Pendidikan,Pertanian seiring...

Isnin, 3 September 2007

Sistem Kerek: Revolusi Dalam Asuhan Siakap dan Kerapu



Baru-baru ini pada 26-30 Ogos saya menyertai kursus asuhan benih siakap Putih yang dianjurkan oleh Besut Aquaculture and Consultant (BAC) dengan kerjasama erat Bank Pertanian dan Pusat Penyelidikan Ikan Laut(PPIL) Tanjung Demong,besut. Nak tahu apa saya dapat? Ermm..sangat banyak kerana para penternak di situ lansung tidak lokek berkongsi ilmu dan pengetahuan dalam bidang perternakan Siakap dan Kerapu serta bidang pertanian lain..terasa begitu kerdil diri ini walaupun memegang segulung ijazah bidang akuakultur itu sendir jika hendak dibandingkan dengan pengalaman dan pengetahuan Otai2 bidang akuakultur itu sendiri...huhuh

Ermm..walaupun dikatakan bidang penternakan siakap ini masih belum maju sepenuhnya,tetapi ikan air payau ini mendatangkan hasil yang cukup lumayan jika kita benar2 mengetahui kelebihan dan peluang yang ada dalam bidang ini.Bayangkn anda mampu meraih RM40k dalam jangkamasa 18 hari dari hasil jualan anak benih x inci!!!mula2 saya juga terkedu kerana selama ini tidak pernah terfikir dan tidak pernah terlintas aka peluang ini..bukan skim pak man telo atau winlifund atau jualan dolar..tapi hasil dari pertanian...Jabatan perikanan menganggarkan sektor perikanan memerlukan 200-300 juta anak benih menjelang tahun 2010 tetapi kita sekarang hanya dapat menghasilkan benih sekitar 10 juta..bayangkan peluang yang ada untuk direbut.Bukan sedikit tapi bernilai jutaan ringgit..tu baru bercakap mengenai siakap,belum lagi kerapu..nilai pertenakan kerapu dijangkakan bernilai berlipat kali ganda dari siakap..cukuplah memberi sedikit pendedahan..nak tahu lebih lanjut boleh didapati di jabatan perikanan..okeh?

Sistem Kerek

Buat pengetahuan semua sistem kerek ini adalah hasil penyelidikan dari PPIL tanjung demong dan teknologi ini mula dipindahkan kepada penternak secara berperingkat2 melalui kursus dan latihan yang diadakan.Sistem ini fleksibel dan oleh disesuaikan mengikut keadaan.contohnya untuk penternakan siakap,kolam takungan air payau mempunyai kemasinan 12-17ppt boleh digunakan untuk membekalkan air dan juga mnjadi penapis biologi yang berkesan..air boleh dialirkan kembali kepada kolam atau terus dibuang.Sistem ini menggunakan kerek atau simen dinding telaga tuh..aii susah nak terang kalau tak tengok sendiri..tapi di area pantai timur nie cakap kerek orang kenal arr.hihih.kerek nie bebentuk bulat jadi menyediakan ruang berenang yang bulat,jadi ikan tidak stress..air dipancutkan dari paip air masuk ke dinding kerek..jadi air akan berpusar dan keluar melalui paip tengah..sistem ini boleh memuatkan hampir 1500 maksimum anak benih satu inci bagi setiap kerek dan bayangkan anda memiliki 10 biji kerek..15000 anak benih = RM15k.harga ini berdasarkan seekor anak benih 4-5 inci bersamaan RM1..nak tahu kos sistem ini?hanyalah RM2500...terkejut bukan?ini hanya untuk 1 kitaran..iaitu 3 bulan..kira sendiri arr..hihih

akan tetapi biasanya penternak akan memasukkan hanya 500 ekor bagi siakap dan 200 ekor bagi kerapu..tapi untuk perhatian, sistem ini digunakan hanya untuk asuhan iaitu hanya untuk membesarkan anak benih dari saiz 1 inci kepada saiz 4-5 inci..bayangkan anda membeli anak benih 1 inci dengan harga 10 sen seekor dan menjualnya semula pada harga RM1...berapa keuntungan anda? jangkamasa pembesaran dikatakan 2-3 bulan..saya pun xberapa dengar arituh..biaser arr..borak2..hahahha..

ermm..sistem ini juga boleh digabungkan dengan sistem RAS(recirculating aquaculture system) untuk asuhan kerapu atau siakap..sistem RAS ini memastikan air yang lebih bersih,mengelakkan jangkitan penyakit serta mengawal kualiti anak benih yang dihasilkan.maknanya semuanya di dalam kawalan kita..99%,lagi 1%,ALLAH s.w.t punya..

oklah..ada paper kemusykilan boleh diajukan disini...nak order anak benih siakap pun boleh..nak order siakap hidup pun boleh...Kita usahakan apa yang terdaya untuk memajukan sektor pertanian kita..amin..

Tiada ulasan: