Pendidikan,Pertanian seiring...

Isnin, 13 April 2009

Sinar Harapan

Salam kepada kawan-kawan dan bloggers sekalian,

hmm..sedar tak sedar blog ini dan hampir berumur 2 tahun lebih.blog ini juga kadang-kadang dah jadi penghubung antara saya dan rakan-rakan.yelah kita mana sempat nak sms ataupun call selalu.jadi masa surfing tuh klik-klik dah tau berita pasal kawan-kawan kita.ada yang sedih,ada yang masih sibuk dengan projek master,ada yang dah keja,ada yang dah berjaya,ada juga yang dah tutup kedai.

Perkembangan terkini saya:masih lagi mengajar.tengah tunggu gaji lagi.tadi staf Bpx tipon lagi kat sekolah.cakap gaji insyaallah masuk bulan ni.Ingat nak wat kenduri kesyukuran.Nak jugak antar kad atau hadiah kat BPx tuh.bagi penghargaan sket kat dorang kerana cepat wat kerja..hihi..Nasib saya lepas ni tak tahu la macam mana.hopefully tahun ni tak der apa yang berlaku.sebab rancangan nak bina masjid tahun ni.duit pun harap kat gaji je.sumber lain takder sangat.kecuali ar kadang-kdang jumper 20 sen ataupun 50 sen kat tepi jalan.heh..

perkembangan mutakhir sekarang membuatkan kita terfikir berapa lama lagi kerajaan yang ada sekarang boleh bertahan.rakyat semakin beralih sokongan.tiada tanda-tanda menunjukkan pemulihan sokongan ke atas BN.sebenarnya ini agak menakutkan.Bolehkah kerajaan pakatan rakyat nanti menjamin masa depan bumiputera.bolehkah pemimpin kaum lain dalam pakatan berkompromi seperti dalam BN?

Bukan aku menidakkan kebolehan sesiapa.tapi apa yang penting adalah nasib rakyat kita.terutamanya umat melayu.betul tak?

Tiada ulasan: