salam,
ramai orang kata kerjaya cikgu senang..balik kul 2..duk umah lepak2..keje setengah hari,gaji sama je cam pegawai kerajaan lain.Disebabkan ini ramai yang nak jadi cikgu atau jadikan cikgu pilihan selamat semasa memohon UPU.sekarang mai aku habaq kat hangpa..mana satu realiti mana satu fantasi..
Fantasi 1: Kerja cikgu setengah hari,pukul 2 bunyi loceng dah boleh balik.
Realiti : Zaman dulu boleh beb,sekarang rata-rata cikgu balik pukul 5-6 petang..bayangkan start kerja pukul 7.30 pagi,habis pukul 6 petang!Nak jadi cikgu lagi?
Fantasi 2 : Cikgu cuti sekolah banyak!lebih 30 hari!
Realiti : Cikgu memang ada cuti sekolah banyak,tetapi cikgu-cikgu bercuti atas budi bicara pengetua/guru besar. Kalau diperlukan di sekolah. Guru-guru wajib hadir! bayangkan korang duk kampung tetiba pengetua suruh hadir!tak ke haru?Guru-guru hanya ada cuti rehat khas yang boleh dimohon selama 7 hari berbanding cuti rehat bagi pegawai kerajaan lain sebanyak 30 hari. Maknanya selain cuti sekolah,cikgu-cikgu hanya boleh bercuti sehari dalam 2 bulan. amacam?ada goyah sket nak jadi cikgu?
Fantasi 3 : Cikgu hanya mengajar sahaja,takde kerja lain dah!
Realiti : Ni la khayalan atau impian paling indah..sebenarnya cikgu kena jaga disiplin budak,isi maklumat budak,buat rancangan program,jadi juruacara,jadi tester makanan kantin,jadi tukang repair alat sekolah rosak,jadi tukang buat surat,pendek kata jadi apa-apa sahaja yang boleh jadi!
tu baru yang boleh jadi,yang kena buat?kena buat headcount,kena hantar maklumat kat ppd,kena keep in markah budak,kena keep in maklumat buku perpustakaan,kena isi maklumat disiplin,kena tanda kedatangan,kena kutip yuran,kena kutip duit buku kerja dan macam2 lagi...amacam,nak jadi cikgu lagi sekarang??nak?
korang ada lagi fantasi atau mitos tentang kerjaya guru?komen kat sini..nanti aku bagitahu realiti die...hehhe
We Moved
7 tahun yang lalu
2 ulasan:
anonymous said: ada lagi..yang kne buat kelas tambahan, train anak2 murid wakil sekolah..kan???tapi kalau betul2 minat and ikhals jadik cikgu, sumer tu hanya kesengalan sementara..hehehehehe..
Mem saya pun jd cikgu, dan saya faham benar rungutan cikgu. Kekadang saya pun terbabit sama membantu mem menyelesaikan urusan sekolah. Hanya orang yang tengok dari luar sahaja dan tidak memahami situasi sebenar yang berkata fantasi tersebut. Walau bagaimanapun, kepuasan sebenar seorang guru adalah apabila melihat anak muridnya menjadi orang yang berjaya dalam kehidupan...
Catat Ulasan