Pendidikan,Pertanian seiring...

Jumaat, 29 Mei 2009

'Apple of Kaaba by USA'




In the business area of MID TOWN MANHATTAN in New York a new BAR is opened in the name of APPLE MECCA which is familiar to KAABA MAKKAH This bar will be used for supply of WINE and Drinks. The Muslims of New York are pressurizing Government of USA to not open this BAR.

disedut dari:http://bjue.blogspot.com/

Selasa, 26 Mei 2009

Perkahwinan : Pintu Rezeki


Berkahwin Murahkan Rezeki

Assalamualaikum,

Berkahwin atau mendirikan rumah tangga merupakan salah satu daripada sunnah Rasulullah s.a.w sebagaimana sabda Baginda yang bermaksud: “Perkahwinan itu sunnah aku. Sesiapa yang menolak sunnahku, maka dia bukan dari kalanganku.”
(Riwayat Bukhari)

Hari ini sering kita melihat bahawa sesuatu perkahwinan itu suatu perkara yang rumit dan menyusahkan. Kenapa perkara ini boleh terjadi ? Ramai di antara kita yang beranggapan, nak kahwin mesti ada kereta, mesti ada wang yang banyak, mesti ada itu dan ini …

Cuba kita ambil iktibar dari kisah yang berlaku lebih kurang 1400 tahun dahulu yang mana boleh kita jadikan panduan hidup ini. Insya-Allah …

Pada suatu hari Rasulullah s.a.w. didatangi oleh seorang lelaki. Lelaki ini mengaku dirinya seorang yang miskin. Kemudian ia meminta jalan keluar agar terlepas dari belenggu kemiskinan.

Rasulullah s.a..w tanpa banyak fikir lagi terus menyuruh lelaki itu berkahwin. Lelaki ini sangat senang dengan saranan yang diberikan Rasulullah. Dengan keyakinan yang mantap, akhirnya lelaki itu berkahwin. Setelah sekian lama berkahwin, lelaki itu datang lagi kepada Rasulullah dan mengadukan nasibnya, “Ya Rasulullah saya sudah berkahwin tetapi masih tetap miskin, bagaimana ya Rasulullah ?”. “Kahwin lagi,” jawab Rasulullah singkat.

Si lelaki tanpa banyak bertanya lagi. Beliau percayakan kepada Rasulullah. Sebab tidak mungkin Rasulullah mahu menipu ummatnya. Akhirnya lelaki itu berkahwin lagi dengan gadis lain.

Namun beberapa waktu kemudian lelaki itu datang lagi kepada Rasulullah dan mengadukan masalahnya : “Ya Rasulullah, isteri saya sudah dua tapi saya masih miskin, bagaimana ya Rasulullah… ?” keluh lelaki itu. “Kahwin lagi,” jawab Rasulullah singkat. Hati lelaki itu berasa senang apabila mendengar jawapan Rasulullah.

Kemudian beliau berkahwin buat kali ketiga. Namun setelah beberapa lama keadaan tetap juga belum berubah. Mulanya ia malu mengadu kepada Rasulullah, tapi apakan daya ia masih tetap miskin. Dengan berat hati beliau mendatangi Rasulullah dan menyampaikan masalahnya. “Ya Rasulullah, engkau telah menyuruhku menikah untuk ketiga kalinya, tapi aku tetap miskin. Sekarang apa yang harus kulakukan?”, adu lelaki itu. “Berkahwinlah lagi,” kata Rasulullah.

Akhirnya si lelaki itu menikah buat kali keempat. Dan benarlah kata Rasulullah. Ternyata isteri keempatnya ini membawa berkahwin di dalam kehidupannya. Dengan kepandaiannya menenun, ia mengajar kemahiran tersebut kepada tiga madunya. Akhirnya usaha tersebut mendatangkan keuntungan dan kekayaan. Perusahaan industrinya maju dan mampu mencukupi keperluan rumah tangga lelaki itu serta isteri-isterinya.

Sabda Rasulullah bermaksud : “Carilah rezeki dengan menikah” (Riwayat Ibnu Abbas)

Firman Allah Taala bermaksud : “Dan kahwinilah orang-orang yang sendirian di antara kamu, dan orang-orang yang layak (berkahwin) dari hamba-hamba sahayamu yang lelaki dan hamba sahayamu yang perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan memampukan mereka dengan kurnia-Nya. Dan Allah Maha luas (pemberian-Nya) lagi Maha Mengetahui.”
(surah an-Nur :32)

Dengan mengambill iktibar dan teladan dari kisah di atas, Insya-Allah jika niat kita ikhlas dan murni serta tujuan berkahwin itu kerana Allah, tidak mustahil segala gejala-gejala sosial dapat dihindarkan.

Wassalam…

disedut dari:

http://abghalim.blogspot.com/

Isnin, 25 Mei 2009

Perkahwinan: Dah Sedia ke Belum?


salam bloggers semua...

Ramai orang bujang tak kira laki atau perempuan zaman sekarang yang menjawab tak bersedia untuk berkahwin kerana kewangan belum cukup,rumah tak sedia lagi,kereta tak beli lagi,gaji tak cukup lagi,rumah tak penuh perabot lagi...macam-macam alasan dorang bagi..tapi korang perasan tak semua alasan yang diberi tuh kebanyakkannya adalah harta duniawi?semuanya bersangkut paut dengan rezeki.Bila kita tanya balik,siapa yang pegang rezeki?satu je jawapannya iaitu Allah S.W.T....

Rezeki

Bila berbicara pasal ni ramai yang akan bersetuju inilah punca mereka tak kahwin lagi sampai sekarang.Bukan nak menghina,tapi kalau harta dah penuh di kantung kamu dah tua kerepot,buat apa?buat apa kamu nak kahwin dan anak sulung masuk tadika kamu dah pencen.kamu mati nanti tinggallah anak-anak kecil yang tak kenal erti dunia lagi.

Bila cakap soal rezeki semua orang akan cakap tak cukup..orang gaji 500 sebulan cakap gaji dia tak cukup,orang gaji 10000 sebulan pun cakap tak cukup.Mana satu yang betul?kenapa semua orang dengan pelbagai taraf hidup dan sosio ekonomi cakap gaji mereka tak cukup?hairan kan?Sebenarnya manusia ni tak pernah cukup dengan apa yang dia ada.tak pernah hargai apa yang dia ada.Itulah fitrah manusia..heheh teringat soalan pelajar aku masa exam tadi..heh

kalau seorang pemegang PHD dengan gaji pokok katalah 3000 sebulan cakap gaji dia tak cukup untuk kahwin,kenapa buruh kasar yang gaji 500 sebulan dapat menyara sehingga 10 orang anak?cuba bayangkan kalau buruh ni dapat gaji 3000 sebulan,berapa orang anak dia dapat bela?bayangkan..

Sebenarnya kalau diikutkan memang tak cukup kalau kita kira semua benda..tapi Allah s.w.t dah menetapkan rezeki bagi setiap perkahwinan itu.Bagi setiap anak yang lahir dan hadir pun ada rezeki dia sendiri.Mesti ramai tak pernah dengar kalau kahwin murah rezeki..saya pun baru dengar dalam 2-3bulan lepas.tapi syaratnya kita tak lupakan Tuhan la..kalau kita lupakan Dia,Dia pun lupakan kita lah..buat baik dibalas baik dan buat jahat dibalas jahat.heh..

okaylah..kali ini kita bicara pasal harta a.k.a rezeki..lain kali kita bincang pasal pilihan calon pulak..heheh

Sabtu, 23 Mei 2009

setia pada yg satu...


heheh..aku sayang abang tom..muah2.

MahKamah rayuan dengan ini membatalkan keputusan mahkamah tinggi untuk menjual kereta perodua kenari ini..harap maklum..aikk..macam penah dengar ayat ni..kat mana ye..keskeskes

Jumaat, 22 Mei 2009

hendak memilih..


salam sumer..

aku ngah pening nak pilih...tadi baru ada orang nak beli abang tom..leh la jual..tapi dalam 24k je..lega la leh juai.tapi aku stat pening plak..dah nanti juai abang tom,aku nak pakai apa?

sakit kepala gak bila pikir pasal kewangan neh..nak amek kete baru aku tak bape nak mampu..tapi famili plak dah bagi sign awai2 nak suh aku beli kete baru..at least lagi baru dari abang tom.hu..camne neh?adui..fenin la gue..

nak kata kewangan aku cukup..takde la cukup mana..cukup makan je..ni nak tambah new toms plak..haru wes..nampaknya ada la benda aku kena adjust balik bagi stabil balik aku punye finance neh.urmm...kat mane ye kene adjust..hu..kalau nak pikirkan ade benda yang tak sepatutunya berlaku aku dah lakukan dulu..jadi sekarang no turning point dah.aku kena hadapi je dengan kemampuan diri sendiri.nak harapkan orang lain tak boleh sangat.ni masalah aku.aku jela kena setelkan.

emm..kalau ikutkan aku nak je kete seken.sebab aku tahu tu kemampuan aku sekarang.bukannya kete baru yang meletup2 di pasaran.nak pakai boleh.tapi cekik leher aku ah sampai 10 tahun.heh.macamane ni ye.

nak diluah mati mak,nak ditelan mati bapak.aku nak kete seken,famili nak kete baru.cmner aku nak bayar ye..dorang senang je pilih.sedangkan aku yang tukang bayar,adui..kalau pandai2 pilih pulak kena marah tak pasal2.camne ye..YA Allah tolonglah hambamu ini..amin

Khamis, 21 Mei 2009

Penternakan Cengkerik


DIsedut dari blog NSworm:thx

cengkerik:-
buat satu kotak dr plywood. saiz 3 kaki panjang, 2 kaki lebar dan 2 kaki tinggi. isikan dgn bekas telur atau gulungan surat khabar. lepaskan cengkerik. jantan ekor pendek. betina ekor panjang. isi makanan dlm bekas atau piring. makanan dia dedak ayam. buatkan medium peneluran iaitu pasir halus yg sentiasa dilembabkan. isi dlam piring dan letak dlm sangkar. hari2 kena ambil bekas pasir tu dan ganti dgn yg lain. anggap bekas tu dah ada telur. (cengkerik betina akan bertelur dgn alat yg panjang tadi tu dgn cara mencucuk ke dlam pasir)asingkan bekas yg ada telur tu ke kotak lain. seminggu anak akan menetas. bg makan pucuk pisang atau pucuk jambu. dah besar sikit bg dedak ayam

http://nsworm.blogspot.com/

p/s:kegunaan die?wat umpan mancing best gak..tapi aku penah dengar orang buat baja gak dari tahi cengkerik neh...

Selasa, 12 Mei 2009

penilaian orang

ehehe..semalam ada pencerapan guru untuk penilaian kurikulum berkualiti.

hasil?macam teruk aje..huhuh..yela tiba-tiba saja ada pencerapan.saya pun tak berapa nak ready sangat.bukan macam masa DPLI dulu boleh buat ABM n etc..boleh buat gempak-gempak.secara jujurnya mood dan semangat saya sekarang tak berapa nak tinggi.tak tahulah nape.excited nak kahwin ke tah pape lagi..hehe.semakin hari semakin banyak benda kena fikir.huhu..

bila orang kritik pasal kita,kita cepat melenting menafikan apa yang orang kata tentang kita.betul tak?bape ramai yang terima kritikan orang dan mengambil apa yang orang kata tu sebagai panduan kita memperbaiki diri.betul tak?tambah-tambah kalau kita dah banyak bersabar dengan orang yang kritik kita.betul tak?dahla kita dah lama sabar,tiba-tiba dia kritik kita plak.huhu..nak marah tak kena tempat kena batang hidung sendiri pulak.jadi baik lah kita ambil kritikan tu sebagai panduan kita memperbaiki diri,walaupun kita rasa benda tu tak patut.dan tak seharusnya benda tu datang dari mulut dia.

bagaimana kita nak hadapi kritikan orang?ada orang terus melenting,ada orang membiarkan sahaja,ada orang tenang dan menerima kritikan itu.kita masuk dalam golongan mana?fikir fikirkan...

Ahad, 10 Mei 2009

SELAMAT HARI IBU


Selamat hari Ibu kepada semua iu-ibu dan bakal ibu..hehe..semoga kalian semua dirahmati ALLAH s.w.t.Hanya Tuhan yang dapat membalas jasa kalian semua..