Pendidikan,Pertanian seiring...

Isnin, 26 Oktober 2009

Walimatul Urus


Rabu, 21 Oktober 2009

Surat sudah sampai tapi...

salam,

Allahamdulillah surat dari BPI sudah sampai..tapi hanya salinan sahaja.Bukan salinan original.tapi takpe..yang penting ada.

dah dapat terus aku gi pos..lega dah..balik rumah terus tepuk dahi..salinan tu aku lupa untuk sahkan..aduh keje 2x pulak aku..lepas tu arini pulak aku sibuk..tak sempat untuk pos surat tuh.adui..cepat sungguh Allah menarik nikmat yang diberikan kepada ku..Sabar itu separuh dari iman..amin..Moga esok hari yang cerah.

Khamis, 15 Oktober 2009

apdet apdet apdet..

salam..

berkaitan dengan borang yg aku takde smlm..smlm orang pejabat sekolah aku dah telefon BPi..dia ckp die akan pos segera..kita tengok bape lama die nak sampai..smlm 14 oktober 2009..

ni ada pic kambing aku kat rumah..ibu baru dah lahirkan anak..tapi konpius bapak die yang mana..sama ada kambing saanen atau pun abg die yg sebapak tapi tak seibu..



Rabu, 14 Oktober 2009

Benda yang tak pernah Selesai

Salam..arini aku interview untuk tetap.alhamdulillah perjalanan interview sume berjalan lancar..tapi masih ada benda yang tersangkut.Dokumen aku tak lengkap.Borang kewangan 8 yang telah dikirim berbulan lamanya kepada BPI masih lagi tidak dipulangkan ke sekolah dan akibatnya aku masih lagi tergantung untuk pelantikan tetap.YaAllah cukup besar ujian mu buatku..mampukah aku bertahan..aku sendri terfikir.sudah terlalu banyak dugaan aku hadapi.semakin hari semakin besar dugaan tersebut.

Bahagian pendidikan islam masih lagi lembab membuat kerja.Kerja nak marah orang or mengugut orang pandai.dahla interview aku ditangguhkan dulu semata2 kerana tiada iktisas,kali ni pulak dokumen plak tak lengkap.aduh..kadang2 aku terfikir..macam nak berenti.nak kerja sendiri.kerja ngan jabatan kerajaan macam sial.birokrasi.Lembab.ilang itu ilang ini.sendiri salah nak salahkan orang pulak.geram aku dah sampai ke kemuncak aku rasa.sampai bila jabatan kerajaan nak berubah.?bila?bagaimana?

aku harapkan benda ni selesai minggu depan..kalo tak sekali lagi aku akan wat kecoh..peduli apa nak jadi.aku dah muak.cukup muak.aku dah geram sesangat.ya Allah sabarkanlah aku dalam menghadapi dugaan mu ini yaAllah..

Sabtu, 10 Oktober 2009

jangan jadi keldai


Perbandingan orang-orang (Yahudi) yang ditanggungjawab dan ditugaskan (mengetahui dan melaksanakan hukum) Kitab Taurat, kemudian mereka tidak menyempurnakan tanggungjawab dan tugas itu, samalah seperti keldai yang memikul bendela kitab-kitab besar (sedang ia tidak mengetahui kandungannya). buruk sungguh bandingan kaum yang mendustakan ayat-ayat keterangan Allah; dan (ingatlah), Allah tidak memberi hidayah petunjuk kepada kaum yang zalim. (Al-Jumu’ah : 5)

http://saifulislam.com/?p=115

projek bermula kembali..


salam,

dah lama blog agricultureinmalaysia ini menyepi dari sebarang berita tenntang Pertanian.Dah banyak projek aku cuba..main2 testing,antaranya keli,kambing n cacing..paling berpotensi keli dan kambing.cacing untuk produk sampingan boleh..

skrg aku ngah survey tanah n tempat untuk wat projek ni..ada kawan yg sudi join kerana minat kami sama.aritu gi tengok tanah kat jitra..pemandangan menarik..tapi rege xbape menarik.wat aset saje boleh.

Pertanian tak pernah pudar walaupun pak lah dah pencen.Ramai yang dah sedar tentang kepentingan dan keuntungan menceburi bidang pertanian.Ia bukan seperti bidang pembinaan yang ada pasang surut.tapi berterusan dan stabil kerana ia adalah produk makanan.Tapi orang kenang ke jasa pak lah menyedarkan umat melayu ni?ramai wat tak peduli atau melupakannya terus.Melayu mudah lupa...

Khamis, 10 September 2009

My Beloved Dr.


Ni la pix Dr.Abol masa aku melawat die kat KMC...Kat mana la die skrg..kat USM ke IJN..xsempat nak update lagi..

Isnin, 27 Julai 2009

hari yg gembira

hari ni berita best aku terima..anak sedara aku dah pindah wad bese tapi still dalam pemerhatian..heehe

ni pic anak kambing aku ambil masa balik aritu.,.ehhehe



Ahad, 26 Julai 2009

my new born niece,,




balkish mohd nurhafidz

She is still in hospital..hope your prays will help her.suspected problem with peristalsis processes..plz pray for my niece health..thx..

Rabu, 22 Julai 2009

enjoy..

Rabu, 8 Julai 2009

cite kambing


hehe..lama dah rasenya tak bercerita pasal kambing..ni ada anak kambing baru baru semangat nak bercerita..anak kambing neh baru seminggu sebenarnya..salah tulis post sebelum neh..he..ni aku add lagi gmabar die..rasa nak balik je tgk anak kambing baru aku neh..hehe

Ibu kambing aku neh cukup 2 tahun dengan aku..dan dia dah beranak 3x..betullah teori yang aku belajar dari sifu2 sifu kambing di arena blog neh..kambing neh pun abang aku duk perah susu die dekat 3 bulan.jadi dia lambat subur semula..dia dah 3x beranak iaitu:

1st---1 anak jantan (30 november 2007)
2nd---2 anak betina (10 october 2008)
3rd---1 anak betina (1 july 2009)

rasa sayang sangat kat kambing neh.sayang gak anak ngan bapak boer dulu aku jual dua2..huhu..

anak kambing saya

nearly a month since this goat giving birth..forgot to update with you guys...enjoy...btw..this is female..will keep it because it is so cute..haha





err..this is not my goat..this is my nephew..heh

Ahad, 28 Jun 2009

ekspedisi gunung jerai






salam sume..ni aku sertakan gambar student aku dalam ekspedisi gunung jerai 2009..hehe..penat woo berjalan kaki 2 jam setengah naik dan 2 jam setengah turun..huhu

Selasa, 23 Jun 2009

jasa guru

Sabtu, 20 Jun 2009

ڤركهوينن:مجليس يڠ سدرهان اتاو باڬايمانا؟


باڽق اورڠ مڠاداكن مجليس ڤركهوينن يڠ بسر-بسر دان ميواه..تاڤي ادكه ايت سواتو كواجيڤن؟مان يڠ واجب؟عقد نكاح ايت اتاو مجليس كندوريڽ؟يڠ واجب عقدڽ،يڠ سنة كندوريڽ.كندوري اين اداله سواتو چارا باڬايمانا كيت مڠيكلانكن بهاوا كيت سوده بركهوين اونتوق مڠلقكن فتنه.نبي مڽوروه كيت ممبوات كندوري والاوڤون دڠن مڽمبليه سايكور كمبيڠ.سايكور كمبيڠ براڤ اورڠ بوليه دجمڤوت؟اڠڬرن 200 اورڠ تتامو.باڬي سستڠه كيت اي موڠكين كچيل..باڬي سستڠه يڠ لاين اي سوده منچوكوڤي.برڬنتوڠ كڤد كڤرلوان كيت.


تاڤي اي مڠيكوت كممڤوان كيت.ايت يڠ اوتام.

Khamis, 18 Jun 2009

سكولهكو رومهكو..




ترتاريق ملايري اينترنيت



تڠه راجين بوات ڤمبتولن ڤڤريقسأن ڤرتڠهن تاهون



تڠه كالوت تيڠوق اكو امبيل ڬمبر


هاري ني اكو امبيل ڬمبر ڤلاجر-ڤلاجر اكو دالم كلس.هيهي..ساج نق تونجوق

Selasa, 16 Jun 2009

هاري يڠ سرابوت



هاري ني سرابوت ڤولا راسڽ اكو..باڽق كرتس جواڤن ڤڤريقسأن ڤرتڠهن ڤڠڬل يڠ بلوم دسمق..كرجا ديسيڤلين ڤولاق برتمبه..ڤڠتوا بوديق اكو دڠن لڤتوڤ..هها

Ahad, 14 Jun 2009

Benda yang buat aku pecah perut pagi neh...

Punca stadium di terengganu runtuh..



Raksasa serang stadium..



ultraman ngan raksasa bergaduh dalam stadium

dipetik dari:
http://loquehakim.blogspot.com/

Sabtu, 13 Jun 2009

Perkahwinan seorang sahabat





Jumaat, 29 Mei 2009

'Apple of Kaaba by USA'




In the business area of MID TOWN MANHATTAN in New York a new BAR is opened in the name of APPLE MECCA which is familiar to KAABA MAKKAH This bar will be used for supply of WINE and Drinks. The Muslims of New York are pressurizing Government of USA to not open this BAR.

disedut dari:http://bjue.blogspot.com/

Selasa, 26 Mei 2009

Perkahwinan : Pintu Rezeki


Berkahwin Murahkan Rezeki

Assalamualaikum,

Berkahwin atau mendirikan rumah tangga merupakan salah satu daripada sunnah Rasulullah s.a.w sebagaimana sabda Baginda yang bermaksud: “Perkahwinan itu sunnah aku. Sesiapa yang menolak sunnahku, maka dia bukan dari kalanganku.”
(Riwayat Bukhari)

Hari ini sering kita melihat bahawa sesuatu perkahwinan itu suatu perkara yang rumit dan menyusahkan. Kenapa perkara ini boleh terjadi ? Ramai di antara kita yang beranggapan, nak kahwin mesti ada kereta, mesti ada wang yang banyak, mesti ada itu dan ini …

Cuba kita ambil iktibar dari kisah yang berlaku lebih kurang 1400 tahun dahulu yang mana boleh kita jadikan panduan hidup ini. Insya-Allah …

Pada suatu hari Rasulullah s.a.w. didatangi oleh seorang lelaki. Lelaki ini mengaku dirinya seorang yang miskin. Kemudian ia meminta jalan keluar agar terlepas dari belenggu kemiskinan.

Rasulullah s.a..w tanpa banyak fikir lagi terus menyuruh lelaki itu berkahwin. Lelaki ini sangat senang dengan saranan yang diberikan Rasulullah. Dengan keyakinan yang mantap, akhirnya lelaki itu berkahwin. Setelah sekian lama berkahwin, lelaki itu datang lagi kepada Rasulullah dan mengadukan nasibnya, “Ya Rasulullah saya sudah berkahwin tetapi masih tetap miskin, bagaimana ya Rasulullah ?”. “Kahwin lagi,” jawab Rasulullah singkat.

Si lelaki tanpa banyak bertanya lagi. Beliau percayakan kepada Rasulullah. Sebab tidak mungkin Rasulullah mahu menipu ummatnya. Akhirnya lelaki itu berkahwin lagi dengan gadis lain.

Namun beberapa waktu kemudian lelaki itu datang lagi kepada Rasulullah dan mengadukan masalahnya : “Ya Rasulullah, isteri saya sudah dua tapi saya masih miskin, bagaimana ya Rasulullah… ?” keluh lelaki itu. “Kahwin lagi,” jawab Rasulullah singkat. Hati lelaki itu berasa senang apabila mendengar jawapan Rasulullah.

Kemudian beliau berkahwin buat kali ketiga. Namun setelah beberapa lama keadaan tetap juga belum berubah. Mulanya ia malu mengadu kepada Rasulullah, tapi apakan daya ia masih tetap miskin. Dengan berat hati beliau mendatangi Rasulullah dan menyampaikan masalahnya. “Ya Rasulullah, engkau telah menyuruhku menikah untuk ketiga kalinya, tapi aku tetap miskin. Sekarang apa yang harus kulakukan?”, adu lelaki itu. “Berkahwinlah lagi,” kata Rasulullah.

Akhirnya si lelaki itu menikah buat kali keempat. Dan benarlah kata Rasulullah. Ternyata isteri keempatnya ini membawa berkahwin di dalam kehidupannya. Dengan kepandaiannya menenun, ia mengajar kemahiran tersebut kepada tiga madunya. Akhirnya usaha tersebut mendatangkan keuntungan dan kekayaan. Perusahaan industrinya maju dan mampu mencukupi keperluan rumah tangga lelaki itu serta isteri-isterinya.

Sabda Rasulullah bermaksud : “Carilah rezeki dengan menikah” (Riwayat Ibnu Abbas)

Firman Allah Taala bermaksud : “Dan kahwinilah orang-orang yang sendirian di antara kamu, dan orang-orang yang layak (berkahwin) dari hamba-hamba sahayamu yang lelaki dan hamba sahayamu yang perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan memampukan mereka dengan kurnia-Nya. Dan Allah Maha luas (pemberian-Nya) lagi Maha Mengetahui.”
(surah an-Nur :32)

Dengan mengambill iktibar dan teladan dari kisah di atas, Insya-Allah jika niat kita ikhlas dan murni serta tujuan berkahwin itu kerana Allah, tidak mustahil segala gejala-gejala sosial dapat dihindarkan.

Wassalam…

disedut dari:

http://abghalim.blogspot.com/

Isnin, 25 Mei 2009

Perkahwinan: Dah Sedia ke Belum?


salam bloggers semua...

Ramai orang bujang tak kira laki atau perempuan zaman sekarang yang menjawab tak bersedia untuk berkahwin kerana kewangan belum cukup,rumah tak sedia lagi,kereta tak beli lagi,gaji tak cukup lagi,rumah tak penuh perabot lagi...macam-macam alasan dorang bagi..tapi korang perasan tak semua alasan yang diberi tuh kebanyakkannya adalah harta duniawi?semuanya bersangkut paut dengan rezeki.Bila kita tanya balik,siapa yang pegang rezeki?satu je jawapannya iaitu Allah S.W.T....

Rezeki

Bila berbicara pasal ni ramai yang akan bersetuju inilah punca mereka tak kahwin lagi sampai sekarang.Bukan nak menghina,tapi kalau harta dah penuh di kantung kamu dah tua kerepot,buat apa?buat apa kamu nak kahwin dan anak sulung masuk tadika kamu dah pencen.kamu mati nanti tinggallah anak-anak kecil yang tak kenal erti dunia lagi.

Bila cakap soal rezeki semua orang akan cakap tak cukup..orang gaji 500 sebulan cakap gaji dia tak cukup,orang gaji 10000 sebulan pun cakap tak cukup.Mana satu yang betul?kenapa semua orang dengan pelbagai taraf hidup dan sosio ekonomi cakap gaji mereka tak cukup?hairan kan?Sebenarnya manusia ni tak pernah cukup dengan apa yang dia ada.tak pernah hargai apa yang dia ada.Itulah fitrah manusia..heheh teringat soalan pelajar aku masa exam tadi..heh

kalau seorang pemegang PHD dengan gaji pokok katalah 3000 sebulan cakap gaji dia tak cukup untuk kahwin,kenapa buruh kasar yang gaji 500 sebulan dapat menyara sehingga 10 orang anak?cuba bayangkan kalau buruh ni dapat gaji 3000 sebulan,berapa orang anak dia dapat bela?bayangkan..

Sebenarnya kalau diikutkan memang tak cukup kalau kita kira semua benda..tapi Allah s.w.t dah menetapkan rezeki bagi setiap perkahwinan itu.Bagi setiap anak yang lahir dan hadir pun ada rezeki dia sendiri.Mesti ramai tak pernah dengar kalau kahwin murah rezeki..saya pun baru dengar dalam 2-3bulan lepas.tapi syaratnya kita tak lupakan Tuhan la..kalau kita lupakan Dia,Dia pun lupakan kita lah..buat baik dibalas baik dan buat jahat dibalas jahat.heh..

okaylah..kali ini kita bicara pasal harta a.k.a rezeki..lain kali kita bincang pasal pilihan calon pulak..heheh

Sabtu, 23 Mei 2009

setia pada yg satu...


heheh..aku sayang abang tom..muah2.

MahKamah rayuan dengan ini membatalkan keputusan mahkamah tinggi untuk menjual kereta perodua kenari ini..harap maklum..aikk..macam penah dengar ayat ni..kat mana ye..keskeskes

Jumaat, 22 Mei 2009

hendak memilih..


salam sumer..

aku ngah pening nak pilih...tadi baru ada orang nak beli abang tom..leh la jual..tapi dalam 24k je..lega la leh juai.tapi aku stat pening plak..dah nanti juai abang tom,aku nak pakai apa?

sakit kepala gak bila pikir pasal kewangan neh..nak amek kete baru aku tak bape nak mampu..tapi famili plak dah bagi sign awai2 nak suh aku beli kete baru..at least lagi baru dari abang tom.hu..camne neh?adui..fenin la gue..

nak kata kewangan aku cukup..takde la cukup mana..cukup makan je..ni nak tambah new toms plak..haru wes..nampaknya ada la benda aku kena adjust balik bagi stabil balik aku punye finance neh.urmm...kat mane ye kene adjust..hu..kalau nak pikirkan ade benda yang tak sepatutunya berlaku aku dah lakukan dulu..jadi sekarang no turning point dah.aku kena hadapi je dengan kemampuan diri sendiri.nak harapkan orang lain tak boleh sangat.ni masalah aku.aku jela kena setelkan.

emm..kalau ikutkan aku nak je kete seken.sebab aku tahu tu kemampuan aku sekarang.bukannya kete baru yang meletup2 di pasaran.nak pakai boleh.tapi cekik leher aku ah sampai 10 tahun.heh.macamane ni ye.

nak diluah mati mak,nak ditelan mati bapak.aku nak kete seken,famili nak kete baru.cmner aku nak bayar ye..dorang senang je pilih.sedangkan aku yang tukang bayar,adui..kalau pandai2 pilih pulak kena marah tak pasal2.camne ye..YA Allah tolonglah hambamu ini..amin

Khamis, 21 Mei 2009

Penternakan Cengkerik


DIsedut dari blog NSworm:thx

cengkerik:-
buat satu kotak dr plywood. saiz 3 kaki panjang, 2 kaki lebar dan 2 kaki tinggi. isikan dgn bekas telur atau gulungan surat khabar. lepaskan cengkerik. jantan ekor pendek. betina ekor panjang. isi makanan dlm bekas atau piring. makanan dia dedak ayam. buatkan medium peneluran iaitu pasir halus yg sentiasa dilembabkan. isi dlam piring dan letak dlm sangkar. hari2 kena ambil bekas pasir tu dan ganti dgn yg lain. anggap bekas tu dah ada telur. (cengkerik betina akan bertelur dgn alat yg panjang tadi tu dgn cara mencucuk ke dlam pasir)asingkan bekas yg ada telur tu ke kotak lain. seminggu anak akan menetas. bg makan pucuk pisang atau pucuk jambu. dah besar sikit bg dedak ayam

http://nsworm.blogspot.com/

p/s:kegunaan die?wat umpan mancing best gak..tapi aku penah dengar orang buat baja gak dari tahi cengkerik neh...

Selasa, 12 Mei 2009

penilaian orang

ehehe..semalam ada pencerapan guru untuk penilaian kurikulum berkualiti.

hasil?macam teruk aje..huhuh..yela tiba-tiba saja ada pencerapan.saya pun tak berapa nak ready sangat.bukan macam masa DPLI dulu boleh buat ABM n etc..boleh buat gempak-gempak.secara jujurnya mood dan semangat saya sekarang tak berapa nak tinggi.tak tahulah nape.excited nak kahwin ke tah pape lagi..hehe.semakin hari semakin banyak benda kena fikir.huhu..

bila orang kritik pasal kita,kita cepat melenting menafikan apa yang orang kata tentang kita.betul tak?bape ramai yang terima kritikan orang dan mengambil apa yang orang kata tu sebagai panduan kita memperbaiki diri.betul tak?tambah-tambah kalau kita dah banyak bersabar dengan orang yang kritik kita.betul tak?dahla kita dah lama sabar,tiba-tiba dia kritik kita plak.huhu..nak marah tak kena tempat kena batang hidung sendiri pulak.jadi baik lah kita ambil kritikan tu sebagai panduan kita memperbaiki diri,walaupun kita rasa benda tu tak patut.dan tak seharusnya benda tu datang dari mulut dia.

bagaimana kita nak hadapi kritikan orang?ada orang terus melenting,ada orang membiarkan sahaja,ada orang tenang dan menerima kritikan itu.kita masuk dalam golongan mana?fikir fikirkan...

Ahad, 10 Mei 2009

SELAMAT HARI IBU


Selamat hari Ibu kepada semua iu-ibu dan bakal ibu..hehe..semoga kalian semua dirahmati ALLAH s.w.t.Hanya Tuhan yang dapat membalas jasa kalian semua..

Khamis, 30 April 2009

sekolahku syurgaku

semalam ada ceramah motivasi pelajar cmerlang dari PPD padang terap..heh..menarik gak tapi agak rugi sebab sekejap sahaja sebab pegawai PPD tu ada urusan lain..semua budak gelak-gelak.Teringat aku zaman budak-budak dulu.

Aritu ada kes disiplin,mak ayah budak datang sekolah nak amik anak dia kena gantung,si anak ni pulak lari nak balik umah kawan.ayah ngan mak dia nangis tengok perangai anak dia.aku pun turut rasa sayu gak.harap-Harap la aku nanti tak duduk di tempat si ayah tu.Simpang malaikat 44.mintak jauh.Juga aku harap kat anak sedara aku tak wat perangai cam anak murid aku yang nakal-nakal ni.

Kerjaya guru yang aku hadapi ni makin lama makin mencabar.sekarang macam-macam kes.sekolah aku pun tak terkecuali.dasyat tol budak-budak sekarang.dari mencuri sampailah kepada kes cintan cintun neh.sakit kepala.kadang-kadang rasa nak mengalah.tapi bila teringat marka tercinta,terus jadi semangat balik.hehe....

sesungguhnya aku tak benci anak-anak murid aku.aku terus berusaha gak mengajar walaupun tahu dorang tak semestinya mahu belajar.Macam menyelamatkan sebutir siput dari beribu-ribu siput di tepi pantai dari terus mati.yang sempat aku selamatkan aku selamatkan.Macam yang pensyarah aku ajar.nama pe tah aku lupe da.

Bila teringat masa DPLI dulu aku ingat masuk sekolah ni time aku 'belajar' dulu jadi cikgu 2-3 tahun.tapi masuk sekolah ni terus terpaksa jadi kuat.takleh nampak amatur.kalau tak kena buli ngan budak pulak,huhu..

k loah..tu la cerita aku masa nie..aku terus berjuang untuk bangsa yang tercinta

Rabu, 15 April 2009

sometimes

sometimes,
we love and we care,
but we dont show it..
but it doesn't mean we hate or we dont care about the people near us...

sometimes,
it hurts to love,
loving our parents, our siblings, our family, our lover, our friends,
but we still love them no matter what...

sometimes,
we hope to get phone calls, sms, cards or anything from our love one,
but if we dont get it,
it doesn't mean they dont love us...

sometimes,
we are hurt by our love ones,
but its ok,
coz we still love them...

sometimes,
sometimes,
sometimes,

we love and we care, but we are being missjudge, but its typical human being nature...
we love and we care, but we are ignored, but its ok...sedangkan nabi ampunkan umat (even the prophet forgive the sins of his ummah)

i still love my love ones...no matter what they think, do or treat me!!!

p/s:disedut dari blog Loq..hehe

Isnin, 13 April 2009

Sinar Harapan

Salam kepada kawan-kawan dan bloggers sekalian,

hmm..sedar tak sedar blog ini dan hampir berumur 2 tahun lebih.blog ini juga kadang-kadang dah jadi penghubung antara saya dan rakan-rakan.yelah kita mana sempat nak sms ataupun call selalu.jadi masa surfing tuh klik-klik dah tau berita pasal kawan-kawan kita.ada yang sedih,ada yang masih sibuk dengan projek master,ada yang dah keja,ada yang dah berjaya,ada juga yang dah tutup kedai.

Perkembangan terkini saya:masih lagi mengajar.tengah tunggu gaji lagi.tadi staf Bpx tipon lagi kat sekolah.cakap gaji insyaallah masuk bulan ni.Ingat nak wat kenduri kesyukuran.Nak jugak antar kad atau hadiah kat BPx tuh.bagi penghargaan sket kat dorang kerana cepat wat kerja..hihi..Nasib saya lepas ni tak tahu la macam mana.hopefully tahun ni tak der apa yang berlaku.sebab rancangan nak bina masjid tahun ni.duit pun harap kat gaji je.sumber lain takder sangat.kecuali ar kadang-kdang jumper 20 sen ataupun 50 sen kat tepi jalan.heh..

perkembangan mutakhir sekarang membuatkan kita terfikir berapa lama lagi kerajaan yang ada sekarang boleh bertahan.rakyat semakin beralih sokongan.tiada tanda-tanda menunjukkan pemulihan sokongan ke atas BN.sebenarnya ini agak menakutkan.Bolehkah kerajaan pakatan rakyat nanti menjamin masa depan bumiputera.bolehkah pemimpin kaum lain dalam pakatan berkompromi seperti dalam BN?

Bukan aku menidakkan kebolehan sesiapa.tapi apa yang penting adalah nasib rakyat kita.terutamanya umat melayu.betul tak?

Ahad, 5 April 2009

kekalutan yang pasti

hahahaha...


habes sume bising..dah tak buat keje..kene komplen tak puas ati plak..ari khamis arituh aku kene ugut ngan staf bahgian caca merba tuh tak puas ati aku komplen kat bpa..

huhuh..kene ugut siap nak tukar aku gi sabah sarawak..takpelah..aku redha..tapi siap taknak cakap sapa dia..tapi aku tahu siapa dia..orang kelantan..umur baru 44 tahun..sian pakcik neh..kalau aku kena pape..ko pun aku akan tarik sekali pakcik..hahah..

duk maki aku macam-macam cakap aku melampau la..pape la..aku cakap aku tuntut gaji aku je..tak mo carik gado..he.dia bengang je.tak ksah la pakcik..aku tak takut pun..demo kato kawe gedebe,kawe tok gedebe sangat..tapi kalo demo carik pasa nga kawe,kawe carik sapa lube ANC..haha

arini nasib baik baik pengetua relaks..tenang da jiwa aku..dia cakap bahagian caca merba akan wat mitin..takpelah..watla mitin ke pape ke..yang penting GAJI AKU JALAN.
haha

Khamis, 26 Mac 2009

Respon dari biro Pengaduan Awam

salam,

Aku telah membawa perkara tentang hal di bawah ke biro pengaduan awam JPM.dan hari ini satu surat telah diterima dari pihak berkenaan.Cepat sungguh.Nampaknya masih ada pihak yang masih berkerja.amin..

Isnin, 23 Mac 2009

Surat Terbuka kepada KPM

Kepada pihak yang terlibat,

Saya merupakan salah seorang guru yang telah ditempatkan di sekolah SABK di utara tanah air.Pada hari esok 24 Mac 2009 genap 2 bulan 12 hari saya bekerja di negeri ini sebagai seorang guru.Alhamdulillah segala rintangan dan cabaran telah saya hadapi dan dapat harunginya dengan baik.Cuma disini terdapat beberapa perkara yang menganggu emosi dan semangat untuk bekerja melibatkan pihak tuan dan diharap dapat diambil tindakan dengan segera:

1.Gaji

Sehingga hari ini saya belum menerima kepastian bilakah saya akan mendapat gaji.Tuan bayangkanlah saya datang dari negeri pantai timur berkhidmat di utara tanah air tentulah melibatkan perbelanjaan yang agak tinggi.Makan minum,minyak kenderaan,sewa rumah,air,telefon,keperluan diri semuanya menggunakan wang.BUKAN PERCUMA.

Terkilan saya apabila rakan-rakan yang ditempatkan di Sabah Sarawak telah mendapat gaji mereka pada bulan mereka melaporkan diri untuk bekerja.Bukan seperti saya yang bekerja berbulan-bulan masih tiada sinar harapan bilakah akan mendapat gaji.

Pihak BPI Putrajaya telah dihubungi berkali-kali dan segala dokumen yang diminta dar saya telah saya pos dengan poslaju menggunakan wang saku saya sendiri yang diberi oleh ibu saya walaupun saya telah berumur 24 tahun dan TELAH BEKERJA.Saya bekerja dengan ibu saya ke dengan kerajaan?

Akan tetapi masih terdapat dokumen yang diminta pula dari pihak sekolah oleh pihak BPI.Pegawai yang saya berurusan tidak memberi jaminan bahawa gaji saya akan dibayar pada bulan ini dan hanya berani mengatakan bulan depan adalah tempoh yang baik gaji saya akan dibayar.Katanya takut pihak kewangan pula sibuk dan akaun gaji untuk pembayaran bulan Mac telah ditutup.

Untuk makluman pihak tuan,setelah 2 minggu saya mengeposkan kali pertama dokumen gaji saya ke BPI putrajaya,saya telah menelefon pihak BPI Putrajaya untuk mengesahkan penerimaan dokumen saya dan pegawai terlibat telah mengesahkan menerima dokumen saya tetapi masih ada dokumen yang tidak lengkap seperti QnA gaji dan potongan KWSP.Kenapakah dokumen yang tidak lengkap saya ini tidak dimaklumkan kepada saya dengan lebih awal dan adakah kalau saya tidak menghubungi pihak BPI,saya tetap akan mendapat gaji walaupun dokumen tidak lengkap?adakah ini salah saya walaupun saya sendiri adalah pegawai baru dan tidak mengetahui apa-apa?

Sehingga hari ini masih ada dokumen yang diminta belum dihantar ke BPI.

2.....edited....


3.Wajarkah seorang guru Novice dibebankan dengan 4 matapelajaran sekaligus walaupun ini adalah tahun pertama dia mengajar?walaupun dia adalah GST(Guru sandaran Terlatih)?adakah ini memastikan PnP itu berkesan?

sekian sahaja surat saya kali ini.Diharap tindakan dari pihak tuan.Segala kerjasama didahului dengan ucapan terima kasih.

Khamis, 5 Mac 2009

aku seorang guru..

huhu..

aku dah stat jadi guru da 12 januari arituh..pengalaman jadi guru?hehe..semestinya berbeza tak macam kita jadi murid suatu ketika dahulu..he..guru sekarang plak banyak dugaannya..kita tak rasa apa cikgu kita rasa dulu sehinggalah kita sendiri jadi cikgu..hehe

Jumaat, 2 Januari 2009

Komuniti Emas Hitam MOC


Salam..

Disini saya ingin mewar-warkan komuniti emas hitam MOC..komuniti ini bertujuan menghimpunkan para penternak cacing di malaysia ini.Forum ini dijadikan asas kepada para penternak cacing berkongsi pandangan dan idea dalam memajukan lagi industri vermikompos negara..sekian..

www.onlinecafe.com.my