Pendidikan,Pertanian seiring...

Khamis, 26 Jun 2008

Blog keluarga Sufiah

salam..ni alamat blog keluarga sufiah..kanak-kanak pintar dari Malaysia

http://hyusof.com/bm/

Kepada rakan pendidik boleh juga menggunakan ilmu cara mendidik ibu sufiah,Puan Halimahton kepada anak-anaknya..Selamat mencuba.

Khamis, 19 Jun 2008

Ladang Kambing Boer UPM

Salam and greetings to all my fellow farmer and breeders..this is my trip to UPM Boer goat farm..heheh..enjoy..This goat are use to experiment and practical classes for student..Now UPM offer Bachelor of Agriculture (Livestock Science).Huii..really tasty seeing all this Boer goat..hehe





Selasa, 17 Jun 2008

Cara Membuat silaj

Kaedah membuat silaj


Foder untuk silaj hendaklah dipotong pendek diantara 3-15 cm supaya mudah dipadatkan. Foder di dalam silo hendaklah dipadatkan dengan secepat mungkin dalam masa dua hari selepas dipotong bagi menghindarkan udara daripada terperangkap. Keadaan ini akan mengurangkan pernafasan sel dan aktiviti enzim. Foder yang telah dipadatkan hendaklah diperam selama sebulan bagi menghasilkan silaj yang baik. Silaj yang baik boleh disimpan bertahun-tahun lamanya jika tidak diganggu.


Bahan silaj yang mengandungi kurang karbohidrat perlu ditambah dengan asid bukan organan (sulfurik, hidroklorik, fosforik) atau boleh juga diguna asid organan (formik, propionik), tetapi bahan-bahan tersebut mahal adalah mahal. Untuk mengurangkan kos pengeluaran silaj, ianya boleh dicampur dengan jenis-jenis karbohidrat yang boleh didapati dengan lebih murah seperti gula merah dan bijirin.


Semasa proses pemeraman perubahan bahan kepada produk tertentu dalam silaj akan berlaku. Secara am, karbohidrat dalam bahan hijau/segar yang diperam ditukarkan menjadi asid laktik atau asetik. Proses penukaran dilakukan oleh bakteria anaerobik dengan bantuan haba yang dihasilkan oleh sel tanaman yang masih hidup. Asid-asid yang dikeluarkan, terutamanya asid laktik akan merendahkan pH dan ini menyebabkan proses biokimia yang terjadi pada bahan silaj terhenti. Dengan itu, bahan yang diperam akan dapat disimpan dengan baik dan kualiti pemakanannya dapat dikekalkan.


sumber : www.kambingku-boer.blogspot.com

Selasa, 10 Jun 2008

Buku Manual terbitan Mardi

Salam untuk rakan penternak dan bakal-bakal usahawan pertanian sekalian

disini saya ingin membuat tawaran buku-buku manual teknologi terbitan mardi



Manual teknologi pengeluaran Jagung Manis

Terdapat banyak lagi buku keluaran Mardi seperti

1. Manual Teknologi Pengeluaran Kambing pedaging
2. Manual Penternakan Ayam Kampung Secara Komersil
3. Manual Pengandaan Lembu Brakmas di Ladang kelapa sawit
4. Manual Tanaman Fertigasi

setiap buku ini boleh didapati dengan harga RM35 setiap satu.

Penghantaran adalah percuma ke seluruh Malaysia.

Buku adalah buku asli terbitan Mardi,bukan Fotostat.Hakcipta terpelihara Mardi

Kami cuma menyediakan penghantaran ke seluruh lokasi melalui Pos ekspress.

Jika anda berminat boleh membuat tempahan dengan menghubungi

(sms) Din - 0129223097

Lebih banyak buku manual penternakan, tanaman dan pemprosesan makanan dari Mardi akan Kami bawakan kepada anda jika terdapat permintaan. Berguna sebagai rujukan dan panduan untuk penternak baru dan sedia ada..sekian