Pendidikan,Pertanian seiring...

Isnin, 23 Mac 2009

Surat Terbuka kepada KPM

Kepada pihak yang terlibat,

Saya merupakan salah seorang guru yang telah ditempatkan di sekolah SABK di utara tanah air.Pada hari esok 24 Mac 2009 genap 2 bulan 12 hari saya bekerja di negeri ini sebagai seorang guru.Alhamdulillah segala rintangan dan cabaran telah saya hadapi dan dapat harunginya dengan baik.Cuma disini terdapat beberapa perkara yang menganggu emosi dan semangat untuk bekerja melibatkan pihak tuan dan diharap dapat diambil tindakan dengan segera:

1.Gaji

Sehingga hari ini saya belum menerima kepastian bilakah saya akan mendapat gaji.Tuan bayangkanlah saya datang dari negeri pantai timur berkhidmat di utara tanah air tentulah melibatkan perbelanjaan yang agak tinggi.Makan minum,minyak kenderaan,sewa rumah,air,telefon,keperluan diri semuanya menggunakan wang.BUKAN PERCUMA.

Terkilan saya apabila rakan-rakan yang ditempatkan di Sabah Sarawak telah mendapat gaji mereka pada bulan mereka melaporkan diri untuk bekerja.Bukan seperti saya yang bekerja berbulan-bulan masih tiada sinar harapan bilakah akan mendapat gaji.

Pihak BPI Putrajaya telah dihubungi berkali-kali dan segala dokumen yang diminta dar saya telah saya pos dengan poslaju menggunakan wang saku saya sendiri yang diberi oleh ibu saya walaupun saya telah berumur 24 tahun dan TELAH BEKERJA.Saya bekerja dengan ibu saya ke dengan kerajaan?

Akan tetapi masih terdapat dokumen yang diminta pula dari pihak sekolah oleh pihak BPI.Pegawai yang saya berurusan tidak memberi jaminan bahawa gaji saya akan dibayar pada bulan ini dan hanya berani mengatakan bulan depan adalah tempoh yang baik gaji saya akan dibayar.Katanya takut pihak kewangan pula sibuk dan akaun gaji untuk pembayaran bulan Mac telah ditutup.

Untuk makluman pihak tuan,setelah 2 minggu saya mengeposkan kali pertama dokumen gaji saya ke BPI putrajaya,saya telah menelefon pihak BPI Putrajaya untuk mengesahkan penerimaan dokumen saya dan pegawai terlibat telah mengesahkan menerima dokumen saya tetapi masih ada dokumen yang tidak lengkap seperti QnA gaji dan potongan KWSP.Kenapakah dokumen yang tidak lengkap saya ini tidak dimaklumkan kepada saya dengan lebih awal dan adakah kalau saya tidak menghubungi pihak BPI,saya tetap akan mendapat gaji walaupun dokumen tidak lengkap?adakah ini salah saya walaupun saya sendiri adalah pegawai baru dan tidak mengetahui apa-apa?

Sehingga hari ini masih ada dokumen yang diminta belum dihantar ke BPI.

2.....edited....


3.Wajarkah seorang guru Novice dibebankan dengan 4 matapelajaran sekaligus walaupun ini adalah tahun pertama dia mengajar?walaupun dia adalah GST(Guru sandaran Terlatih)?adakah ini memastikan PnP itu berkesan?

sekian sahaja surat saya kali ini.Diharap tindakan dari pihak tuan.Segala kerjasama didahului dengan ucapan terima kasih.

Tiada ulasan: