Pendidikan,Pertanian seiring...

Sabtu, 10 November 2007

Maikel : Learns To Rock (Part i)


ni la maikel..



dengan mama die..



Maikel : Part i

Salam,
Emm..dulu penah aku cerita bahawa aku dapat anak kambing kan?sekarang aku upload pulak gambar-gambar dia yang macho lagi bergaya ni.Ni la maikel yang aku duk kecoh-kecoh ni,biasa la kan penternak amatur dapat anak kambing..hehe..gembira bukan kepalang lagi.



Sekarang maikel da berumur 13 hari dan 10 jam 25 minit 30 saat.hehe..dua tiga hari lepas dia dah mula cube-cube gigit daun pisang yang aku bagi kat mak dia..tapi biasalah,anak kambing mana lut lagi nak makan daun lagi,aku rasa-rasa dia punya gigi ada yang depan shj,yang belakang atau geraham belum lagi,patut la dia tidak boleh memamah lagi.cian maikel..nak tau perkembangan terbaru lagi?maikel da pandai melompat dan mamanjat.hehe..happy pulak aku rasa tengok maikel neh. yela anak tunggal. mak dia pulak sayng gila kat dia..asyik tolong dandan je bulu anak dia,hai…jangan maikel jadi pondan dah la.. heh. Maikel ni pun kuat minum susu,badan dia pun dah start naik dah aku rasa berbanding masa dia lahir. Moga-moga maikel jadi pejantan yang berguna di kemudian hari..

Arituh aku pergi melawat ke rumah saudara di bukit marak, rupa-rupanya dua pupu mak aku tuh pelihara kambing jamnapari,tak tahu la cross atau fullblood.tapi cukup mengasyikkan ar bila aku pergi melawat kandang dia. Walaupun kecik tapi praktikal. Air dibekalkan secara dipper,yela hairan la kan aku tak pernah Nampak untuk kambing,untuk ternak ayam pernah la..huii moden sungguh..dia ada kambing jamnapari 6 ekor,seekor mengandung, lagi 5 tu 3 anak dan 2 induk betina.dia ada kambing kampung 2 ekor induk dan 3 anak gak,dan seekor kambing penjantan kacukan..fuh..kambing pejantan ni besar gila,dia cakap kambing kampung tapi pada firasat aku ni kambing kacukan arr..kalau tak masakan badan dia hamper sama besar ngan kambing jamnapari yang saudara aku bela tuh..bayangkan sekali dia hantuk kat dinding kandang tuh,bergegar ko tau,lagi satu anak hasil penjantan tuh memang mengagumkan, bayangkan anak kambing yang berumur sebulan saiz dia hampir sama dengan mak dia(mak dia baka katjang ori aku rase..).Pic?InsyaAllah di masa hadapan nanti..sabar ye..
banyak benda ar aku belajar masa gi sana,satu lagi bab makanan, rupa-rupanya dia bagi pellet untuk lembu,patutla besar,aku mana penah bagi pellet lembu,aku bagi pellet untuk kambing jer,yang kecik-kecik tu. Emm..nanti pellet kambing yang seguni kat dalam stor tuh abes aku nak try bagi pellet lembu plak..hehe.so sekian buat kali ini..jumpe lagi di masa hadapan InsyaAllah.

Tiada ulasan: