Pendidikan,Pertanian seiring...

Rabu, 26 November 2008

Verminkompos : Part 1

Mesti sume orang duk tunggu pe projek terbaru saya skarang kan?ramai je yang masuk walaupun takde update..ni update la nie..jangan lupe datang tiap hari ye..heheh..saya pun bosan gak kadang-kadang masuk website or blog orang takder update..wat menyemak je..hahah..meh saya tunjukkan projek saya yang terbaru..


sekarang kan kita menuju ke arah pertanian organik..sekarang saya sedag hasilkan baja vermikompos..tau tak apa benda tuh?baja verminkompos adalah baja yang dihasilkan oleh cacing tanah..

Pernahkah anda terfikir?

Kenapa tanah yang ada cacing tanah begitu subur?ia adalah kerana najis cacing tersebut yang kaya dengan keperluan tumbuhan seperti unsur N,P dan K malahan juga mengandungi bakteria baik yang mampu memulihara keadaan tanah dan juga membajai tumbuhan dan tanaman anda.Percaya atau tidak?

Percaya atau tidak?

Baja vermikompos mempunyai segala zat yang diperlukan oleh tumbuhan untuk hidup segar dan subur.Mengikut kajian yang telah dibuat,penggunaan baja vermikompos pada peringkat percambahan,pembesaran dan pengeluaran bunga telah berjaya meningkatkan hasil melebihi penggunaan baja kimia. Penggunaan baja vermikompos pula hanyalah 1/4 dari baja kimia.Harga?jauh lebih murah...

jadi untuk menjadikan alam ini mampu dihuni seribu tahun lagi,marilah kita menggunakan baja vermikompos ini untuk memastikan alam kita terhindar dari pencemaran bahan kimia.enjoy the picture i've taken.


cacing tempatan neh..contoh aje

tinja kambing yang digunakan sebagai makanan cacing

Palung tempat kediaman cacing


ni la baja vermikompos yang masih fresh..(baru kuar..)

Tiada ulasan: