Pendidikan,Pertanian seiring...

Memaparkan catatan dengan label pertanian. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label pertanian. Papar semua catatan

Selasa, 16 Mac 2010

Ternak itik kampung la pulak!

Salam,

lama dah buat post baru..sekarang saya nak bercerita pasal itik pulak..
Sebab apa pasal itik?sebab itik adalah antara binatang ternakan yang saya pernah bela kat umah..sekarang pun ada lagi 4-5 ekor kat rumah.Pengubat rindu la katakan.

Kalau kat internet banyak korang search korang akan dapat pasal itik muscovy atau itik kaki campbell..tapi entri kali ni saya bawakan anda itik kampung..err..ada beza ke?tentu ada kawan2 yang tertanya-tanya.jawapannya MEMANG ADA.

Itik kampung



itik femes (muscovy dan khaki campbell)



itik kampung



Ha ni la kalau korang nak kenal tuan dia si itik kampung.Itik kampung ni yang jantan dia kepala hijau berkilat.Yang betina pulak kaler coklat je.Itik ni berbeza dari itik muscovy dan kaki campbell kerana warna badan dia berbeza dan dikatakan itik ni lagi tahan lasak berbanding itik2 komersil lain..

TAHAN LASAK?tahan lasak pekebenda dah namanya itik Che DIn oii?haa..itik ni kalau sesiapa pernah bela dia ada satu penyakit pelik..patah pinggang..bila patah pinggang dia tak dapat berjalan dan kemudiannya akan mati akibat dipijak atau tak dapat makan.Itik kampung ni dikatakan payah nak dapat atau lebih kurang peratusan dia nak dapat penyakit patah pinggang ni(walaupun itik-itik kampung saya pernah kena) berbanding dengan itik-itik dari baka lain.

Pemakanan.

Dari segi pemakanan pulak dikatakan itik kampung ni makan semua benda dari dedak itik sampailah sisa makanan.Nak tahu satu rahsia?ada penternak itik yang bagi itik dorang makan kulit siput atau cenkerang untuk bagi itik dorang bertelur banyak.Sebab apa?kulit siput kan banyak kalsium..sama la juga kulit telur itik..tapi nak kompemkan bertelur korang kena la bagi dedak telur...tapi pastikan itik yang kamu suruh bertelur itu itik betina..kalau itik jantan HARAMlah jawabnya..dan itik2 tersebut juga perlu ada pasangan dia,kalau tak mana nak dapat anak ye tak?tapi nisbah dia buh seekor atau dua jantan untuk 5-10 ekor betina pun takpe..sudah selamat..tapi pastikanla jantan tu nak mengawan..PON-PON tak maen ye..jangan marah ye 'Kakak-kakak'.ambo gura jah.

Rumah itik

rumah itik paling mudah..gunakan pukat aje pun dah memadai..keliling kawasan korang nak bela tu buh pukat.komfem tak lari dah..itik mana boleh terbang baii..tapi pastikan korang letak pukat betul-betul sebab tanah tempat itik ini dikurung akan jadi padang jarak padang terkukur kerana itik itik ini akan menyudu semua yang ada dalam kawasan mereka.

Kalau boleh adakan kawasan beratap untuk mereka berlindung semasa hujan.Mereka hidupan baii..tahu jugak sejuk panas..Kasihanilah makhluk Allah ini.

Telur itik

haa dalam bela itik inilah yang kebanyakan para penternak itik mahukan.ye tak?itik2 kat rumah saya bertelur dalam masa 3-5 bulan bergantung kepada pemakanan mereka dan tahap 'stress' mereka.Wuii itik pun stress ka Che Din?MESTIlah mereka ada tahap stress mereka sendiri.Itik-itik ni pantang sekali dikejar.kat rumah saya anak-anak sedara dan cik 'Biawak' ni suka mengejar mereka.kalau dikejar,kompem esoknya itik tersebut takkan bertelur.

itik itik ini kebanyakkannya hanya bertelur sebiji sehari untuk seekor itik.Ini khas untuk itik kampung ye.Bagi itik muscovy dan itik khaki campbell saya tak tahu.mungkin lebih.dah nama pun itik penelur kan.itik kampung ni diternak untuk daging dan telur.2 dalam 1.jadi kalau korang ada 50 ekor itik betina,korang akan dapat tidak lebih dari 50 biji telur sehari.yela kalau mesti ada itik 'period' ke,stress takle tido ngan suami ke,jadi estimate dalam 50 biji max sehari.

50 biji sehari.SIKITnya che din??50 biji sehari korang cakap sikit?cuba korang pikir korang makan sehari bape banyak biji telur?dalam bekas tlur omega 3 yang jual kat pasaraya tu ada berapa biji telur?korang boleh habiskan 50 biji telur sehari?acu cube try test gak...

harga.

Banyak orang akan bertanya soalan cepumas ini.telur itik korang nak stabil kena cari pembuat telur masin.dia akn ambil harga ladang (siap tolong kutip kat tanah lagi dol,siap cuci sendiri lagi)pada harga kurang dari RM1 sebiji.Tapi bergantung.Kalau korang boleh proses sendiri,buat telur masin sendiri,harganya akan lebih mahal dari itu.Nak tahu harga sebenar?cuba cari dekat pasar dekat dengan rumah korang,ada tak makcik jual telur itik,berapa harga dia?kompem lebih RM1.

adeh..banyak pulak arini..perut lak meragam ne..ada masa aku sambung semula k..tata.

Ahad, 21 Februari 2010

Cacingku Masih Hidup!

Salam,

Setelah sekian lama menyepi dalam bidang pertanian,saya berpeluang pulang ke kampung semasa CNY baru-baru ini.Lama dah tak tengok kandang kambing di belakang rumah.Pergilah menjenguk.Tengok sisa najis kambing di bawah kandang yang digunakan terasa sayang pulak.Kalau cacing ada mesti dah jadi kompos dah tinja kambing ni.

Setelah itu saya tinjau-tinjau pulak kandang kambing yang tidak digunakan,lihat di tanah ada kelainan.Tanahnya begitu halus berwarna kehitaman.bentuk kutil tanah seperti pernah dilihat.Tahi Cacing!ada lagi ke?

Lantas saya menggali tanah tersebut dan ternyatalah prasangka saya betul.ada banyak induk cacing sedang memproses tinja kambing yang ada secara semulajadi!tanpa pengawasan!tanpa pemberian makanan yang rutin!hanya tinja kambing sedia ada dan spesies cacing tersebut saya yakin dan pasti adalah African Night Crawler yang saya beli semasa zaman kegilaan cacing dahulu..ada anak dan telur yang saya campakkan ke bawah kandang kambing ini kerana saya akan pergi bekerja di Kedah..Alhamdulillah..hasilnya sudah nampak.Betul la orang kate cacing ni jenis penternakan 'Feed and neglect'...




Ahad, 21 Disember 2008

No Agriculture, No Future : Seminar

Salam,

Pada 21 Haribulan Disember saya mengikuti seminar Bioteknologi di negeri Kelantan 2008.Banyak perkara yang dibincangkan.Banyak masalah dan cadangan yang diutarakan.Berbaloi pergi.dahla free,bukan kena bayar pun.Biasa kalau kursus camni pun kena bayar 2-3ratus.

ni saya kupas kembali isi yang saya dapat dari sana setelah seharian berada di sana.

PERTANIAN ADALAH PERNIAGAAN.

Pertanian adalah perniagaan.tapi adakah orang ramai benar-benar faham apakah isi kandungan cogan kata atau motto kerajaan dalam bidang pertanian ini?yang paling menarik adalah bila pensyrah memberi contoh seorang makcik yang menjual hanya sebiji buah nangka di tepi jalan dari zohor hingga ke asar.Adakah ini pertanian adalah perniagaan yang kita mahukan?mentang-mentanglah ada sebiji nangka untuk dijual,sanggup menghabiskan masa berjam-jam lamanya untuk menjual sebiji nangka yang dimiliki.Adakah ini yang ingin kita terapkan?

Adakah kelantan mampu menjadi jelapang makanan negara menjelang 2015 jika semua orang berfikiran seperti makcik tersebut?Pertanian adalah perniagaan yang perlu difahami dan diamalkan oleh masyarakat tani di negara kita adalah perniagaan yang menguntungkan hasil dari aktiviti pertanian.Bukannya menunggu sebiji nangka untuk dijual kepada sesiapa yang alu lalang yang masih tidak pasti lagi siapa pembelinya.

Golongan petani dikatakan sebagai golongan miskin dan hingga kini mentaliti masih lagi menebal bahawa petani adalah pekerjaan orang miskin dan mentaliti ini masih lagi terpendam dalam jiwa ramai orang walaupun dalam jiwa petani itu sendiri.Buktinya,mereka tidak mahu anak mereka turut menjadi petani seperti mereka.

HASIL PENYELIDIKAN UNIVERSITI PERLU DIKOMERSILKAN

Panel juga mengutarakan kepentingan pelaburan pihak swasta dalam mengkomersilkan produk dan hasil kajian pihak universiti.Saya tertarik disini apabila memikirkan bagaimana petani boleh menggunakan teknologi hasil kajian universiti tempatan sedangkan mereka sendiri tidak faham apa yang dikaji oleh penyelidik tersebut walaupun ia merupakan bidang yang mereka kuasai sudah sekian lama.tu baru satu hal,belum lagi masuk soal modal yang melibatkan jutaan ringgit.Bagaimana seorang petani miskin mampu meningkatkan taraf hidupnya yang sudah sedia miskin memerlukan pula modal jutaan ringgit untuk meningkatkan tarf hidupnya. Jadi panel mencadangkan supaya kos modal ini diambil alih oleh kerajaan negeri dan badan swasta atau NGO.

Mardi contohnya mengeluarkan buku manual yang serba ringkas dan mudah difahami oleh petani dan orang awam.Kajian yang mereka lakukan juga praktikal dan boleh diamalkan oleh golongan petani.Inilah yang dimahukan oleh masyarakat tani supaya benda ini dapat diamalkan dan dipraktikkan dalam amalan perladangan mereka.

KELESTARIAN PERTANIAN

Kelestarian Pertanian ditakrifkan ramai pihak sebagai pertanian organik.Ini tidak berapa tepat kerana pertanian organik hanyalah sebagai alat untuk mencapai kelestarian pertanian.Oleh sebab itu kelestarian pertanian sebbenarnya bermaksud keperluan sesuatu aktiviti pertanian dijalankan berdasarkan pulangan ekonomi yang berkesan,keperluan manusia kepada sumber makanan,menjana alam sekitar yang positif dan mengambil kira kualiti kehidupan.

Dalam topik ini,sekuriti makananan atau keselamatan makanan juga ditekankan.keselamatan makanan adalah bagaimana penghasilan makanan dalam negara dapat menampung keperluan makanan dalam negara.Ini bermakna apabila berlaku peperangan atau krisis makanan seperti yang berlaku baru-baru ini,kita mampu bertahan dan tidak terjejas teruk.

Pertanian organik seperti vermikultur dan penggunaan baja organik akan dapat mengekalkan alam sekitar pada tahap sekarang malah akan memperbaikinya ke tahap lebih baik selepas penggunaan baja kimia setelah sekian lama.

Khamis, 18 Disember 2008

seminar bioteknologi negeri kelantan 2008

Tarikh: 21.12.2008 - Ahad

Masa: 8pagi - 5.30pm

Tempat: Dewan Teratai, Kota Darulnaim

Sasaran Peserta: Pelabur, Agensi Kerajaan Swasta, Wakil Parlimen & DUN, IPTA/S, Mahasiswa & Siswazah

Anjuran: Kerajaan Negeri (Melalui JK Exco Pertanian, Indsutri Desa & Bioteknologi), PMBK & Kelantan Biotech Corp Sdn Bhd.

Antara kertas kerja yang akan dibentangkan ialah:

I. Agro-Bioteknologi Adalah Satu Perniagaan - Prof Ibrahim, Dekan Fakulti Agro Industri UMK.
II. Pertanian Lestari Kearah Melahirkan Usahawantani - Prof. Dr. Mohd Razi Ismail, Institut Teknologi Pertanian, UPM
III. Pengurusan Tanaman & Teknologi Biji Benih Berkualiti - Prof Maziah, Fakulti Bioteknologi & Biomolekul UPM
IV. Bioteknologi Dalam Sektor Penternakan - Jabatan Haiwan Negeri Kelantan.

Seminar sehari tersebut akan mengupas panjang lebar tentang peluang niaga dan industri baru yang wajar diceburi oleh rakyat Kelantan dalam sektor bioteknologi di Negeri Kelantan dan akan memperkenalkan teknologi baru yang berkaitan bagi meningkatkan produktiviti hasil pertanian di Kelantan.

sumber:http://usahawantani-kelantan.blogspot.com/2008/12/seminar-bioteknologi-negeri-kelantan.html

Isnin, 8 Disember 2008

Oriental Herbal nutrient (OHN)

salam..

Mungkin bagi sesetengah pengunjung blog ini yang terdiri dari 'orang-orang akua' dan juga cabang bidang yang lain tertanya-tanya apakah yang dimaksudkan dengan oriental herbal nutrient ini.Bagi yang datang dari 'pure' sains pertanian ataupun bioindustri mungkin sudah arif dengan OHN ini.

OHN ini berfungsi sebagai penghalau serangga,kulat dan juga baja.bahan OHN ini boleh terdiri dari pelbagai bahan contohnya seperti halia,bawang putih,kulit kayu manis dan juga gula merah.Bagi 'sifu2' penternakan,mungkin mereka sudah biasa dengan penggunaan gula merah dalam pembuatan silaj.

Kenapa perlu Gula Merah?

Gula merah digunakan sebagai pembekal tenaga kepada 'makhluk' yang akan membantu menjadi baja dan pemangsa semulajadi kepada perosak tanaman anda semua.Gula merah boleh digantikan dengan Gula kerek dan juga molasses.

'Makhluk' apakah yang dimaksudkan?

'makhluk'yang dimaksudkan adalah bakteria baik ataupun 'effective microorganism'.EM ini akan bertindak sebagai perisai kepada tanaman anda berdasarkan ciri bahan yang digunakan.contohnya seperti bawang putih ia adalah antikulat..jadi ia akan berfungsi sebagai antikulat kepada tanaman anda.Oleh kerana sifatnya yang universal,ia juga boleh digunakan kepada haiwan ternakan.Masalah seperti selsema dan puru boleh diatasi dengan pengunaan 1-2 kali OHN. Menarik bukan?

Cara membuatnya?

kita sambung dalam bahagian dua nanti..

boleh rujuk blog nek guru saya,melor : http://impaxbokashi.wordpress.com

p/s:selamat hari raya aidiladha buat semua pengujung setia blog saya..

Jumaat, 28 November 2008

verminkompos : Part 2

2:60. Dan apabila Musa memohon air untuk kaumnya, Kami berkata, "Pukullah batu dengan tongkat kamu"; dan memancarlah daripadanya dua belas mata air; semua orang mengetahui tempat minum mereka. "Makan dan minumlah daripada rezeki Allah, dan janganlah kamu membuat kecelakaan di bumi dengan membuat kerosakan."

baru 4 hari saya bela cacing..arini saya harvest 37 biji kokon.Dah saya pindah ke medium lain untuk saya monitor berapa survival rate cacing neh..sebab ada pelbagai fakta yang bercanggah antara satu sama lain.Sama ada 1 kokon hasilkan 1 anak,1 kokun hasilkan 2-3 anak,atau satu kokun hasilkan beratus-ratus anak..kita tunggulah hasilnya dalam masa 1 bulan.

Jumaat, 21 November 2008

Projek Type C:bajet tapi lumayan

hehe..ni aku amik dari website lumbricus

menarik gak cara dorang buat rak..pro betull.simple tapi praktikal..aku terpikir neh sebab tgk dorang guna buluh..tepi rumah aku pun ada buluh..hehe..projek apa nie?hehe..korang fikir la sendiri..agak-agak apa aku nak buat?

Rabu, 19 November 2008

Ternakan Landak

Ni fakta saya ringkaskan dari utusan Malaysia..senang nak rujuk.
Nama saintifik:Hystrix bracyura

Prospek:
1.daging landak tidak diharamkan oleh agama.
2.Beranak 5 kali dalam tempoh dua tahun dengan anak kembar dua atau 3
3.Harga daging landak RM60/kg

Modal awal: RM120,000

Kenapa landak?
1.mempunyai khasiat pemakanan yang tinggi.
2.Pembiakan yang kerap.

Pemakanan

1.Pisang
2.Ubi kayu
3.Buah kelapa sawit
4.Sayur
5.Rumput s
6.Hampas kacang soya.
7.Pelet


Keperluan lesen:Wajib

Tabiat Landak

1.tabiat aktif pada waktu malam
2.makan secara kerap.
3.Aktif mengawan.
4.Pembiakan:mampu melahirkan anak kembar dua dan tiga ekor sekali beranak.
5.Beranak 5 kali dalam tempoh 2 tahun.


Cara penternakan:

1.Guna sangkar dinding konkrit dan bahagian depan besi jeriji
2.setiap sangkar boleh diletakkan seekor atau 2 ekor.

Syarikat: Bahtera Ternak

Pengarah Syarikat : Nurul Azam Haron

talian : 0122133401

P/s:Daging arnab kurang orang makan kerana kecomelannya sampai orang tak sanggup makan..daging landak?

Jumaat, 14 November 2008

Kisah Monyet dan Pisang


sedutan dari worm1blog.blogspot..

Ramai yang berfikir banyak kali untuk menceburi sesuatu yang baru dalam pertanian.Ada juga yang terus menolak tanpa mengetahui sesuatu apa pun mengenainya ataupun hanya kerana mendengar khabar angin negatif mengenainya. Dalam hal ini,memanglah ada kebaikannya kita berfikir semasak-masaknya,tapi kadang kala ada juga yang berfikir negatif lantas menolaknya tanpa memikirkan peluang yang lumayan yang mereka lepaskan.Saya tertarik dengan kisah monyet dan pisang dari blog worm1blog..

ianya tentang satu eksperimen yang menggunakan momyet sebagai bahan ujikaji. Para penyelidik menempatkan 5 ekor monyet dalam satu ruangan yang terdapat tangga yang dihujungnya diletakkan 1 tandan pisang. Ketika salah seekor daripada monyet tersebut memanjat tangga untuk mengambil pisang, para penyelidik menyiram monyet tersebut dengan air sejuk. Akibatnya, ketika ada monyet lain yang mencuba memanjat tangga tersebut, monyet yang lain beramai-ramai melarangnya. Dan akhirnya tidak ada yang berani memanjat.

Para penyelidik itu kemudian mengeluarkan monyet yang disiram air sejuk tadi dan memasukkan monyet baru. Demi melihat pisang di atas tangga, si monyet baru itu pun berusaha menaiki tangga. Namun gagal karena dilarang oleh monyet2 yang lama. Akhirnya si monyet baru itu tidak jadi memanjat, meski tidak kenapa dilarang. Lalu para penyelidik itu pun mengganti 4 monyet yang lama dengan yang baru. Sama seperti kejadian awal, monyet2 baru tertarik oleh pisang tsb. Namun monyet yang satu itu melarang kerana menurut pengalaman monyet sebelumnya tidak boleh. Akhirnya semua monyet itu tidak ada yang memanjat sama sekali dengan alasan yang tidak mereka tahu.....

Ahad, 9 November 2008

Project Type C : In The Making



hohoho...salam semua..

Aku ngah setelkan beberapa benda untuk mulakan projek baru..Benda ni aku terfikir apabila melihatkan banyak tinja kambing aku yang terbuang setiap hari,orang kata ada harga,tapi kambing aku taklah berak banyak sangat,adalah 5 kg sehari.huhu..tapi nak kumpul pun masalah,yela kawasan perumahan,bukan ladang.fikir punya fikir terdengar la projek ni.Yela orang pertanian mesti buat projek pertanian juga.hehe..

cume aku kena tambah bahan lagi iaitu habuk kayu..


habuk kayu

dah 2-3 minggu duk prepare benda nie,yela dengan setiap hari gi cari rumput untuk kambing aku,duk main game lagi,duk kemas rumah lagi,duk bersih kebun lagi,jadi macam tak cukup masa pulak..jadi spare time la aku setelkan beberapa perkara untuk projek ni.rumah da siap,medium je belum lagi.makin banyak aku baca makin banyak benda aku kena wat.tapi dalam minggu depan aku akan start kot.tiada lagi menoleh ke belakang..

p/s:Gambar ehsan dari it2tani.blogspot..thx

Isnin, 17 September 2007

Peruncit mengeluh harga borong ayam RM5.90 sekilogram

LANGKAWI 16 Sept. – Pemborong membekalkan ayam kepada peniaga runcit di pasar-pasar borong awam di sini pada harga RM5.90 sekilogram dan peruncit pula dikehendaki menjual pada harga siling runcit RM6.00 sekilogram sebagaimana ditetapkan kerajaan.

Apakah ini berbaloi buat peruncit?

Bernama dalam tinjauan di pasar borong awam di sini mendapati ramai peniaga runcit mengeluh dan berkata mereka mungkin terpaksa menutup perniagaan jika keadaan berterusan begini buat beberapa hari lagi.

Di pasar awam Kuah, peniaga runcit mengesahkan mereka membeli bekalan daripada pemborong pada harga RM5.90 sekilogram dan menjual mengikut harga siling runcit yang ditetapkan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna.

Sementara itu, Pengerusi Persatuan Peniaga Pasar Awam Kuah, Ahmad Azmudin Taib, 49, berkata, kekurangan bekalan masih berlaku walaupun pemborong mendakwa membekalkan ayam seperti biasa.

Masalah kekurangan bekalan ayam di Langkawi sejak Khamis lepas dikatakan dapat diatasi apabila pemborong hari ini memberi jaminan akan membekalnya seperti biasa kepada peniaga.

Ketua Pegawai Penguat Kuasa kementerian berkenaan di Langkawi, Razali Lebai Salleh berkata, sejak semalam sebanyak 6,700 ekor ayam dibawa dari tanah besar ke Langkawi untuk edaran kepada peniaga.

Jumlah itu dapat menampung keperluan di Langkawi yang meningkat kepada 6,000 ekor sehari pada bulan puasa, katanya

Tanda harga RM6, jual RM7 sekilogram

KUALA LUMPUR 16 Sept. – Sekumpulan peniaga di pasar Sungai Besi di sini dikesan menjual ayam melebihi harga siling RM6 sekilogram dengan berselindung di sebalik tanda harga.

Tinjauan Bernama di pasar itu mendapati peniaga sengaja memaparkan tanda harga ayam RM6 sekilogram untuk menunjukkan mereka mematuhi arahan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDN&HEP), tetapi sebenarnya menjual dengan harga RM7 sekilogram.

“Kami tak takut disaman sebab kami di pihak yang benar, yang salah adalah pembekal yang menjual ayam kepada kami dengan harga yang tinggi,” kata seorang peniaga, Mohd Shahrul Nizam Mohd Nordin, 24, sambil menunjukkan resit pembelian daripada pembekal ayam.

Mohd. Shahrul Nizam yang telah lapan tahun berniaga berkata, mereka bersepakat menjual harga ayam RM7 sekilogram walaupun ia melebihi had harga siling disebabkan tindakan pemborong.

Rakannya, Mohd Zamhor Mohd Ghaus, 37, berkata, beliau dan rakan-rakannya terpaksa menaikkan harga ayam kerana pembekal menjual kepada mereka pada harga yang melebihi harga siling sejak seminggu lepas.

“Pemborong jual kepada kami antara RM5.80 dan RM5.90 sekilogram jadi, kami terpaksalah jual RM7. Rugilah kami kalau jual murah daripada itu,” katanya yang berniaga di pasar Sungai Besi selama 19 tahun.

Bagaimanapun, katanya mereka masih memberikan diskaun kepada pembeli yang meminta harga itu dikurangkan sedikit apabila membeli melebihi dua ekor ayam.

Ditanya mengenai pemeriksaan oleh penguat kuasa KPDNHEP, peniaga itu berkata, tiada pemeriksaan yang dibuat, hanya wartawan yang datang membuat tinjauan.

Suri rumah Esah Zainal, 63, mahu pemantauan dibuat bagi mengelakkan peniaga menaikkan harga.

“Kalau kementerian buat rondaan macam di pasar Chow Kit, mesti peniaga dah tak berani jual ayam dengan harga yang tinggi,” katanya.

Seorang lagi pengguna yang hanya mahu dikenali sebagai pak cik Din berkata, harga ayam yang dijual di pasar itu sudah melampaui batas.

“Saya tak nak beli ayam di sini sebab harganya mahal sangat. Anak saya yang duduk dekat Keramat cakap harga ayam di pasar Keramat RM6 sekilogram, kenapa di sini jual RM7 sekilogram,” katanya.

Sementara itu, tinjauan yang dibuat di pasar Chow Kit dan pasar Keramat hari ini mendapati peniaga patuh dengan arahan kementerian dengan menjual ayam pada harga runcit siling iaitu RM6 sekilogram.

Semalam, tinjauan Bernama mendapati ayam di beberapa pasar seperti di Chow Kit dan Keramat dijual antara RM6.20 dan RM6.50 sekilogram.

Malaysia-Thai bakal jadi hab halal

BANGKOK 16 Sept. – Selatan Thailand dan bahagian utara Semenanjung Malaysia boleh berpadu tenaga untuk mewujudkan persekitaran perniagaan halal antarabangsa yang berdaya maju dalam situasi yang memberi faedah kepada kedua-dua belah pihak.

Selatan Thailand boleh menjadi sumber bahan asas mentah, manakala negeri-negeri di utara Semenanjung Malaysia boleh menyediakan kemampuan dan kepakaran dalam sektor pembuatan, satu gabungan yang boleh merangsang asas perindustrian yang kukuh untuk produk dan perkhidmatan halal.

Ini dilihat dalam konteks Segitiga Pertumbuhan Indonesia-Malaysia-Thailand (IMT-GT) yang lebih besar, yang boleh bertindak sebagai pemacu dan pengguna sektor perniagaan halal, disebabkan oleh gabungan besar penduduknya yang beragama Islam.

Dalam konteks ini, pembangunan Wilayah Ekonomi Koridor Utara (NCER) Malaysia, yang terdiri daripada negeri Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan Perak utara, boleh menjadi jentera pertumbuhan untuk sektor halal IMT-GT, memandangkan Perlis diperuntukkan sebagai pusat logistik halal dalam NCER.

Ini merupakan gambaran yang diperoleh oleh delegasi Malaysia susulan lawatan muhibah ke Bangkok minggu ini bagi mengukuhkan kerjasama dua hala dalam sektor halal.

“Kami telah mendapat gambaran yang lebih baik mengenai peluang yang ada di Thailand daripada segi pelaburan,” kata Pengerusi Forum Halal Dunia, Khairy Jamaluddin kepada Bernama.

Khairy yang juga Naib Ketua Pemuda UMNO mengetuai 32 anggota delegasi yang termasuk Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Pembangunan Industri Halal, Datuk Jamil Bidin.

“Kita boleh mendapatkan sumber bahan mentah terutamanya ternakan dari selatan Thailand, manakala Malaysia boleh menawarkan kepakaran dalam pemprosesan dan pembungkusan.

‘‘Ia membabitkan rangkaian bekalan dari pengeluar awal hingga pengguna akhir,” katanya.

Ahli perniagaan Thailand juga meninjau bagaimana taman halal dibina dan diuruskan, terutamanya di NCER seperti Perlis serta pembangunan Wilayah Ekonomi Koridor Timur, dan melihat bagaimana mereka boleh membekalkan bahan untuk produk makanan halal yang dibuat di taman-taman halal ini, katanya.

Dengan membawa pembangunan ekonomi ke kawasan selatan Thailand yang majoriti penduduknya beragama Islam merupakan antara cadangan yang dikemukakan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi semasa lawatannya ke Thailand sebagai satu daripada cara meningkatkan aktiviti ekonomi di wilayah berkenaan dan dapat mengurangkan ketegangan keselamatan di kawasan berkenaan.

Khairy berkata: “Kami meninjau cara-cara untuk bekerja bersama di selatan Thailand. Kami percaya sekiranya kami membawa beberapa pelaburan ke kawasan ini, ia akan membantu menyelesaikan beberapa masalah di sana.

“Saya juga percaya IMT-GT merupakan konsep yang baik untuk sektor halal, kerana tiga kawasan ini iaitu selatan Thailand, utara Semenanjung Malaysia dan utara Sumatera di Indonesia, mempunyai jumlah penduduk Islam yang besar yang memerlukan banyak produk halal,” katanya.

IMT-GT, diwujudkan sebagai rangkaian ekonomi, mengandungi Sumatera Utara dan Acheh di Indonesia; Kedah, Perlis, Pulau Pinang dan Perak di Malaysia; serta Satun, Narathiwat, Yala, Songkhla dan Pattani di Thailand, dengan jumlah penduduk kira-kira 20.5 juta orang.

Sementara itu, Pengarah WHF Nordin Abdullah berkata NCER, satu daripada pemacu utama dalam pertanian, juga diiktiraf sebagai kawasan utama IMT-GT.

“Sebaik-baik sahaja aktiviti ekonomi di Koridor Utara bermula, ia akan mewujudkan faedah yang besar atau kesan limpahan yang banyak untuk setiap orang di kawasan itu dan industri makanan halal akan memainkan peranan penting di dalamnya,” jelas beliau.

Semasa kunjungan ke Bangkok, delegasi, yang terdiri daripada wakil bukan hanya agensi kerajaan tetapi juga sektor swasta, melawat Pusat Sains Halal di Universiti Chulalongkorn di sini dan menemui Timbalan Menteri Industri Piyabut Cholvijarn dan Timbalan Menteri Luar Sawanit Kongsiri.

Malaysia kini secara agresif mempromosikan dirinya sebagai hab halal dunia, manakala Thailand berminat untuk menjadi hab bagi industri halal daripada segi perkhidmatan seperti hospital, restoran dna pelancongan.

– Bernama

Kenaikan harga Ayam dan Makanan Ternakan : Gunting dalam Lipatan



Selamat menyambut bulan ramadan Al mubarak buat saudara penternak dan petani moden sekalian..semalam saya membaca artikel dalam utusan Malaysia mengenai kenaikan harga ayam,dan ia mengupas apa perkara yang tersirat di sebaliknya.Ia mengulas mengenai setiap kali tibanya ramadan kebanyaka harga barang kawalan akan naik ketika ini dan tidak pada perayaan2 lain di Malaysia.Seperti tahun berikutnya,harga ayam seperti sudah dijangka akan melambung naik ke paras yang boleh menyesakkan nafas pengemar haiwan omnivor dalam kelas burung ini.

Seperti kebanyakan kita telah tahu tidak ramai penternak ayam terdiri dari orang melayu,dalam erti kata lain kita tidak memegang majoriti dalam bidang ekonomi ini.kebanyakannya dari kaum lain yang tidak perlulah diungkapkan atau dinyatakan bangsa nye kerana kita sendiri sudah sedia maklum. Dan apabila harga ayam naik, siapa yang untung? 'mereka 'juga...orang melayu seolah2 membenarkan leher mereka disembelih terus menyokong kenaikan ini dengan terus membeli ayam,seolah-olah akan mati kalau tidak makan ayam.padahal banyak lagi pilihan makanan atau ternakan yang boleh dijadikan sebagai hidangan contohnya ikan keli,ikan laut,kambing,daging lembu n kambing dan sebagainya..Melayu oh melayu

jika difikirkan,dan diperhatikan, harga ayam atau barang keperluan hanya naik menjelang bulan ramadan,perayaan orang Islam,kenapa tidak pada perayaan lain?ini kerana yang mendapat keuntungan hasil dari kenaikan harga barang kawalan ini bukan orang Islam,bukan orang melayu..tapi 'mereka'..'mereka' terus berlagak seperti memegang ekonomi kita umat Islam tapi padahal kita adalah pengguna,kitalah yang memegang ekonomi,yang merancakkan ekonomi,tanpa kita yang menghulurkan duit dari tangan kita,apa yang mereka dapat?hanya angin lalu...cukuplah sebahagian dari kita meng'ali baba'kan projek kerajaan,janganlah dibiarkan lagi kita diperas begini,janganlah disedekahkan kenaikan gaji kakitangan awam kepada 'mereka'..cukuplah apa yang mereka dapat selama ini...

Nak tahu apa yang mereka dapat?anda sendiri pun tahu..xperlulah saya huraikan lagi..kita patut fikirkan apa yang kita dapat dengan memberi kepada mereka..

1.harga ayam naik
2.harga makanan ternakan yang lain naik.
3.harga hasil pertanian seperti cili pun naik

tu dari sudut pertanian

nak dari sudut lain?

1.Agama Islam dihina-di internet,bersepah2..carik jer..pasti jumper
2.pelajar melayu di pinggir pensyarah 'mereka'sama ada secara terbuka atau senyap2.
3.Azan di katakan pencemaran bunyi
4.kebanyakan barang keperluan yang kita gunakan setiap hari harganya dikawal oleh 'mereka'
5.Mereka terus meminta itu dan ini walaupun telah ada kontrak sosial yang menjadi asas negara ini selama 50 tahun..
6.banyak lagi sama ada anda perasan atau tidak,sama ada pemerhatian anda cukup tajam atau tidak..semuanya disekeliling anda..

Saya memohon agar kerajaan mengambil inisiatif mengatasi masalah ini kerana jika tidak perpaduan kaum di Malaysia akan punah,kedamaian Malaysia akan hancur,dan sekarang kita menuju ke arah itu,percaya atau tidak.Negara kita hanya berusia 50 tahun,masih muda,masih rapuh..setiap hari hati saya bersyukur masih belum terjadi perbalahan kaum..saya mengeji sekeras2nya rusuhan di Terengganu.Kita sendiri belum maju nak bergaduh sesama sendiri pulak.Sedarlah wahai umat melayu,umat Islam..saya melihat rusuhan di Terengganu sebagai perkara bodoh yang dilakukan oleh orang bodoh,tidak kiralah ianya provokasi polis seperti yang dicakna pembangkang atau tidak,ianya tetap perkara bodoh.tetapi perkara bodoh seperti ini mampu mengugat keharmonian Malaysia.itulah yang ditakuti.

bangkitlah..cari penyelesaian,jangan terus beralah, cari alternatif,jika harga makanan ternakan meningkat,cari alternatif,tanam rumput,buat pellet sendiri dengan bahan tempatan contohnya rumput,hampas tebu n kelapa,daun kelapa sawit,masuk vitamin n telur..kita mampu lakukannya,bukannya tidak mampu..jumpa pegawai pertanian daerah mintak mereka buat kursus penghasilan pellet untuk ternakan. Tiada siapa akan membantu kita kecuali diri kita sendiri.kita perlu mewujudkan bidang pertanian yang kita kawal dari awal sampai akhir..tidak boleh hanya setengah2..dengan cara ini barulah kita boleh mewujudkan bangsa yang mampu berdiri teguh,berdiri atas kaki sendiri dengan kekuatan ekonomi yang tersendiri..jika berlaku sesuatu satu hari nanti,kita tidak keputusan bekalan makanan untuk saudara2 Islam kita di serata tanah air..saya bercakap berdasarkan permerhatian dan ilmu saya yang cetek serta kependekan akal saya...hanya untuk difikirkan bersama-sama..selamat Berpuasa..