Pendidikan,Pertanian seiring...

Selasa, 17 Jun 2008

Cara Membuat silaj

Kaedah membuat silaj


Foder untuk silaj hendaklah dipotong pendek diantara 3-15 cm supaya mudah dipadatkan. Foder di dalam silo hendaklah dipadatkan dengan secepat mungkin dalam masa dua hari selepas dipotong bagi menghindarkan udara daripada terperangkap. Keadaan ini akan mengurangkan pernafasan sel dan aktiviti enzim. Foder yang telah dipadatkan hendaklah diperam selama sebulan bagi menghasilkan silaj yang baik. Silaj yang baik boleh disimpan bertahun-tahun lamanya jika tidak diganggu.


Bahan silaj yang mengandungi kurang karbohidrat perlu ditambah dengan asid bukan organan (sulfurik, hidroklorik, fosforik) atau boleh juga diguna asid organan (formik, propionik), tetapi bahan-bahan tersebut mahal adalah mahal. Untuk mengurangkan kos pengeluaran silaj, ianya boleh dicampur dengan jenis-jenis karbohidrat yang boleh didapati dengan lebih murah seperti gula merah dan bijirin.


Semasa proses pemeraman perubahan bahan kepada produk tertentu dalam silaj akan berlaku. Secara am, karbohidrat dalam bahan hijau/segar yang diperam ditukarkan menjadi asid laktik atau asetik. Proses penukaran dilakukan oleh bakteria anaerobik dengan bantuan haba yang dihasilkan oleh sel tanaman yang masih hidup. Asid-asid yang dikeluarkan, terutamanya asid laktik akan merendahkan pH dan ini menyebabkan proses biokimia yang terjadi pada bahan silaj terhenti. Dengan itu, bahan yang diperam akan dapat disimpan dengan baik dan kualiti pemakanannya dapat dikekalkan.


sumber : www.kambingku-boer.blogspot.com

Tiada ulasan: