KULIM 17 Sept. - Tiga pemborong ayam dari Bukit Mertajam akan dihadapkan ke mahkamah kerana menjual ayam melebihi harga siling yang ditetapkan oleh kerajaan.
Ketua Bahagian Penguat Kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Daerah Kulim/Bandar Baharu, Chin Ching Chung berkata, ketiga-tiga pemborong itu akan didakwa di bawah Akta Kawalan Harga 1946 yang jika bersabit kesalahan boleh di denda tidak lebih RM15,000 atau penjara dua tahun atau kedua-duanya sekali.
“Kita ambil tindakan terhadap mereka setelah peruncit membeli ayam dengan harga RM5.70 sekilogram daripada mereka, sedangkan harga sepatutnya ialah RM5.40 sekilogram,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Ching Chung berkata dua pemborong terbabit melakukan kesalahan itu di Pasar Besar Kulim, manakala seorang lagi di Pasar Taman Selasih di sini. - Bernama
We Moved
7 tahun yang lalu
Tiada ulasan:
Catat Ulasan