Bila sampai ke rumah 10 pagi hari sabtu saya terus terfikir adakah saya akan posting di sini atau di tempat lain..sebagai kakitangan awam,saya kena 'redha' di mana saja saya ditempatkan.Di pedalaman,di Malaysia timur ataupun di kampung halaman.Kontrak sudah ditandatangan. Apa-apa yang berlaku selepas ini saya kena redha dan menerima seadanya.
Kambing
Kalaulah saya ditakdirkan bekerja di kampung halaman,alangkah indahnya.Saya boleh:
1.Teruskan projek perkambingan
2.Tolong jaga ibubapa.
3.Tenang
4.Kahwin lebih cepat (InsyaAllah..hehe)
Bercerita bawah tajuk kambing ni nak beritahu sesiapa yang tidak minat dengan kambing bahawa bela atau ternak kambing ni memang seronok.Nak tahu kenapa?kambing ni sejenis binatang yang kalau nak disamakan,boleh disamakan dengan kucing.Manja,mengada-ngada dan kadang-kadang menyakitkan hati(bab sakit dan najis).hehe..mungkin sebab saya ni masih lagi baru dalam bidang ni
Paling saya suka bila kambing ni sihat,beranak dan membesar di depan mata saya.
Paling saya tidak suka adalah bila kambing ni sakit,mengamuk dan kencing sambil berdiri.Buruk yang amat.Bila cakap kambing kencing berdiri ni mesti ramai yang tidak percaya,memanglah kambing kencing berdiri,tapi ni berdiri dengan 2 kaki.Maksudnya kambing ni memanjat dan kemudian dia kencing.Pergh!!memang kalau tidak sempat nak elak memang terkena..
Kambing ni bila beranak kita boleh tengok cara dia menjaga anaknya.Kita pun macam dapat baby baru.heheh..Kalau saya,kejap-kejap gi tengok,kejap-kejap gi tengok.hehe..yelah mana tahu dia tersepit ke,kena pijak ke,jatuh kandang ke..hehe..semua yang saya cakap tadi pernah berlaku pada anak kambing saya.Nasib baiklah semuanya tidak menemui ajal.sebab baru 3 ekor anak kambing saya termasuk 2 yang baru ni..hehe
Projek kambing yang sebetul-betulnya hanya akan dimulakan bila saya pasti di mana saya akan ditempatkan.Yelah baru senang nak urus.Saya bela kambing sebab minat,untung soal kedua.Mengikut pesanan saudara saya,kalau nak jadi kaya raya,kita perlu uruskan sendiri perniagaan kita,baru kita boleh nampak ke mana duit kita.Bukan tidak boleh percayakan pekerja kita, tapi yelah,kita uruskan harta kita berlainan dengan orang lain yang uruskan harta kita.Betul atau tidak anda sendirilah yang menentukan.Sebab tu ramai orang cakap nak cari pekerja yang bagus sangat susah.
Selama ini saya becerita pasal kambing pun hanyalah 4 ekor yang saya ada.Hasil usaha saya,minat memelihara kambing ni dah bercambah pada ayah dan abang dan abang ipar saya.Ayah saya dah beli pejantan boer,abang saya pula beli anak kambing jamnapari cross 3 ekor,abang ipar saya pula beli 2 ekor anak kambing kampung betina (malangnya dah mati..)
Kandang yang dari 15 kaki x 7 kaki ditambah sekali ganda.hehe..wat kat belakang rumah je,kalau orang tengok pun tak percaya..okaylah..dah mengantuk pulak..salam aidilfitri,selamat malam
We Moved
7 tahun yang lalu
Tiada ulasan:
Catat Ulasan