Pendidikan,Pertanian seiring...

Memaparkan catatan dengan label african night crawler. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label african night crawler. Papar semua catatan

Ahad, 5 Februari 2012

New project: Pulai Chondong coconut

Salam,

dah lama tak update,bertahun rasanya..sejak mencelup diri dalam arena pendidikan.Cuti raya cina baru ni baru berpeluang semula menjejakkan diri ke dalam selut dan tanah,rindukan pertanian yang sememangnya jiwa saya. projek terbaru kali ini tanam kelapa pulak. Kelapa dari baka belakang rumah saya.jenis rendah.tapi tak tahu la baka spesifik apa.hehe...baja pulak guna dari vermicompos tinggalan sisa projek cacing dahulu...ada lagi baka cacing african nightcrawler yang membiak di bawah kandang kambing di rumah.apa lagi guna ah..

 anak sungai/tali air di depan tanah

 batas dibuat untuk menampung air dan mengelakkan anak kelapa tenggelam
 baja vermicompos,3 guni ja,xlarat nk cedok
 anak sedara,seronok mandi anak sungai n tangkap ikan sawah

 seminggu ditanam selang dengan anak kelapa,sudah memunculkan dirinya menunjukkan kekuasaan Allah


Ahad, 21 Februari 2010

Cacingku Masih Hidup!

Salam,

Setelah sekian lama menyepi dalam bidang pertanian,saya berpeluang pulang ke kampung semasa CNY baru-baru ini.Lama dah tak tengok kandang kambing di belakang rumah.Pergilah menjenguk.Tengok sisa najis kambing di bawah kandang yang digunakan terasa sayang pulak.Kalau cacing ada mesti dah jadi kompos dah tinja kambing ni.

Setelah itu saya tinjau-tinjau pulak kandang kambing yang tidak digunakan,lihat di tanah ada kelainan.Tanahnya begitu halus berwarna kehitaman.bentuk kutil tanah seperti pernah dilihat.Tahi Cacing!ada lagi ke?

Lantas saya menggali tanah tersebut dan ternyatalah prasangka saya betul.ada banyak induk cacing sedang memproses tinja kambing yang ada secara semulajadi!tanpa pengawasan!tanpa pemberian makanan yang rutin!hanya tinja kambing sedia ada dan spesies cacing tersebut saya yakin dan pasti adalah African Night Crawler yang saya beli semasa zaman kegilaan cacing dahulu..ada anak dan telur yang saya campakkan ke bawah kandang kambing ini kerana saya akan pergi bekerja di Kedah..Alhamdulillah..hasilnya sudah nampak.Betul la orang kate cacing ni jenis penternakan 'Feed and neglect'...