Pendidikan,Pertanian seiring...

Rabu, 22 Oktober 2008

Maikel (SOLD)!!


salam..

Maikel
Mesti semua masih ingat pejantan yang saya hendak jual beberapa minggu lepas.baru 2 hari lepas pejantan tersebut(Maikel) dah dijual kepada seorang penternak berhampiran dengan rumah saya.heehe..harga dia boleh tahan la..melebihi jangkaan.Dahla dapat duit,dapat anak kambing seekor.Anak kambing baka Saanen.Umur 3 bulan.Nanti saya upload jika berkesempatan,sebab nak jual juga kambing ni.Maklumlah jantan,xberbaloi nak simpan jantan banyak kalau kandang kecil.

Harga Kambing

Harga kambing di Kelantan sekarang dah masuk tahap tak masuk akal.Sebab ramai yang menjadi peminat kambing,bukan penternak.Kambing ada dekat 20 pun bukan lagi penternak,masih lagi peminat. Semua hendak jadi penyelidik Mardi,masing-masing buat baka kacukan sendiri.Betul la kata-kata dalam buku terbitan Mardi(Penternakan Boer untuk Usahawan),bahawa peghasilan kacukan baka ini merupakan satu seni di kalangan penternak.

kalau di kelantan ni,bila masing-masing dah minat,harga kambing naik mencanak,kambing baka susu(Saanen)contohnya,tiada lagi harga munasabah,masing-masing mencecah RM1k untuk kambing dewasa.RM300-RM600 untuk anak 3-6 bulan tu normal la..hai..kambing-kambing...kambing tidak untung,yang untung tuan kambing..hheehe.Saya mengutarakan hal ini sebab kenaikan harga yang mendadak ini(tidak disebabkan kenaikan harga minyak ye) menyebabkan saya sukar untuk mendapat ibu baru untuk pejantan boer saya..Geram sungguh.

Kambing Boer

Baka boer di kelantan dijual pada harga 1k ke atas,padahal tiada sijil beranak atau apa-apa pun.hanya pengesahan penglihatan yang mengatakan bahawa ciri-ciri Boer terdapat pada kambing yang hendak dijual.Orang Kelantan pulak berduit,kambing cantik sikit memang sapu terus.Untung siapa-siapa yang jual kambing boer di kelantan..hehe

Blog kawan

ni ada satu blog kawan kepada abang saya yang baru memulakan penternakan kambing jamnapari secara komersil..silalah melawat www.myjamnapari.blogspot.com

DPLI

Ada soalan dari pembaca yang saya dapat menanyakan hal ini.Iklan untuk DPLI akan keluar dalam bulan 5 atau 6 setiap tahun dalam akhbar-akhbar utama.atau lawati laman web www.mohe.gov.my

Tiada ulasan: