditemui selepas pertandingan akhir Kuiz Perdana Khas Kemerdekaan anjuran Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan dengan kerjasama Kementerian Pelajaran dan Kementerian Penerangan di Auditorium Perdana, Angkasapuri di sini hari ini.
Menurut mereka, para guru tidak seharusnya mudah berputus asa dengan kritikan negatif yang dilemparkan terhadap profesion itu dalam media sejak akhir-akhir ini dan mereka perlu bersikap profesional menangani isu berkaitan dengan cara guru menangani masalah disiplin pelajar.
Mereka meminta masyarakat supaya tidak menghukum terlalu cepat guru yang dianggap bersikap keterlaluan dalam menangani disiplin a pelajar kerana terdapat guru yang betul-betul komited dalam menjalankan tugas mereka untuk mendidik anak bangsa menjadi insan berguna.
Menteri-menteri itu juga mahukan para guru bersikap terbuka dan menjadikan laporan media itu sebagai suatu iktibar.
Media sejak akhir-akhir ini menyiarkan laporan mengenai tindakan yang dianggap keterlaluan oleh guru ketika menghukum pelajar yang melanggar disiplin.
Terbaru adalah kes seorang guru yang juga warden asrama sebuah sekolah di Sarawak yang bertindak merendam 200 pelajar perempuan di dalam kolam ekoran kesalahan mereka membuang tuala wanita ke dalam mangkuk tandas sungguhpun telah ditegur berkali-kali.
Hishammuddin turut mengingatkan para guru supaya berhemah dalam tindakan mereka menghukum pelajar supaya ia tidak disalahertikan dan menyebabkan guru lain berasa bersalah.
Sementara itu, Rais berkata, pendekatan untuk mendidik pelajar memerlukan penggabungan pendekatan lembut, pendekatan tegas dan tindakan disiplin.
Bagaimanapun, beliau berkata, tindakan disiplin itu boleh diperhalusi supaya ia sesuai dengan tuntutan zaman tanpa mengurangkan nilai pengajaran terhadap murid-murid yang terlibat.
sumber utusan malaysia 25 julai 2007
p/s:hahah...bagus2..dah lame aku nk dgr komen begini dari pak menteri sendiri...hihihi
tulis pakai keyboard PC
cavcite
di
9:49 PG
2
ulasan
Label: pendidikan
Isnin, 23 Julai 2007
Warden pertahan rendam 200 pelajar dalam kolam
sumber:utusan malaysia 23 julai 2007
SIBU 22 Julai – Warden Sekolah Menengah Kebangsaan Bawang Assan, dekat sini yang mengarahkan 200 pelajar perempuan berendam di dalam kolam ekoran tindakan seorang daripada mereka membuang tuala wanita ke dalam mangkuk tandas sekolah Rabu lalu, mempertahankan tindakannya.
Warden wanita itu, Wee Yim Pien berkata, beliau telah berulang kali mengingatkan para pelajar supaya tidak membuang tuala wanita ke dalam mangkuk tandas sejak tiga tahun lalu.
Bagaimanapun, katanya, sesetengah pelajar tidak menghiraukan amarannya menyebabkan saluran tandas kerap tersumbat.
Keadaan itu katanya, menyebabkan pengawas sekolah terpaksa menggunakan tangan untuk mengeluarkan tuala wanita yang dibuang ke dalam mangkuk tandas setiap kali saluran tandas tersumbat.
‘‘Sedangkan tempat membuang sampah memang disediakan di luar tandas untuk pelajar perempuan membuang tuala wanita.
‘‘Pihak sekolah turut menyediakan surat khabar lama untuk memudahkan pelajar membalut tuala wanita yang telah digunakan sebelum ia dibuang ke dalam bakul sampah,” katanya.
Beliau mendakwa, walaupun disediakan kemudahan tersebut, keadaan masih tidak berubah.
Malahan, baru-baru ini beliau sekali lagi memberi amaran akan menghukum pelajar yang membuang tuala wanita ke dalam mangkuk tandas dengan merendam mereka ke dalam kolam.
Beliau yang merupakan guru bahasa Inggeris di sekolah berkenaan berkata, Selasa lalu ketika membersihkan hostel, seorang pengawas memberitahunya bahawa satu tuala wanita ditemui di dalam mangkuk tandas.
Jelasnya, beliau hilang sabar dengan kejadian itu lalu menghukum pelajar dengan mengarahkan mereka berendam di dalam kolam.
Guru lepasan ijazah yang berasal dari Kuching itu berkata, pada awalnya beliau mahu menghukum pelajar dengan merendam mereka selama lima minit.
‘‘Tetapi para pelajar membuat bising menyebabkan saya melanjutkan hukuman sehingga setengah jam,” ujarnya.
Beliau berkata, ketika pelajar memasuki kolam, hujan renyai tetapi berhenti tidak lama kemudian dan tiada kilat pada masa kejadian.
‘‘Hujan lebat selepas semua pelajar keluar dari kolam,” katanya.
Guru itu turut menafikan laporan akhbar bahawa kolam berkenaan kotor.
Justeru beliau menolak dakwaan air kolam berkenaan yang menyebabkan pelajar mengalami gatal-gatal dan ruam sehingga ada yang demam.
Laporan sebelum ini mendakwa air kolam berkenaan kotor kerana bercampur dengan sisa makanan dan air kotor yang dibuang dari kantin sekolah.
Menurutnya, air kolam itu kerap digunakan untuk aktiviti luar kelas seperti program orientasi dan juga motivasi.
Bagaimanapun menurutnya, ia merupakan kali pertama beliau mengenakan hukuman sedemikian kepada pelajar.
‘‘Saya mencuba pelbagai cara supaya pelajar menjaga kebersihan kawasan sekolah tetapi gagal,” katanya.
Jelasnya lagi, tugas sebagai warden sekolah bukan mudah dan tidak ramai guru mahu melakukannya.
Ditanya kemungkinan berdepan dengan tindakan disiplin ekoran kejadian itu, katanya, beliau hanya menjalankan tugas.
p/s: aku sokong arr warden nie wat...budak2 mane nk heran kalo member buat salah..die ckp tuh hal masing2,so xyah sibuk2 nk nasihat ker aper...so bila kene mcm nie..member wat salah die yang kene,mesti arr tak puas ati kan?mesti pasni member wat kotor die sound...ye arr nanti tak pasal2 die kene hukum sekali lagi..lagipun benda nie kotor maa...memang patut arr..lagipun kalo tersumbat bukan senang nk repair..sekali repair ribu2..duit kerajaan gak..duit rakyat gak..ibu bapa sekarang tak perlu arr emosional sangat..kalo tak bagi anak2 kene hukum n blaja something dari kesalahan mereka..xyah anto anak gi sekola..duk umah didik sendiri!!baru ko tahu langit tuh tinggi ke rendah..
tulis pakai keyboard PC
cavcite
di
9:28 PG
0
ulasan
Label: pendidikan
Rabu, 18 Julai 2007
kes Buang pelajar : MARA bertindak wajar
ermm...walaupun nie blog pertanian aku ingin arr sentuh sket aper yg berlaku skrg nie sbb nie kan blog aku...aku punyer sker arr kan?hihihi...ermmm...dalam kes arituh 15 org pelajar senior telah memukul 10 orang pelajar junior dgn batang penyapu...esh2...sbagai seorang bekas pelajar MRSM,aku rase malu arr perkara nie masih berlaku di era serba moden nieh..bagi aku mmg patut arr dieorang nie kene buang sebab biaser nyer budak2 jenis cmnie mmg dah pernah diberi amaran atau digantung persekolahan..kalau yang pertama kali wat kesalahan plak,mmg patut arr kene buang sebab die gaduh pakai senjata..walaupun batang penyapu..bahaya woo...kire kes jenayah tuh.aku dulu maser nk xpuas ati ngan junior pun takat jerit2 jer...nak lempang xsampai ati sebab aku sendiri pernah rase cmner kene lempang ngan senior..aku xnk junior dendam ngan aku sebab aku sendiri pun masih dendam ngan senior yang lempang aku dulu..karim ngan khairul anuar...serius kalao aku jumpe aku nk sepak terajang mamat dua ekor neh...berlagak nak mampus..dulu ader geng bleh arr dier wat poyo..meh arr try satu lawan satu...sakit ati woo...tu maser aku kt pasir tumboh arr...kat langkawi alhamdulillah sume ok..senior sume kaw2...kamceng.lega ati aku..ermm aku harap lepas nie MARA melalui BPM akan lebih tegas menangani kes kes begini...budak2 cmni mmg xgune..wat perabis duit rakyat jer..bg peluang belajar tempat tempat bagus cmtuh xnk gune elok2..wat jd samseng lak..baik sekola kt kampung arr..br ko tahu langit tinggi rendah...budak skola kampung pun lg pandai menhargai peluang belajar yg mereka dapat ko tahu..bg aku xyah arr mak bapak nk bawak benda nie ke tgh ke tepi ker..xgune..baik pk cmner nk didik anak dengan betul..contohilah pegawai2 MARA sendiri..anak2 dieorg pun ader yg kene buang MRSM..tp dieorg xkecoh pun..dieorg sendiri percaya kt sistem MRSM yg ader dr dulu smpai skrg..so?nape nk rayu2 peluang kedua?aku rase tuh bukan peluang kedua dah...aku rase yg ketiga atau keempat da...jgn tipu arr...hiihi...bg adik2,atau mereka yg ada anak2,adik2,anak sedara,sedara..MRSM adalah tempat yg plg bgus utk belajar...masuk MRSM peluang nk belajar tinggi2 memang terbuka luas..MARA mmg akan jaga 'anak2' dieorg..jgn sebab kes 15 pelajar nih korg takut nk masuk MRSM lak..nie cume sekelumit golongan yang xtahu erti peluang dan kebebasan..cume secebis kisah hitam dari segunung kisah kejayaan anak-anak MARA..MARA terus mara!
p/s: al-fatihah untuk Krew juruterbang pesawat NURI TUDM yg terhempas.Al fatihah..
tulis pakai keyboard PC
cavcite
di
10:32 PG
0
ulasan
Label: pendidikan
Sabtu, 23 Jun 2007
Peluang melanjutkan pelajaran di peringkat sarjana di UPM
Projek bertajuk "A study of the socioeconomic and biological values of
recreational and commercial fisheries at Tasik Kenyir, Terngganu", bernilai
RM130,000 melalui peruntukan Sciefund Cycle 9 RMK9.
Kajian meliputi 3 bidang: (1) biologi/ekologi akuatik Tasik Kenyir, (2)
sosiologi perikanan rekreasi dan perikanan komersial Tasiik Kenyir, dan (3)
ekonomi perikanan rekreasi dan perikanan komersial Tasik Kenyir. Pelajar
bebas memilih bidang yang diminati. Bimbingan akan diberikan kpd pelajar
walau apa bidang yg dipilih.
Contoh bidang 1 termasuk kajian organisam makanan ikan (fitoplankton,
zooplankton, bentos, etc), tabiat makanan ikan, migrasi ikan, biodiversiti
ikan, etc. Bidang 2 meliputi tabiat, sikap, citarasa dsb pemancing rekreasi
dan nelayan komersial Tasik Kenyir. Bidang 3 meliputi kajian nilai ekonomi
(termasuk WTP) perikanan rekreasi dan perikanan komersial Tasik Kenyir.
Hubungi Dr.Mustafa utk keterangan lebih lanjut di 016-3104853 atau 03-89464107 (P)
Sekian, wassalam
Dr Mustafa Kamal Abdul Satar
Jabatan Teknologi Pertanian
Fakulti Pertanian
Universiti Putra Malaysia
43400 Serdang, Selangor
tulis pakai keyboard PC
cavcite
di
3:32 PG
0
ulasan
Label: pendidikan
