Pendidikan,Pertanian seiring...

Memaparkan catatan dengan label seminar. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label seminar. Papar semua catatan

Ahad, 21 Disember 2008

No Agriculture, No Future : Seminar

Salam,

Pada 21 Haribulan Disember saya mengikuti seminar Bioteknologi di negeri Kelantan 2008.Banyak perkara yang dibincangkan.Banyak masalah dan cadangan yang diutarakan.Berbaloi pergi.dahla free,bukan kena bayar pun.Biasa kalau kursus camni pun kena bayar 2-3ratus.

ni saya kupas kembali isi yang saya dapat dari sana setelah seharian berada di sana.

PERTANIAN ADALAH PERNIAGAAN.

Pertanian adalah perniagaan.tapi adakah orang ramai benar-benar faham apakah isi kandungan cogan kata atau motto kerajaan dalam bidang pertanian ini?yang paling menarik adalah bila pensyrah memberi contoh seorang makcik yang menjual hanya sebiji buah nangka di tepi jalan dari zohor hingga ke asar.Adakah ini pertanian adalah perniagaan yang kita mahukan?mentang-mentanglah ada sebiji nangka untuk dijual,sanggup menghabiskan masa berjam-jam lamanya untuk menjual sebiji nangka yang dimiliki.Adakah ini yang ingin kita terapkan?

Adakah kelantan mampu menjadi jelapang makanan negara menjelang 2015 jika semua orang berfikiran seperti makcik tersebut?Pertanian adalah perniagaan yang perlu difahami dan diamalkan oleh masyarakat tani di negara kita adalah perniagaan yang menguntungkan hasil dari aktiviti pertanian.Bukannya menunggu sebiji nangka untuk dijual kepada sesiapa yang alu lalang yang masih tidak pasti lagi siapa pembelinya.

Golongan petani dikatakan sebagai golongan miskin dan hingga kini mentaliti masih lagi menebal bahawa petani adalah pekerjaan orang miskin dan mentaliti ini masih lagi terpendam dalam jiwa ramai orang walaupun dalam jiwa petani itu sendiri.Buktinya,mereka tidak mahu anak mereka turut menjadi petani seperti mereka.

HASIL PENYELIDIKAN UNIVERSITI PERLU DIKOMERSILKAN

Panel juga mengutarakan kepentingan pelaburan pihak swasta dalam mengkomersilkan produk dan hasil kajian pihak universiti.Saya tertarik disini apabila memikirkan bagaimana petani boleh menggunakan teknologi hasil kajian universiti tempatan sedangkan mereka sendiri tidak faham apa yang dikaji oleh penyelidik tersebut walaupun ia merupakan bidang yang mereka kuasai sudah sekian lama.tu baru satu hal,belum lagi masuk soal modal yang melibatkan jutaan ringgit.Bagaimana seorang petani miskin mampu meningkatkan taraf hidupnya yang sudah sedia miskin memerlukan pula modal jutaan ringgit untuk meningkatkan tarf hidupnya. Jadi panel mencadangkan supaya kos modal ini diambil alih oleh kerajaan negeri dan badan swasta atau NGO.

Mardi contohnya mengeluarkan buku manual yang serba ringkas dan mudah difahami oleh petani dan orang awam.Kajian yang mereka lakukan juga praktikal dan boleh diamalkan oleh golongan petani.Inilah yang dimahukan oleh masyarakat tani supaya benda ini dapat diamalkan dan dipraktikkan dalam amalan perladangan mereka.

KELESTARIAN PERTANIAN

Kelestarian Pertanian ditakrifkan ramai pihak sebagai pertanian organik.Ini tidak berapa tepat kerana pertanian organik hanyalah sebagai alat untuk mencapai kelestarian pertanian.Oleh sebab itu kelestarian pertanian sebbenarnya bermaksud keperluan sesuatu aktiviti pertanian dijalankan berdasarkan pulangan ekonomi yang berkesan,keperluan manusia kepada sumber makanan,menjana alam sekitar yang positif dan mengambil kira kualiti kehidupan.

Dalam topik ini,sekuriti makananan atau keselamatan makanan juga ditekankan.keselamatan makanan adalah bagaimana penghasilan makanan dalam negara dapat menampung keperluan makanan dalam negara.Ini bermakna apabila berlaku peperangan atau krisis makanan seperti yang berlaku baru-baru ini,kita mampu bertahan dan tidak terjejas teruk.

Pertanian organik seperti vermikultur dan penggunaan baja organik akan dapat mengekalkan alam sekitar pada tahap sekarang malah akan memperbaikinya ke tahap lebih baik selepas penggunaan baja kimia setelah sekian lama.

Khamis, 18 Disember 2008

seminar bioteknologi negeri kelantan 2008

Tarikh: 21.12.2008 - Ahad

Masa: 8pagi - 5.30pm

Tempat: Dewan Teratai, Kota Darulnaim

Sasaran Peserta: Pelabur, Agensi Kerajaan Swasta, Wakil Parlimen & DUN, IPTA/S, Mahasiswa & Siswazah

Anjuran: Kerajaan Negeri (Melalui JK Exco Pertanian, Indsutri Desa & Bioteknologi), PMBK & Kelantan Biotech Corp Sdn Bhd.

Antara kertas kerja yang akan dibentangkan ialah:

I. Agro-Bioteknologi Adalah Satu Perniagaan - Prof Ibrahim, Dekan Fakulti Agro Industri UMK.
II. Pertanian Lestari Kearah Melahirkan Usahawantani - Prof. Dr. Mohd Razi Ismail, Institut Teknologi Pertanian, UPM
III. Pengurusan Tanaman & Teknologi Biji Benih Berkualiti - Prof Maziah, Fakulti Bioteknologi & Biomolekul UPM
IV. Bioteknologi Dalam Sektor Penternakan - Jabatan Haiwan Negeri Kelantan.

Seminar sehari tersebut akan mengupas panjang lebar tentang peluang niaga dan industri baru yang wajar diceburi oleh rakyat Kelantan dalam sektor bioteknologi di Negeri Kelantan dan akan memperkenalkan teknologi baru yang berkaitan bagi meningkatkan produktiviti hasil pertanian di Kelantan.

sumber:http://usahawantani-kelantan.blogspot.com/2008/12/seminar-bioteknologi-negeri-kelantan.html