Pendidikan,Pertanian seiring...

Isnin, 17 September 2007

Peruncit mengeluh harga borong ayam RM5.90 sekilogram

LANGKAWI 16 Sept. – Pemborong membekalkan ayam kepada peniaga runcit di pasar-pasar borong awam di sini pada harga RM5.90 sekilogram dan peruncit pula dikehendaki menjual pada harga siling runcit RM6.00 sekilogram sebagaimana ditetapkan kerajaan.

Apakah ini berbaloi buat peruncit?

Bernama dalam tinjauan di pasar borong awam di sini mendapati ramai peniaga runcit mengeluh dan berkata mereka mungkin terpaksa menutup perniagaan jika keadaan berterusan begini buat beberapa hari lagi.

Di pasar awam Kuah, peniaga runcit mengesahkan mereka membeli bekalan daripada pemborong pada harga RM5.90 sekilogram dan menjual mengikut harga siling runcit yang ditetapkan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna.

Sementara itu, Pengerusi Persatuan Peniaga Pasar Awam Kuah, Ahmad Azmudin Taib, 49, berkata, kekurangan bekalan masih berlaku walaupun pemborong mendakwa membekalkan ayam seperti biasa.

Masalah kekurangan bekalan ayam di Langkawi sejak Khamis lepas dikatakan dapat diatasi apabila pemborong hari ini memberi jaminan akan membekalnya seperti biasa kepada peniaga.

Ketua Pegawai Penguat Kuasa kementerian berkenaan di Langkawi, Razali Lebai Salleh berkata, sejak semalam sebanyak 6,700 ekor ayam dibawa dari tanah besar ke Langkawi untuk edaran kepada peniaga.

Jumlah itu dapat menampung keperluan di Langkawi yang meningkat kepada 6,000 ekor sehari pada bulan puasa, katanya

Tiada ulasan: