Pendidikan,Pertanian seiring...

Selasa, 18 November 2008

Tanaman Cili

salam sume..

Seperti yang sedia maklum,tanaman cili adalah salah satu tanaman yang paling memberi keuntungan kepada para petani.Ia ditanam sama ada secara Fertigasi ataupun tanaman secara batas.Adalah bermacam jenis cili yang diketahui seperti cili api,cili merah dan cili jenis varieti baru iaitu semerah (kalau tak silap)yang dilancarkan MARDI semasa MAHA 2008 baru-baru ini.


Penyakit yang biasa menyerang cili ialah kerinting(paling bahaya).( Aku rujuk Agroville)Kalau yang biasa aku tanam kene kulat ataupun buah tu buruk sebelum masak.Bayangkan satu pokok tak dapat harvest sebab semua buah dah buruk..huhu..ni gambar cili yang aku tanam kat rumah,ada lagi satu jenis tapi aku tak ingat nak ambil gambar.enjoy..Tiada Pertanian,Tiada Makanan




p/s: Aku tengah bengang minyak turun jadi RM2/liter sebab baru jer isi RM30 masuk kotak itam aku..huhu..baru je bergurau tadi cakap buh penuh2,tengok2 esok minyak turun..huhu cabul tol mulut aku

1 ulasan:

terrarosa berkata...

kat rumah saya, tak guna sebarang baja pun, cili menjadi...

ada yg masak hingga buruk kat pokok ,sebab tak terguna.

kalu dah ada Vermicompost, ingat nak tanam lada merah yg besar tu plak... yg ni boleh jual.

p/s hah minyak dah turun ? dah lama tak tengok tv sebab dok study tentang cacing ni :)