Pendidikan,Pertanian seiring...

Memaparkan catatan dengan label titik permulaan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label titik permulaan. Papar semua catatan

Selasa, 11 November 2008

Project Type C : In the making ii

Hehhe..aku penat arini..saje upload gambar nk bagi korang bayangan pe yang aku sedang buat time cuti neh...heheh





Ahad, 9 November 2008

Project Type C : In The Making



hohoho...salam semua..

Aku ngah setelkan beberapa benda untuk mulakan projek baru..Benda ni aku terfikir apabila melihatkan banyak tinja kambing aku yang terbuang setiap hari,orang kata ada harga,tapi kambing aku taklah berak banyak sangat,adalah 5 kg sehari.huhu..tapi nak kumpul pun masalah,yela kawasan perumahan,bukan ladang.fikir punya fikir terdengar la projek ni.Yela orang pertanian mesti buat projek pertanian juga.hehe..

cume aku kena tambah bahan lagi iaitu habuk kayu..


habuk kayu

dah 2-3 minggu duk prepare benda nie,yela dengan setiap hari gi cari rumput untuk kambing aku,duk main game lagi,duk kemas rumah lagi,duk bersih kebun lagi,jadi macam tak cukup masa pulak..jadi spare time la aku setelkan beberapa perkara untuk projek ni.rumah da siap,medium je belum lagi.makin banyak aku baca makin banyak benda aku kena wat.tapi dalam minggu depan aku akan start kot.tiada lagi menoleh ke belakang..

p/s:Gambar ehsan dari it2tani.blogspot..thx

Rabu, 22 Oktober 2008

Maikel (SOLD)!!


salam..

Maikel
Mesti semua masih ingat pejantan yang saya hendak jual beberapa minggu lepas.baru 2 hari lepas pejantan tersebut(Maikel) dah dijual kepada seorang penternak berhampiran dengan rumah saya.heehe..harga dia boleh tahan la..melebihi jangkaan.Dahla dapat duit,dapat anak kambing seekor.Anak kambing baka Saanen.Umur 3 bulan.Nanti saya upload jika berkesempatan,sebab nak jual juga kambing ni.Maklumlah jantan,xberbaloi nak simpan jantan banyak kalau kandang kecil.

Harga Kambing

Harga kambing di Kelantan sekarang dah masuk tahap tak masuk akal.Sebab ramai yang menjadi peminat kambing,bukan penternak.Kambing ada dekat 20 pun bukan lagi penternak,masih lagi peminat. Semua hendak jadi penyelidik Mardi,masing-masing buat baka kacukan sendiri.Betul la kata-kata dalam buku terbitan Mardi(Penternakan Boer untuk Usahawan),bahawa peghasilan kacukan baka ini merupakan satu seni di kalangan penternak.

kalau di kelantan ni,bila masing-masing dah minat,harga kambing naik mencanak,kambing baka susu(Saanen)contohnya,tiada lagi harga munasabah,masing-masing mencecah RM1k untuk kambing dewasa.RM300-RM600 untuk anak 3-6 bulan tu normal la..hai..kambing-kambing...kambing tidak untung,yang untung tuan kambing..hheehe.Saya mengutarakan hal ini sebab kenaikan harga yang mendadak ini(tidak disebabkan kenaikan harga minyak ye) menyebabkan saya sukar untuk mendapat ibu baru untuk pejantan boer saya..Geram sungguh.

Kambing Boer

Baka boer di kelantan dijual pada harga 1k ke atas,padahal tiada sijil beranak atau apa-apa pun.hanya pengesahan penglihatan yang mengatakan bahawa ciri-ciri Boer terdapat pada kambing yang hendak dijual.Orang Kelantan pulak berduit,kambing cantik sikit memang sapu terus.Untung siapa-siapa yang jual kambing boer di kelantan..hehe

Blog kawan

ni ada satu blog kawan kepada abang saya yang baru memulakan penternakan kambing jamnapari secara komersil..silalah melawat www.myjamnapari.blogspot.com

DPLI

Ada soalan dari pembaca yang saya dapat menanyakan hal ini.Iklan untuk DPLI akan keluar dalam bulan 5 atau 6 setiap tahun dalam akhbar-akhbar utama.atau lawati laman web www.mohe.gov.my

Selasa, 30 September 2008

liviv and livina : Hari ke-3

hehe..saje nak add pic anak kambing baru...cepatlah besar jadi induk!!!



Livina


Liviv





Minum susu ibu 1



Minum susu ibu 2


Ngah berehat selepas kenyang minum susu

Barakah Ramadhan : Liviv dan Livina




hahahah...alhamdulillah..dua hari lepas semasa saya sampai dari melaka selepas berhempas pulas mengharungi jalan jem untuk balik raya rasa terubat je bila tengok kantung susu induk betina bengkak...(ada baby la tuh). 3 bulan lepas semasa saya periksa induk ni tidak jelas sangat rasa keras di perut,mungkin sebab amatur dan tidak tahu bahawa pembesaran kandungan kambing hanya berlaku dengan pantas pada masa1/3 akhir kandungan.heehe..lepas itu baru saya tahu..buat malu je..haha



selepas qada tidur pada malam itu,bangun sahur lepas itu tidur balik,bangun-bangun masa nak gi toilet tiba-tiba dengar ayah dan anak-anak saudara menjerit-jerit mengatakan kambing dah beranak..terus je dengan tak mandi saya pergi ke kandang..hehheheh(sama cam kambing gak la)

Dapat anak kembar...gembira la sangat-sangat,maklumlah ni kelahiran kedua sejak saya bela kambing dan ni yang pertama dapat anak kembar.hehe.sekor coklat sekor coklat putih bertompok macam boer ( bapak pejantan boer yang beli kat lelongan Mardi bulan april lepas).



Paling best tengok kambing beranak ni tengok ibunya menjilat anak (bagi anaknya bernafas)dan anaknya mula bertatih.lepas tu pulak pandai gi cari susu.Subhanallah..Kebesaran Allah s.w.t,Yang Maha Berkuasa ke atas segala sesuatu.

Mula-mula konfius juga nak tentukan jantina anak kambing ni..mula-mula rasa dua-dua betina,lepas itu sekor jantan sekor betina,last-last baru tahu dua-dua betina,tu pun sebab tengok dia buang air kecil camne.ingatkan testis rupanya kantung susu..heheh.


oklah..ni gambar-gambar dari bek-bek villa


data

Baka: Anglo cross Boer
Baka ibu : Anglo cross
Baka pejantan :Boer Cross
kelahiran : Kembar 2
Bilangan kelahiran ibu : Ke-2

Khamis, 22 Mei 2008

Dapat Bapak Baru



heheh..just last past few weeks I got new boer buck from Mardi sales in Telong..hehe..the picture is only a sample..mine maybe F2 or F3..because it was result from Mardi experiment..but I think it was good effort from government agency to provide high quality buck breed to the people and farmer at affordable price..hehe

hope my buck can produce high line of breed from my present anglo doe..hehe

Sabtu, 5 Januari 2008

UPM:New Chapter begins

assalamualaikum,

thx to all loyal visitor to my blog..now i little bit busy in UPM after register as a DPLI student..agriculture?leave for a while..let say bout 10 months..maikel my pet?leave at kelantan with my parent to take care about them..huhu..miss him a lot..although he only a pet..but i love them so much..hahah..people would say im crazy enough...but..i don't care..better to take care about something like animal rather then human that we sacrifice a lot but still bite us back...

UPM

I live at college 16..newest college in UPM after it was split for college 14..so would say rather it was new..but i would say..err..no la...cannot say anything..just sign aku janji..harharhh..ermm...from college to faculty rather far far far away...going upside down the hill...but here they got free buses..so i would thankful and be grateful to Allah for helping me..if not...Bro Lokman will lost to me by loosing so much weight..hahaha..relax arr lok..miss you all there..here i little bit lonely cause my coursemate only have 5 boy from 51 students!!! where on earth other boy go???and going to be more freaky...4 of them are former UPM student..so ..they have former friends here and there..i were leave alone in room..huuhuhuhu...God help me..
I took DPLI in agriculture science..little bit in my expertise i would say...hehe..class is only for 3 month,1 week exam and 1 week holiday!!huhuh..so little holiday..that for this sem..for next sem..2 week full of classes and 3 month practical on school..hahaha..here i come students!!!!heheh..people here are so many..and there are so many leng lui and annee...heheh..can waash my eye everyday and every second...everywhere...



now

in cc..hear some lengchai fucking here and there playing game...hahahahahah

Sabtu, 10 November 2007

Maikel : Learns To Rock (Part i)


ni la maikel..



dengan mama die..



Maikel : Part i

Salam,
Emm..dulu penah aku cerita bahawa aku dapat anak kambing kan?sekarang aku upload pulak gambar-gambar dia yang macho lagi bergaya ni.Ni la maikel yang aku duk kecoh-kecoh ni,biasa la kan penternak amatur dapat anak kambing..hehe..gembira bukan kepalang lagi.



Sekarang maikel da berumur 13 hari dan 10 jam 25 minit 30 saat.hehe..dua tiga hari lepas dia dah mula cube-cube gigit daun pisang yang aku bagi kat mak dia..tapi biasalah,anak kambing mana lut lagi nak makan daun lagi,aku rasa-rasa dia punya gigi ada yang depan shj,yang belakang atau geraham belum lagi,patut la dia tidak boleh memamah lagi.cian maikel..nak tau perkembangan terbaru lagi?maikel da pandai melompat dan mamanjat.hehe..happy pulak aku rasa tengok maikel neh. yela anak tunggal. mak dia pulak sayng gila kat dia..asyik tolong dandan je bulu anak dia,hai…jangan maikel jadi pondan dah la.. heh. Maikel ni pun kuat minum susu,badan dia pun dah start naik dah aku rasa berbanding masa dia lahir. Moga-moga maikel jadi pejantan yang berguna di kemudian hari..

Arituh aku pergi melawat ke rumah saudara di bukit marak, rupa-rupanya dua pupu mak aku tuh pelihara kambing jamnapari,tak tahu la cross atau fullblood.tapi cukup mengasyikkan ar bila aku pergi melawat kandang dia. Walaupun kecik tapi praktikal. Air dibekalkan secara dipper,yela hairan la kan aku tak pernah Nampak untuk kambing,untuk ternak ayam pernah la..huii moden sungguh..dia ada kambing jamnapari 6 ekor,seekor mengandung, lagi 5 tu 3 anak dan 2 induk betina.dia ada kambing kampung 2 ekor induk dan 3 anak gak,dan seekor kambing penjantan kacukan..fuh..kambing pejantan ni besar gila,dia cakap kambing kampung tapi pada firasat aku ni kambing kacukan arr..kalau tak masakan badan dia hamper sama besar ngan kambing jamnapari yang saudara aku bela tuh..bayangkan sekali dia hantuk kat dinding kandang tuh,bergegar ko tau,lagi satu anak hasil penjantan tuh memang mengagumkan, bayangkan anak kambing yang berumur sebulan saiz dia hampir sama dengan mak dia(mak dia baka katjang ori aku rase..).Pic?InsyaAllah di masa hadapan nanti..sabar ye..
banyak benda ar aku belajar masa gi sana,satu lagi bab makanan, rupa-rupanya dia bagi pellet untuk lembu,patutla besar,aku mana penah bagi pellet lembu,aku bagi pellet untuk kambing jer,yang kecik-kecik tu. Emm..nanti pellet kambing yang seguni kat dalam stor tuh abes aku nak try bagi pellet lembu plak..hehe.so sekian buat kali ini..jumpe lagi di masa hadapan InsyaAllah.

Isnin, 5 November 2007

Maikel: Cahaya mata penyinar kehidupan

salam...

dah lame rasanya aku tak update blog nie di sebalik kesibukan aku dan kebengongan TMnet yang mem'block' akaun aku kerana tak bayar bil..ekeke...nie aku ader satu perkembangan terbaru.

AKU DA DAPAT ANAK......!!!!!...kambing

heheh..dia dilahirkan pada tanggal 29 oktober 2007 pukul 10.34pg...maser tuh aku tengok Stephanie(mak kandung dia) ngah tekulai di atas lantai dengan keempat2 kakinya sedang mengadap ke satu arah..hai xpernah plak aku tengok dia dalam keadaan camni.bunyi dia mengembik pun lain macam,macam ngah sembelit biji durian plak.tak lama dia terbaring mengiring tu tetibe dia bangun berjalan ke arah aku hulur kepala dia cam biasa nak manje2 ngan aku...aku gosok ar kepala dia..pastu dia mundar mandir dalam kandang dia..masa tu lah aku tengok dia punya genital da berair.aku pelik arr..xkan kambing nie datang masa galak dia sedangkan dia disyaki mengandung oleh aku..heheh..jadi aku tengok la dia..perhati betul2..lame pastu dia baring balik dan mula mengembek..dan saat yang ditunggu selama ini da tiba!!!

abes sume anak sedara aku panggil turun untuk menyaksikan dan menyambut kelahiran ahli baru dalam keluarga kami..hehe...dan saat yang mencemaskan akhirnya berakhir selepas maikel kuar dan bernafas...alhamdulillah...stephanie asyik jilat je anak dia.masa tu aku terpikir kat mane la stephanie nie blaja menyambut kelahiran anak dia nie.bukan ada kelas menyambut anak kambing untuk ibu kambing mengandung..maser tu ar aku mengkagumi keagungan ilahi yang mencipta makhlukNya dengan pengetahuan dan tabii mereka yang tersendiri untuk memastikan survival hidup mereka sendiri..subhanallah

yang mengejutkan aku maikel nie dan ley bangun berjalan pada pukul 3 ptg..korang cube bayangkan anak manusia da setahun lebey pun ada yang xley berjalan lagi..ni kambing xsampai sehari da bertatih..Subhanallah...pastu pandai plak dia g cari pundi susu mak dia...aku pun tolong ar hulurkan..kesian kat dia asyik duk isap bulu mak dia..

maikel ni comel gle wa cakap lu..mata dia coklat kt luar biru kat dalam.ikut mak die sket2 mata coklat.hehhe..badan die putih melepak gebu gle bulu dia..mua die campur warna coklat itam and putih..kaki pun same.hihihi.ekor die pun putih.cantik ge.InsyaAllah nanti aku post pic die lak...

p/s:kepada taiko2 kambing,jangan gelak kt gua ha....malu gua...hahhaha