Pendidikan,Pertanian seiring...
Isnin, 26 Oktober 2009
Sabtu, 13 Jun 2009
Selasa, 26 Mei 2009
Perkahwinan : Pintu Rezeki
Berkahwin Murahkan Rezeki
Assalamualaikum,
Berkahwin atau mendirikan rumah tangga merupakan salah satu daripada sunnah Rasulullah s.a.w sebagaimana sabda Baginda yang bermaksud: “Perkahwinan itu sunnah aku. Sesiapa yang menolak sunnahku, maka dia bukan dari kalanganku.”
(Riwayat Bukhari)
Hari ini sering kita melihat bahawa sesuatu perkahwinan itu suatu perkara yang rumit dan menyusahkan. Kenapa perkara ini boleh terjadi ? Ramai di antara kita yang beranggapan, nak kahwin mesti ada kereta, mesti ada wang yang banyak, mesti ada itu dan ini …
Cuba kita ambil iktibar dari kisah yang berlaku lebih kurang 1400 tahun dahulu yang mana boleh kita jadikan panduan hidup ini. Insya-Allah …
Pada suatu hari Rasulullah s.a.w. didatangi oleh seorang lelaki. Lelaki ini mengaku dirinya seorang yang miskin. Kemudian ia meminta jalan keluar agar terlepas dari belenggu kemiskinan.
Rasulullah s.a..w tanpa banyak fikir lagi terus menyuruh lelaki itu berkahwin. Lelaki ini sangat senang dengan saranan yang diberikan Rasulullah. Dengan keyakinan yang mantap, akhirnya lelaki itu berkahwin. Setelah sekian lama berkahwin, lelaki itu datang lagi kepada Rasulullah dan mengadukan nasibnya, “Ya Rasulullah saya sudah berkahwin tetapi masih tetap miskin, bagaimana ya Rasulullah ?”. “Kahwin lagi,” jawab Rasulullah singkat.
Si lelaki tanpa banyak bertanya lagi. Beliau percayakan kepada Rasulullah. Sebab tidak mungkin Rasulullah mahu menipu ummatnya. Akhirnya lelaki itu berkahwin lagi dengan gadis lain.
Namun beberapa waktu kemudian lelaki itu datang lagi kepada Rasulullah dan mengadukan masalahnya : “Ya Rasulullah, isteri saya sudah dua tapi saya masih miskin, bagaimana ya Rasulullah… ?” keluh lelaki itu. “Kahwin lagi,” jawab Rasulullah singkat. Hati lelaki itu berasa senang apabila mendengar jawapan Rasulullah.
Kemudian beliau berkahwin buat kali ketiga. Namun setelah beberapa lama keadaan tetap juga belum berubah. Mulanya ia malu mengadu kepada Rasulullah, tapi apakan daya ia masih tetap miskin. Dengan berat hati beliau mendatangi Rasulullah dan menyampaikan masalahnya. “Ya Rasulullah, engkau telah menyuruhku menikah untuk ketiga kalinya, tapi aku tetap miskin. Sekarang apa yang harus kulakukan?”, adu lelaki itu. “Berkahwinlah lagi,” kata Rasulullah.
Akhirnya si lelaki itu menikah buat kali keempat. Dan benarlah kata Rasulullah. Ternyata isteri keempatnya ini membawa berkahwin di dalam kehidupannya. Dengan kepandaiannya menenun, ia mengajar kemahiran tersebut kepada tiga madunya. Akhirnya usaha tersebut mendatangkan keuntungan dan kekayaan. Perusahaan industrinya maju dan mampu mencukupi keperluan rumah tangga lelaki itu serta isteri-isterinya.
Sabda Rasulullah bermaksud : “Carilah rezeki dengan menikah” (Riwayat Ibnu Abbas)
Firman Allah Taala bermaksud : “Dan kahwinilah orang-orang yang sendirian di antara kamu, dan orang-orang yang layak (berkahwin) dari hamba-hamba sahayamu yang lelaki dan hamba sahayamu yang perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan memampukan mereka dengan kurnia-Nya. Dan Allah Maha luas (pemberian-Nya) lagi Maha Mengetahui.”
(surah an-Nur :32)
Dengan mengambill iktibar dan teladan dari kisah di atas, Insya-Allah jika niat kita ikhlas dan murni serta tujuan berkahwin itu kerana Allah, tidak mustahil segala gejala-gejala sosial dapat dihindarkan.
Wassalam…
disedut dari:
http://abghalim.blogspot.com/
Isnin, 25 Mei 2009
Perkahwinan: Dah Sedia ke Belum?
salam bloggers semua...
Ramai orang bujang tak kira laki atau perempuan zaman sekarang yang menjawab tak bersedia untuk berkahwin kerana kewangan belum cukup,rumah tak sedia lagi,kereta tak beli lagi,gaji tak cukup lagi,rumah tak penuh perabot lagi...macam-macam alasan dorang bagi..tapi korang perasan tak semua alasan yang diberi tuh kebanyakkannya adalah harta duniawi?semuanya bersangkut paut dengan rezeki.Bila kita tanya balik,siapa yang pegang rezeki?satu je jawapannya iaitu Allah S.W.T....
Rezeki
Bila berbicara pasal ni ramai yang akan bersetuju inilah punca mereka tak kahwin lagi sampai sekarang.Bukan nak menghina,tapi kalau harta dah penuh di kantung kamu dah tua kerepot,buat apa?buat apa kamu nak kahwin dan anak sulung masuk tadika kamu dah pencen.kamu mati nanti tinggallah anak-anak kecil yang tak kenal erti dunia lagi.
Bila cakap soal rezeki semua orang akan cakap tak cukup..orang gaji 500 sebulan cakap gaji dia tak cukup,orang gaji 10000 sebulan pun cakap tak cukup.Mana satu yang betul?kenapa semua orang dengan pelbagai taraf hidup dan sosio ekonomi cakap gaji mereka tak cukup?hairan kan?Sebenarnya manusia ni tak pernah cukup dengan apa yang dia ada.tak pernah hargai apa yang dia ada.Itulah fitrah manusia..heheh teringat soalan pelajar aku masa exam tadi..heh
kalau seorang pemegang PHD dengan gaji pokok katalah 3000 sebulan cakap gaji dia tak cukup untuk kahwin,kenapa buruh kasar yang gaji 500 sebulan dapat menyara sehingga 10 orang anak?cuba bayangkan kalau buruh ni dapat gaji 3000 sebulan,berapa orang anak dia dapat bela?bayangkan..
Sebenarnya kalau diikutkan memang tak cukup kalau kita kira semua benda..tapi Allah s.w.t dah menetapkan rezeki bagi setiap perkahwinan itu.Bagi setiap anak yang lahir dan hadir pun ada rezeki dia sendiri.Mesti ramai tak pernah dengar kalau kahwin murah rezeki..saya pun baru dengar dalam 2-3bulan lepas.tapi syaratnya kita tak lupakan Tuhan la..kalau kita lupakan Dia,Dia pun lupakan kita lah..buat baik dibalas baik dan buat jahat dibalas jahat.heh..
okaylah..kali ini kita bicara pasal harta a.k.a rezeki..lain kali kita bincang pasal pilihan calon pulak..heheh