Pendidikan,Pertanian seiring...

Selasa, 30 September 2008

liviv and livina : Hari ke-3

hehe..saje nak add pic anak kambing baru...cepatlah besar jadi induk!!!



Livina


Liviv





Minum susu ibu 1



Minum susu ibu 2


Ngah berehat selepas kenyang minum susu

Barakah Ramadhan : Liviv dan Livina




hahahah...alhamdulillah..dua hari lepas semasa saya sampai dari melaka selepas berhempas pulas mengharungi jalan jem untuk balik raya rasa terubat je bila tengok kantung susu induk betina bengkak...(ada baby la tuh). 3 bulan lepas semasa saya periksa induk ni tidak jelas sangat rasa keras di perut,mungkin sebab amatur dan tidak tahu bahawa pembesaran kandungan kambing hanya berlaku dengan pantas pada masa1/3 akhir kandungan.heehe..lepas itu baru saya tahu..buat malu je..haha



selepas qada tidur pada malam itu,bangun sahur lepas itu tidur balik,bangun-bangun masa nak gi toilet tiba-tiba dengar ayah dan anak-anak saudara menjerit-jerit mengatakan kambing dah beranak..terus je dengan tak mandi saya pergi ke kandang..hehheheh(sama cam kambing gak la)

Dapat anak kembar...gembira la sangat-sangat,maklumlah ni kelahiran kedua sejak saya bela kambing dan ni yang pertama dapat anak kembar.hehe.sekor coklat sekor coklat putih bertompok macam boer ( bapak pejantan boer yang beli kat lelongan Mardi bulan april lepas).



Paling best tengok kambing beranak ni tengok ibunya menjilat anak (bagi anaknya bernafas)dan anaknya mula bertatih.lepas tu pulak pandai gi cari susu.Subhanallah..Kebesaran Allah s.w.t,Yang Maha Berkuasa ke atas segala sesuatu.

Mula-mula konfius juga nak tentukan jantina anak kambing ni..mula-mula rasa dua-dua betina,lepas itu sekor jantan sekor betina,last-last baru tahu dua-dua betina,tu pun sebab tengok dia buang air kecil camne.ingatkan testis rupanya kantung susu..heheh.


oklah..ni gambar-gambar dari bek-bek villa


data

Baka: Anglo cross Boer
Baka ibu : Anglo cross
Baka pejantan :Boer Cross
kelahiran : Kembar 2
Bilangan kelahiran ibu : Ke-2

Isnin, 29 September 2008

Pejantan untuk dijual

Salam kepada semua penternak dan juga kawan2 seperjuangan..


disini saya ingin mengiklankan pejantan induk saya untuk dijual..
ini adalah maikel,kalau saudara ikuti blog saya,iaitu anak kambing yang dilahirkan pada tahun lepas..sebab dijual ialah dah ada pejantan Boer dan kandang tidak mencukupi..


Baka: Anglo Cross
Baka ibu: Anglo Cross
Baka Bapak : Unknown (siam Marii)
Umur : 10 Bulan
Harga : RM 800 ( Pengankutan diuruskan sendiri pembeli,Harga masih boleh dirunding..macam biasalah)
Berat: 40kg++
Tahap libido: Maksimum (maklumlah teruna lagi)
Lokasi : Kelantan



Oleh sebab baka bapak tidak diketahui,jadi harga pun rendah jela..tapi baka ini elok untuk dijadikan pembaiki genetik,atau untuk meningkatkan kambing baka kampung atau katjang bagi mereka yang baru berjinak-jinak nak bela kambing.Ini kerana bapak kambing nie hampir sama saiz dengan kambing boer cross jantan yang dibeli tempoh hari.

urusan pembelian : 0199699693 (En.Hafidz)