Pendidikan,Pertanian seiring...

Jumaat, 28 Disember 2007

filem ANAK HALAL komen dr FAIZAL TEHRANI

Anak Halal: 'Godless & Hopeless'

Begini, kesenian Melayu-Islam yang
menjadikannya indah ialah kerana bentuk,
kemudian kandungannya, dan kemudian rasa
yang dijambatani oleh kita dan semua hal
tersebut dijalin oleh faedah dan
manfaat. Nah, faedah dan manfaat itu
yang mustahak. Tikar mengkuang sekali
pun, kain batik sekalipun meski diciri
oleh estetika yang menakjubkan akhirnya
mesti dicipta untuk memberi faedah. Kain
batik yang cantik tetapi dicipta untuk
tidak memberi faedah maka ia sia-sia.

Begitu jugalah karya sastera, atau karya
filem. Mengambil kira 50 tahun merdeka,
semua dari kita ingin kembali kepada
jatidiri sendiri. Mahu merdeka dari
kejahilan dan kebatilan serta kebodohan
yang pernah dipantakkan kepada kita
dulu. Filem juga mesti kembali kepada
keindahan bentuk, kandungan, rasa dan
mesti berfaedah.

Anak Halal sebuah filem yang sia-sia.
Pembikinannya sia-sia, terlibat dalamnya
sia-sia. Hasilnya juga sia-sia. Justeru
menontonnya juga sesuatu yang lagha.

Tetapi untuk mereka yang tiada Tuhan,
filem 110 minit dengan adegan rogol,
peluk sana sini (ingatan: dakap dan
gomolnya jauh lebih ganas dari Gubra!),
main dadah (kononnya untuk tunjukkan
dadah itu memusnahkan tetapi penonjolan
dadah itu sendiri menghairankan kita!),
adegan berkemban dan tak pakai baju,
rempit dan kemungkaran, gangsterisme,
bunuh-membunuh, adegan separuh Hindraf
(iaitu ganas tidak bertempat), serta
pagi tanpa subuh berleluasa di sana sini
tentulah mereka gemari.

Ingat; kerangka yang saya guna ialah
bukan kerangka bentuk, kandungan dan
rasa lagi, kerangka yang saya gunakan
disini ialah sebagai 'ciptaan Tuhan yang
mencipta' kita melakukan sesuatu
semuanya untuk memberi faedah, lagi
bermanfaat.

Tidak pernah saya menonton filem seburuk
ini. Rasanya Nana Tanjung 10 kali lebih
senonoh dari filem batil ini. Malahan
kata teman saya, menonton Impak Maksima
20 kali pun lebih baik dari menonton
kisah gila ini. Betul, Anak Halal sebuah
filem yang sedang ditayangkan di
panggung kala ini adalah sebuah filem
yang tiada jatidiri. Sesekali macam
berkiblatkan Hong Kong, sesekali pula
macam berkiblatkan Bollywood, ada
sentuhan macam nak jadi Indonesia, juga
macam nak jadi Hollywood dan disuntik
sana sini pesan yang kononnya bermaruah
iaitu supaya jangan hancurkan anak
bangsa dengan dadah. Kecelaruan identiti
begitulah kesimpulannya.

Aspek naratif? Hancur bersepai! Plot
filem ini lemah dan kelam kabut serta
tiada arah. Watak dan perwatakan
mendatangkan geli geleman dan dialog
tidak lojik seperti ingin hidup di Zuhal
atau ingin terbang ke Kejora diucapkan
demi memberi sentuhan artistik. Puitis
la konon!

Pengalaman membaca dan membimbing cerpen
pemula dari budak-budak Minggu Penulis
Remaja, macam itulah jalan cerita dan
plot filem ini. Plot macam budak tak
pernah belajar menulis. Penuh dengan
klise (anak orang kaya mesti tak cukup
kasih sayang!), formula karut (zina,
penagihan dadah dan penderitaan ala
Bersama-Mu untuk menagih simpati dan
tangsian penonton), serta melankolia
geli anak tekak (seperti adegan cinta
yang busuk). Eloklah pengarah-pengarah
filem kita masuk berkursus dulu, masuk
berkursus penulisan dengan Saharil
Hasril Sanin pemenang Hadiah Sastera
Berunsur Islam DBP pun tak apa. Upah
Saharil mengajar apa itu logos dulu
kalau pun tak kenal erti ethos.

Begini, sebab dan akibat yang lemah itu
biar saya huraikan, (ingat dari segi
naratif filem, plot yang bodoh, tidak
lojik dan merapu adalah bukti kelemahan
sesebuah filem): Hisham seorang
penjenayah telah menyerahkan bayi
lelakinya kepada Mariam, seorang
perempuan gila di jalanan. Hisham telah
ditangkap dan dipenjarakan. Mariam
membesarkan bayi tersebut (Putra) dalam
kemelaratan. Tinggal di kawasan kumuh
yang kusam, berjirankan Bu Leha dan anak
perempuannya, Johanna. Dari zaman
kanak-kanak, Putra dan Johanna
bersahabat rapat. Selepas Mariam diambil
oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat, Putra
dibesarkan oleh Bu Leha. Putra dan
Johanna membesar menjadi remaja jalanan.
Putra bertugas di sebuah kedai potong,
sementara Johanna dan ibunya berniaga di
Pasar Chow Kit.

Huraian Pertama: Cerita dengan watak
kerdil akan mengakibatkan pemikiran yang
dihantar juga kerdil. Watak kerdil tak
pernah dapat berfikir besar, sebab
itulah bila Mariam merindui Putra, dia
berangan nak terbang ke bintang Kejora
(dengan air mata bertakung). Memang
menyampah dan meluat betul. Kerana itu
jugalah kita lihat watak-watak ini duduk
dalam lingkungan kemungkaran dan tak
pernah mahu keluar darinya.

Tak cukup-cukup ke filem Melayu atas
nama realisme (yang konsep dan
falsafahnya menyalahi Islam itu)
menonjolkan realiti seperti pelacur,
rempit bohsia, penagih dadah? Tak
cukup-cukup ke? Korang yang tengok tak
muak-muak ke?

Lebh keji, lebih tiada Tuhan ialah
apabila voice over di hujung filem ini
menyatakan - setiap manusia ada takdir
sendiri - cis biadab! Seolah-olah
keadilan Ilahi dicabar dalam filem ini.
Watak-watak yang tiada harapan ini
menyalahkan Tuhan pula. Kerana Tuhan dah
takdirkanlah maka mereka hisap dadah,
kerana Tuhan dah takdirkanlah mereka
jadi pembunuh dan penjenayah, kerana
Tuhan dah takdirkanlah maka mereka
berpeluk bercium tak sudah-sudah. Kerja
menyalahkan Tuhan ini menunjukkan
pengarah-pengarah filem di Malaysia tak
faham agama Islam.

Sewaktu mengajar di Sekolah filem UiTM
dulu, sewaktu mengajar Farid Kamil dulu
saya pernah mencadangkan supaya sekolah
filem mengajar subjek agama dan subjek
sastera tradisional. Tujuannya supaya
tak ada karyawan filem buat drama
sia-sia dan penuh dengan sundal macam
Spa-Q, atau supaya tak buat cerita hantu
dan mengagungkan khayal serta khurafat,
atau tak buat skrip macam Jelatang yang
di akhir setiap episod penulis skrip
berpesan supaya kita bertaubat (dia yang
buat cerita tak senonoh kita pula
disuruh bertaubat!). Dan supaya mereka
kenal jati diri bangsa menerusi hikayat
lama seperti Sulalatus Salatin. Tetapi
cadangan itu dipandang sepi. Malah
diremehkan dengan kata-kata 'nak jadi
tukang filem buat apa belajar agama'.
Begitulah kalau sudah tak kenal hukum.
Disiplin apa pun kembali kepada Tuhan.
Kaji alam macam bidang geografi pun
akhirnya dapat jumpa Tuhan, patutnya
begitulah juga dengan dunia filem.

Ini satu hal yang menyesakkan, sekolah
filem di UiTM, sekolah filem di Aswara,
sekolah filem di USM dan UM mesti
menyediakan asas pemikiran bangsa dari
awal lagi. Sila jemput Mufti Perlis yang
banyak kepandaiannya itu untuk mengajar
karyawan filem yang tak ada arah ini,
ajarkan mereka doktrin Inna lillah wa
Inna ilaihi Rajiun. Ajarkan juga konsep
min aina, fi aina dan ila aina. Sebab
pengarah filem dan pelakon filem pun ada
Tuhan dan akan mati satu hari nanti.
Sekolah filem kita mesti mengajarkan
rukun iman. Ini tidak, karyawan filem
kita buat filem macam tak kenal adanya
hari kiamat! Astaghfirullah, karyawan
seni kita makin tak ada Tuhan ke?

Kalau tak, pengarah filem kita akan buat
kerja sia-sia lagi. Dan duduk dalam
putaran keji yang serupa. Kemudian
sesama mereka akan ampu dan angkat
sesama sendiri. Syok sendiri.

Huraian Kedua: Johanna membesar sebagai
seorang gadis tomboi, dalam diam
menyukai Putra. Tetapi Putra pula jatuh
cinta dengan Amiera, anak orang kaya
yang dikenali mereka secara kebetulan.
Amiera walaupun disaluti kemewahan
tetapi hidup dalam kesunyian. Mereka
sering melepak bersama. Mereka bahagia
hidup dalam dunia mereka sendiri.

Lihatlah stereotaip yang tidak pernah
bebas dari filem Melayu. Sebab dan
akibat yang sama tak sudah-sudah,
langsung tiada kreativiti. Tolonglah
beri anjakan paradigma sedikit wahai
orang filem!

Huraian Ketiga: Erzan salah seorang
rakan mereka, sedang dibelenggu masalah
hutang dengan along dan diugut supaya
melangsaikannya segera. Suatu hari
ketika sedang melepak dan tergedik-gedik
di kelab malam, mereka ditangkap dan
ditahan di lokap (maka ada alasanlah
untuk hero-hero filem ini ditampilkan
dalam adegan tak pakai baju dan hanya
pakai boxer) .

Bapa Amiera begitu marah dan tidak
membenarkan Amiera keluar dari rumah.
Amiera yang tertekan (memang macam
cerpen yang biasa editor Dewan Siswa
reject!), disamping ketagihan dadah
telah melarikan diri. Amiera bertemu
Erzan. Mereka sama-sama khayal dengan
dunia dadah mereka. Keesokannya Putra
yang terjumpa mereka berdua telah naik
angin. Amiera melarikan diri. Setelah
puas mencari, Putra bertemu Amiera dalam
ketagihan yang amat teruk. Amiera minta
Putra membawanya ke tempat dia sering
mengambil bekalan, di Kg. Kayu Ara.
Putra bersetuju kerana dia mahu tahu
tempat dan orang yang telah merosakkan
kawan-kawannya itu.

Jeng-jeng orang yang merosakkan
kawan-kawannya ialah bapanya sendiri,
yang sudah keluar dari jel. Tak ke
klise! Macam filem Tamil, malah filem
Tamil pun sudah jauh lebih bermutu.

Kemudian untuk menambah rasa jengkel
kita, Amiera yang sedang khayal dek
dadah di bumbung flat tempat Putra
tinggal telah mengejar bunga api
dilatari KLCC lalu jatuh dan mampus di
situ juga dalam hujan yang lebat. Inilah
kemuncak tiadanya moral dalam filem
Melayu, sangat hadhari sifatnya.

Putra yang bertambah marah dengan kesan
dadah ke atas kawan dan kekasihnya telah
membawa geng untuk bergaduh dengan
kumpulan along, maka jadilah adegan
ala-ala The Departed atau Young and
Dangerous yang merepek merapu.

Kemudian plot menjadi seperti filem
Bangla semula, Putra nekad ke Kg. Kayu
Ara mahu membunuh mereka yang terlibat.
Niat Putra terlaksana apabila dengan
mudah dapat membunuh Hisham, ketua
kumpulan pengedaran dadah tersebut.
Tiba-tiba muncul wanita tua yang sekian
lama dirindui Putra, Mariam. Selama ini
rupa-rupanya Mariam telah dijaga oleh
Hisham, dan mereka berdua tidak pernah
berputus asa mencari Putra. Oh Putra
membunuh atau terbunuhkan bapanya
sendiri. Oh sedih-sedih, penonton
dipaksa bersedih. Saya kira inilah
naratif filem yang paling memperbodohkan
penonton pernah saya tonton.

Bunuh sana sini dalam filem ini kita pun
tertanya, polis Malaysia yang cekap itu
di mana, di hujung barulah muncul polis
dengan kereta peronda. Saya kira filem
ini juga menghina slogan cepat mesra
betul polis. Kasihan polis. Padahal
polis di Malaysiakan cekap dan baik?
Sampai hati kutuk polis diam-diam begini.

Kerja seni bukan kerja setakat menyusun
bentuk, mengisi kandungan dan
menampilkan rasa. Kerja seni macam mesin
basuh juga mesti memainkan peranannya.
Setakat mahal, nampak bergaya dan penuh
estetika tetapi tiada fungsi itu namanya
tak berguna, dan benda tak berguna
adalah sia-sia.

Kembali kepada voice over Putra di akhir
filem yang menyalahkan takdir tadi,
inilah kesesatan sekolah pemikiran hasil
daripada ketidakfahaman terhadap konsep
keadilan Ilahi. Ini kesan kerana
ustaz-ustaz kita dari dulu asyik
mengajar sifat 20 dan ini kesan kerana
ustaz balik dari Madinah dan Jordan
kebanyakannnya bertengkar tahlil itu
bid'ah ke tidak, ada filem macam
gampang; tak siapa pun peduli. Agamawan
kita seronok nak bid'ahkan orang,
mungkar tertonggok depan bijik mata buat
tolol. Mengapa harus dikritik golongan
agamawan pula? Kerana ulama sepatutnya
memimpin dan menjadi sentral dalam
kehidupan khususnya aspek budaya seperti
yang dilakukan wali songo. Agamawan yang
mandul dan diam sama sahaja malah setara
dengan karyawan seni yang mungkar.
Syaitan bisu.

Wahai pengarah filem, kalau ya pun mahu
berjaya di peringkat internasional dan
menang di pesta filem antarabangsa
janganlah hina diri sendiri.

Filem kita tak akan mampu menandingi
filem Barat dari segi teknologi. Dari
segi kandungan dan bentuk serta rasa,
kita punya tafsiran sendiri-sendiri
(untuk mereka yang tiada Tuhan tentu
berbeza dengan yang ada Tuhan), tetapi
dari segi faedah dan manfaat, kitakan
Melayu-Islam, faedah dan manfaat itu
kembali kepada tauhid, kepada Nabi,
kepada keluarga baginda.

Sebab itu sekolah filem kita mesti
mengajar epistemologi. Kenal kamera
sahaja tak memadai. Kamera tanpa Tuhan
adalah kerja sia-sia. Harap Profesor
Madya Abdul Razak Mohaideen dan Dr Abu
Hasan dapat pertimbangkan. Kamera harus
bersekali dengan Tuhan. Itulah yang
menjadikan kesenian kita berbeza dengan
kesenian Barat dan bukan Islam, iaitu
kita tidak habis setakat bentuk,
kandungan dan rasa sahaja, ada lain di
sebalik itu semua. Itulah kelainannya.

Godless dan Hopeless tema yang sesuai
untuk Anak Halal (tema ini berturutan
sejak Bukak Api, Puaka Tebing Biru dan
terbaru filem ini). Mesej besarnya,
kalau hisap dadah tak apa, ini kerja
takdir, Tuhan dah takdirkan untuk hisap
dadah jadi nak buat macam mana. Atau
kalau nak melacur pun melacurlah, dah
takdir. Nak buat macam manakan?

Memang kerja sia-sia.

* Nota: Kalau yang membikin filem ini
namanya Lee Ang, atau Gus Van Sant saya
tak akan berleter begini. Tetapi yang
terlibat hampir kesemuanya muslim, dan
sebagai muslim kita diminta
bertanggungjawab dengan syahadah kita.

Nota Moderator (Hajah Zaynab al Kubra):
Komentar yang tiada kaitan dengan entri
ini tidak akan disiarkan. Terima kasih
kerana prihatin.
¶ 27.12.07 63 comments
21 December 2007

Khamis, 20 Disember 2007

ornamental fishes

World trade of ornamental fishes has reached more than one billion dollars and is growing rapidly at around 10% per year. India currently exports only around Rs. 30 million (US$650,000 million) of ornamental fish. However, the northeast of India has many species of fish that have great potential in the ornamental trade and many of which are attractive to foreign markets. There is great potential to expand the local
industry. In Assam there are several native species suitable for the ornamental fish
trade. These include Botia dario, Channa stewartii, Channa barca, Gagata cenia, Hara hara, Garra species, Mystus sp. Somileptes gongata, Nemacheilus botia, Macrognathus aculeatus, Mastacembelus pancalus, Rasbora species, Danio species and many others. In Assam there is no organized trade at present. Only a very few people are supplying these fishes to the exporters in places such as Kolkata and Chennai. Since, they are not directly involved in exporting they are always deprived of the actual price prevailing in the global market. Those who are supplying ornamental fishes endemic to this region normally collect the fish from the wild through their contact fishermen. Therefore, there is always an uncertainty in the availability of a particular species of ornamental fish. A preliminary survey on the export of ornamental fish reveals that about 20 different varieties of ornamental fish of this region are exported annually. Considering their potential, a few fish species have been recently shortlisted for research on captive breeding under a National Agriculture Technology project in the Assam Agricultural University at College of Fisheries, Raha. The project has so far been successful in captive breeding of 5-6 local species of ornamental fishes of Assam. However, more research activities are required in this direction to conserve our natural resources and fish bio-diversity. It is expected that in near future, the dependency on nature for ornamental fish collection will decline.

Captive Breeding of Peacock Eel,
Macrognathus aculeatus
S.K.Das and N. Kalita
Assam Agricultural University, College of Fisheries, Raha, Nagaon,Assam,India 782 103

Selasa, 11 Disember 2007

sin: to be or not to be

nowdays here are a lot of entertainment in the media,internet,newpaper, television and so on.There are always no restriction to the people to access and see what they want.There are always entertainment that against the Islam,entertainment that are forbid by Islam,but there are still supported by the media.

but Muslim community in Malaysia are not aware of other kind of sin that may conquer their own life everyday every time via enterntainment program they watch everyday.This type of 'small sin' become bigger and bigger every time they are produce and there are influencing our community very much nowdays.

The entertainment i mean here is entertainment that are covered with good,kind and honourable proposes.such as for donation,Islamic program,Islamic image and etc.There say that this is Muslim program enough because in each program,there will be 'doa' reciting,although after the 'doa' or prayer,there will be dancing event that the dancer wearing not enough cloth or wearing a sexy dress,for them its okay because at the start of program they recite prayer to Allah s.w.t.What in the earth people recite prayer to Allah to bless the program that have element that were forbidded by Allah?Which mazhab or which rasul or which imam that we are following?

sometime people did not acknowlege this situation as producing sin towards Allah,their opinion is as long as their program is for good propose,they were bless by Allah and no event like dancing,singing and social disorder or many more were forbid to be watch.Everything was okay as long as they are doing it for good proposes or with some good proposes.

Sigh!

For every muslim in the country,be aware of this mind attack that may demolish our aqidah and community if they are not to be stop.we must work from now!!!

Jumaat, 7 Disember 2007

From aquaculturerist to environmentalist or educationist??

ermm..actually my post here is about agriculture and present news..but now i want to wrote about myself..

now i got 2 very great offer one to further my study and one to be a teacher..but till now,till the time i writing this post i'm still not decide yet.Don't know why,but both got the best effect to my life,both i like and excited to do.

if i do master,my future will still challenging and new exploration everyday i will learn new things.but i still don't have job waiting for me after i finish this course,nothing guarentee,nothing for me to aspect.it will be back to basic,i will either continue to phd or searching for jobs.i will back to the condition i having now.but at that time,after i finish my study,i'm only 24.still young man!!!still long time to go (aspect life ratio of malaysian is 60-70).55-24=31 years of working.and one more i glad bout this opportunity is i get to work at my hometown.its not wasting anytime.am i rite? and i am doing master in my hometown,i can live at my house.nothing to be think bout food,saving money bla bla...etc etc..but the main problem here is the money. Money for my allowance every motnh.i am not guarentee to anything..i still not finishing the proposal to get my short term grant.hahah..how i going to get money?and if i get..it will be providing me for the whole time i have been here?
or i have to get a scholarship like NSF or something?because some of my course mate now is going to get it because their grant is not funding their allowance for the whole three years they will be here.and for salary grade,i guess its on DG52 for PHD holder,basic i dunno but its a very lots of money i i can just work as lecturer doing no part time job,just work,produce new paper,new invention,new findings,explored every side of my brain to gain new knowlege.i will be an academician!!haahhaha..cannot believe myself if i doin and getting that..hehe..no impossible i guess..am i rite dude?Izzit okay for me gambling my life to get a very bright future dude?

for being a teacher,i have to studied one year and when i came out i will become a teacher.guarentee..it will be a contract.huhu..maybe people will said a teacher payment is still cheap compared to the lecturer.but teacher have a long time holiday..when school break,teacher also have a holiday,my meaning is i will have more time with my family and my own family who knows.compared to the age,at 23 i get the teacher job and start working.55-23= 32 years being a teacher.where?dunno where..not at my home town i guess for the next 5 years.
but i get to learn new thing,explored new place,but not in academic way,just in life way,natural way,no proposal include,no thesis include,nothing,just go with the flow..
i will be working at degree payment grade,DG41 like that,for me its a lot of money already,enough to survive in this life and current economic situation.but not too rich to get my dream car like mitsubishi evolution or a BMW.but,there is always a but,teachers got many empty time slot,after school hour i can do businesses.i can breed a goat,i can fullfill my hobby,i can earn my own money in my own way.and there is a lot of job or business that can give me more money to be rich if i want.

p/s:tapi aku nak hidup tenang,bukan nak hidup senang..