Pendidikan,Pertanian seiring...

Jumaat, 28 November 2008

verminkompos : Part 2

2:60. Dan apabila Musa memohon air untuk kaumnya, Kami berkata, "Pukullah batu dengan tongkat kamu"; dan memancarlah daripadanya dua belas mata air; semua orang mengetahui tempat minum mereka. "Makan dan minumlah daripada rezeki Allah, dan janganlah kamu membuat kecelakaan di bumi dengan membuat kerosakan."

baru 4 hari saya bela cacing..arini saya harvest 37 biji kokon.Dah saya pindah ke medium lain untuk saya monitor berapa survival rate cacing neh..sebab ada pelbagai fakta yang bercanggah antara satu sama lain.Sama ada 1 kokon hasilkan 1 anak,1 kokun hasilkan 2-3 anak,atau satu kokun hasilkan beratus-ratus anak..kita tunggulah hasilnya dalam masa 1 bulan.

Khamis, 27 November 2008

Penjualan Medium Cacing oleh Nas Agrotech

ni saya bawa iklan promo oleh NAS agrotech yang menjual medium cacing di selangor..murah aje..80 sen je skilo..mai mai beli..bukan saya punya..tlg membe aje nie

Rabu, 26 November 2008

Verminkompos : Part 1

Mesti sume orang duk tunggu pe projek terbaru saya skarang kan?ramai je yang masuk walaupun takde update..ni update la nie..jangan lupe datang tiap hari ye..heheh..saya pun bosan gak kadang-kadang masuk website or blog orang takder update..wat menyemak je..hahah..meh saya tunjukkan projek saya yang terbaru..


sekarang kan kita menuju ke arah pertanian organik..sekarang saya sedag hasilkan baja vermikompos..tau tak apa benda tuh?baja verminkompos adalah baja yang dihasilkan oleh cacing tanah..

Pernahkah anda terfikir?

Kenapa tanah yang ada cacing tanah begitu subur?ia adalah kerana najis cacing tersebut yang kaya dengan keperluan tumbuhan seperti unsur N,P dan K malahan juga mengandungi bakteria baik yang mampu memulihara keadaan tanah dan juga membajai tumbuhan dan tanaman anda.Percaya atau tidak?

Percaya atau tidak?

Baja vermikompos mempunyai segala zat yang diperlukan oleh tumbuhan untuk hidup segar dan subur.Mengikut kajian yang telah dibuat,penggunaan baja vermikompos pada peringkat percambahan,pembesaran dan pengeluaran bunga telah berjaya meningkatkan hasil melebihi penggunaan baja kimia. Penggunaan baja vermikompos pula hanyalah 1/4 dari baja kimia.Harga?jauh lebih murah...

jadi untuk menjadikan alam ini mampu dihuni seribu tahun lagi,marilah kita menggunakan baja vermikompos ini untuk memastikan alam kita terhindar dari pencemaran bahan kimia.enjoy the picture i've taken.


cacing tempatan neh..contoh aje

tinja kambing yang digunakan sebagai makanan cacing

Palung tempat kediaman cacing


ni la baja vermikompos yang masih fresh..(baru kuar..)

Ahad, 23 November 2008

Yoga: DIHARAMKAN!!

aku rujuk pada keputusan muzakarah majlis fatwa yang memutuskan yoga diharamkan..

Sebenarnya mula-mula saya masa baru kenal yoga neh ingat dia macam teknik senaman je.Pastu aritu sekali tengok kat TV yang orang amal yoga neh bermeditasi,sebut 'OMMM...'..perkataan 'OMM' ni setahu saya perkataan pemujaan bagi masyarakat hindu.Dulu ada filem hindustan yang pasal alien.Kalau korang ingatla,saintis india ni pancar isyarat bunyi 'omm' kat angkasa..kerana katanya perkataan ni adalah perkataan alam sejagat,telah wujud sejak ribuan tahun dulu semasa agama hindu bertapak dan berkembang.Jadi ia difahami oleh seluruh makhluk di alam semesta.nak dijadikan cerita sampailah seekor makhluk asing kat bumi ni sebab nak menyiasat dari mana datang bunyi 'omm' ni..menarik bukan?



gambar hiasan

Dari sini lah saya mula keliru boleh ke yoga ni diamalkan sedangkan pelakuannya menyerupai pelakuan penganut hindu?sebab dalam Islam,apabila kita meniru sesuatu kaum,kita tergolong dalam golongan kaum tu..sama juga fakta yang digunakan ke atas pengharaman 'pengkid'

Jumaat, 21 November 2008

Projek Type C:bajet tapi lumayan

hehe..ni aku amik dari website lumbricus

menarik gak cara dorang buat rak..pro betull.simple tapi praktikal..aku terpikir neh sebab tgk dorang guna buluh..tepi rumah aku pun ada buluh..hehe..projek apa nie?hehe..korang fikir la sendiri..agak-agak apa aku nak buat?

Rabu, 19 November 2008

Ternakan Landak

Ni fakta saya ringkaskan dari utusan Malaysia..senang nak rujuk.
Nama saintifik:Hystrix bracyura

Prospek:
1.daging landak tidak diharamkan oleh agama.
2.Beranak 5 kali dalam tempoh dua tahun dengan anak kembar dua atau 3
3.Harga daging landak RM60/kg

Modal awal: RM120,000

Kenapa landak?
1.mempunyai khasiat pemakanan yang tinggi.
2.Pembiakan yang kerap.

Pemakanan

1.Pisang
2.Ubi kayu
3.Buah kelapa sawit
4.Sayur
5.Rumput s
6.Hampas kacang soya.
7.Pelet


Keperluan lesen:Wajib

Tabiat Landak

1.tabiat aktif pada waktu malam
2.makan secara kerap.
3.Aktif mengawan.
4.Pembiakan:mampu melahirkan anak kembar dua dan tiga ekor sekali beranak.
5.Beranak 5 kali dalam tempoh 2 tahun.


Cara penternakan:

1.Guna sangkar dinding konkrit dan bahagian depan besi jeriji
2.setiap sangkar boleh diletakkan seekor atau 2 ekor.

Syarikat: Bahtera Ternak

Pengarah Syarikat : Nurul Azam Haron

talian : 0122133401

P/s:Daging arnab kurang orang makan kerana kecomelannya sampai orang tak sanggup makan..daging landak?

Selasa, 18 November 2008

Tanaman Cili

salam sume..

Seperti yang sedia maklum,tanaman cili adalah salah satu tanaman yang paling memberi keuntungan kepada para petani.Ia ditanam sama ada secara Fertigasi ataupun tanaman secara batas.Adalah bermacam jenis cili yang diketahui seperti cili api,cili merah dan cili jenis varieti baru iaitu semerah (kalau tak silap)yang dilancarkan MARDI semasa MAHA 2008 baru-baru ini.


Penyakit yang biasa menyerang cili ialah kerinting(paling bahaya).( Aku rujuk Agroville)Kalau yang biasa aku tanam kene kulat ataupun buah tu buruk sebelum masak.Bayangkan satu pokok tak dapat harvest sebab semua buah dah buruk..huhu..ni gambar cili yang aku tanam kat rumah,ada lagi satu jenis tapi aku tak ingat nak ambil gambar.enjoy..Tiada Pertanian,Tiada Makanan




p/s: Aku tengah bengang minyak turun jadi RM2/liter sebab baru jer isi RM30 masuk kotak itam aku..huhu..baru je bergurau tadi cakap buh penuh2,tengok2 esok minyak turun..huhu cabul tol mulut aku

Jumaat, 14 November 2008

Kisah Monyet dan Pisang


sedutan dari worm1blog.blogspot..

Ramai yang berfikir banyak kali untuk menceburi sesuatu yang baru dalam pertanian.Ada juga yang terus menolak tanpa mengetahui sesuatu apa pun mengenainya ataupun hanya kerana mendengar khabar angin negatif mengenainya. Dalam hal ini,memanglah ada kebaikannya kita berfikir semasak-masaknya,tapi kadang kala ada juga yang berfikir negatif lantas menolaknya tanpa memikirkan peluang yang lumayan yang mereka lepaskan.Saya tertarik dengan kisah monyet dan pisang dari blog worm1blog..

ianya tentang satu eksperimen yang menggunakan momyet sebagai bahan ujikaji. Para penyelidik menempatkan 5 ekor monyet dalam satu ruangan yang terdapat tangga yang dihujungnya diletakkan 1 tandan pisang. Ketika salah seekor daripada monyet tersebut memanjat tangga untuk mengambil pisang, para penyelidik menyiram monyet tersebut dengan air sejuk. Akibatnya, ketika ada monyet lain yang mencuba memanjat tangga tersebut, monyet yang lain beramai-ramai melarangnya. Dan akhirnya tidak ada yang berani memanjat.

Para penyelidik itu kemudian mengeluarkan monyet yang disiram air sejuk tadi dan memasukkan monyet baru. Demi melihat pisang di atas tangga, si monyet baru itu pun berusaha menaiki tangga. Namun gagal karena dilarang oleh monyet2 yang lama. Akhirnya si monyet baru itu tidak jadi memanjat, meski tidak kenapa dilarang. Lalu para penyelidik itu pun mengganti 4 monyet yang lama dengan yang baru. Sama seperti kejadian awal, monyet2 baru tertarik oleh pisang tsb. Namun monyet yang satu itu melarang kerana menurut pengalaman monyet sebelumnya tidak boleh. Akhirnya semua monyet itu tidak ada yang memanjat sama sekali dengan alasan yang tidak mereka tahu.....

Rezeki Musim Hujan

Selamat hari Jumaat buat semua..

Musim hujan kini kembali lagi..kalau dulu masa kecil-kecil saya selalu pergi menangkap ikan dekat rumah mak saudara sebab rumah dia tepi paya pada musim hujan,sekarang saya pulak yang melayan tengok kanak-kanak menangkap ikan.teringat masa kecil-kecil dahulu.

Kalau dulu sebut je longkang,paya,sungai,sawah mana yang saya tak masuk..sume saya redah nak tangkap ikan. Ikan dapat seekor dua je..tapi baju kotor habis.hehe..minat nie sejak kecil lagi,sampai amik degree pun bidang akuakultur..haha.minat punya pasal la kononnya.

Ha dah tua sekarang minat makin bercambah ke semua jenis bidang pertanian...masa mula-mula grad dulu minat kambing lepas baca blog esis (www.kambing-boer.blogspot.com),sekarang minat yang lagi kompleks plak..heheh..oklah..lari tajuk pulak..nie la saya katakan rezeki musim hujan..ikan haruan..sebenarnya banyak lagi ikan yang boleh kita tangkap musim hujan ni..ikan puyu,ikan sepat,belut dan macam-macam lagi la..kalau nasib malang jumpe ular air..hahah



heheh..ni gambar dari pancing.net jer..aku nie cakap je minat..tapi bab mancing nie failed..haha



ni saje jer aku nak naikkan balik semangat hujan korang..bagi lap balik batang pancing yang dah berhabuk tuh..pergi jahit balik jala yang dah koyak tuh..hehe

Khamis, 13 November 2008

Kambing : Musim Hujan


huhuhu..sejuknye sekarang musim hujan kat Kota Bharu..nasib baik belum banjir lagi..kambing dah start selsema..batuk-batuk..huhuh.Risau pulak aku.

Sekarang nak gi potong rumput pun prob gak..yela aku gi ngan ayah aku.nanti kalau demam susah pulak.sekarang abang aku pulak yang wat potong rumput dalam minggu nih.yela kambing dia dah lagi banyak dari kambing kitaorang kat umah nie.hehe..

anak kambing

Nasib baik la anak kambing aku dah umur sebulan sekarang.tahan la sket.tak boleh nak bayang kalau kambing aku beranak musim hujan nih.mesti prob.yang sebulan ni pun aku dah risau gila-gila.yela dia kecik kan..

Selasa, 11 November 2008

Penjantan untuk dijual



Baka: Saanen + Jamnapari + Anglo
Baka Bapa: Jamnapari Cross
Baka Ibu : Saanen
Jenis kelahiran: Beranak kembar
Umur : 7 bulan
Harga : RM 1000 (Boleh runding,pengankutan sendiri)




Baka: Boer
Baka Bapa: -
Baka Ibu : -
Umur : 2 tahun ++
Harga : RM 1300 (Boleh runding,pengankutan sendiri)

hubungi En.Hafidz 0199699693

Santai Orkid

Hohoho..jangan tak tahu kat rumah aku pun ada orkid..ni semua keindahan alam semulajadi yg Tuhan beri untuk kita nikmati...bersyukurlah dengan nikmatnya..




Project Type C : In the making ii

Hehhe..aku penat arini..saje upload gambar nk bagi korang bayangan pe yang aku sedang buat time cuti neh...heheh





Ahad, 9 November 2008

Project Type C : In The Making



hohoho...salam semua..

Aku ngah setelkan beberapa benda untuk mulakan projek baru..Benda ni aku terfikir apabila melihatkan banyak tinja kambing aku yang terbuang setiap hari,orang kata ada harga,tapi kambing aku taklah berak banyak sangat,adalah 5 kg sehari.huhu..tapi nak kumpul pun masalah,yela kawasan perumahan,bukan ladang.fikir punya fikir terdengar la projek ni.Yela orang pertanian mesti buat projek pertanian juga.hehe..

cume aku kena tambah bahan lagi iaitu habuk kayu..


habuk kayu

dah 2-3 minggu duk prepare benda nie,yela dengan setiap hari gi cari rumput untuk kambing aku,duk main game lagi,duk kemas rumah lagi,duk bersih kebun lagi,jadi macam tak cukup masa pulak..jadi spare time la aku setelkan beberapa perkara untuk projek ni.rumah da siap,medium je belum lagi.makin banyak aku baca makin banyak benda aku kena wat.tapi dalam minggu depan aku akan start kot.tiada lagi menoleh ke belakang..

p/s:Gambar ehsan dari it2tani.blogspot..thx

Isnin, 3 November 2008

video baby boer

video


heheh..saje nak upload video dari youtube mengenai baby boer