Pendidikan,Pertanian seiring...

Isnin, 26 Oktober 2009

Walimatul Urus


Rabu, 21 Oktober 2009

Surat sudah sampai tapi...

salam,

Allahamdulillah surat dari BPI sudah sampai..tapi hanya salinan sahaja.Bukan salinan original.tapi takpe..yang penting ada.

dah dapat terus aku gi pos..lega dah..balik rumah terus tepuk dahi..salinan tu aku lupa untuk sahkan..aduh keje 2x pulak aku..lepas tu arini pulak aku sibuk..tak sempat untuk pos surat tuh.adui..cepat sungguh Allah menarik nikmat yang diberikan kepada ku..Sabar itu separuh dari iman..amin..Moga esok hari yang cerah.

Khamis, 15 Oktober 2009

apdet apdet apdet..

salam..

berkaitan dengan borang yg aku takde smlm..smlm orang pejabat sekolah aku dah telefon BPi..dia ckp die akan pos segera..kita tengok bape lama die nak sampai..smlm 14 oktober 2009..

ni ada pic kambing aku kat rumah..ibu baru dah lahirkan anak..tapi konpius bapak die yang mana..sama ada kambing saanen atau pun abg die yg sebapak tapi tak seibu..



Rabu, 14 Oktober 2009

Benda yang tak pernah Selesai

Salam..arini aku interview untuk tetap.alhamdulillah perjalanan interview sume berjalan lancar..tapi masih ada benda yang tersangkut.Dokumen aku tak lengkap.Borang kewangan 8 yang telah dikirim berbulan lamanya kepada BPI masih lagi tidak dipulangkan ke sekolah dan akibatnya aku masih lagi tergantung untuk pelantikan tetap.YaAllah cukup besar ujian mu buatku..mampukah aku bertahan..aku sendri terfikir.sudah terlalu banyak dugaan aku hadapi.semakin hari semakin besar dugaan tersebut.

Bahagian pendidikan islam masih lagi lembab membuat kerja.Kerja nak marah orang or mengugut orang pandai.dahla interview aku ditangguhkan dulu semata2 kerana tiada iktisas,kali ni pulak dokumen plak tak lengkap.aduh..kadang2 aku terfikir..macam nak berenti.nak kerja sendiri.kerja ngan jabatan kerajaan macam sial.birokrasi.Lembab.ilang itu ilang ini.sendiri salah nak salahkan orang pulak.geram aku dah sampai ke kemuncak aku rasa.sampai bila jabatan kerajaan nak berubah.?bila?bagaimana?

aku harapkan benda ni selesai minggu depan..kalo tak sekali lagi aku akan wat kecoh..peduli apa nak jadi.aku dah muak.cukup muak.aku dah geram sesangat.ya Allah sabarkanlah aku dalam menghadapi dugaan mu ini yaAllah..

Sabtu, 10 Oktober 2009

jangan jadi keldai


Perbandingan orang-orang (Yahudi) yang ditanggungjawab dan ditugaskan (mengetahui dan melaksanakan hukum) Kitab Taurat, kemudian mereka tidak menyempurnakan tanggungjawab dan tugas itu, samalah seperti keldai yang memikul bendela kitab-kitab besar (sedang ia tidak mengetahui kandungannya). buruk sungguh bandingan kaum yang mendustakan ayat-ayat keterangan Allah; dan (ingatlah), Allah tidak memberi hidayah petunjuk kepada kaum yang zalim. (Al-Jumu’ah : 5)

http://saifulislam.com/?p=115

projek bermula kembali..


salam,

dah lama blog agricultureinmalaysia ini menyepi dari sebarang berita tenntang Pertanian.Dah banyak projek aku cuba..main2 testing,antaranya keli,kambing n cacing..paling berpotensi keli dan kambing.cacing untuk produk sampingan boleh..

skrg aku ngah survey tanah n tempat untuk wat projek ni..ada kawan yg sudi join kerana minat kami sama.aritu gi tengok tanah kat jitra..pemandangan menarik..tapi rege xbape menarik.wat aset saje boleh.

Pertanian tak pernah pudar walaupun pak lah dah pencen.Ramai yang dah sedar tentang kepentingan dan keuntungan menceburi bidang pertanian.Ia bukan seperti bidang pembinaan yang ada pasang surut.tapi berterusan dan stabil kerana ia adalah produk makanan.Tapi orang kenang ke jasa pak lah menyedarkan umat melayu ni?ramai wat tak peduli atau melupakannya terus.Melayu mudah lupa...