Pendidikan,Pertanian seiring...

Rabu, 15 Ogos 2007

Pembekal susu sekolah jangan salahkan guru

PUTRAJAYA 14 Ogos – Pembekal susu bagi Program Susu Sekolah (PSS) perlu dipertanggungjawabkan di atas isu keracunan susu di kalangan murid sekolah, kata Menteri Pelajaran, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

Serentak itu, beliau mengarahkan pembekal susu yang terdiri daripada enam atau tujuh pembekal memastikan kualiti susu dipertingkatkan mengikut standard yang sepatutnya.

“Para pembekal sepatutnya lebih tahu apa yang mereka harus lakukan untuk memastikan para guru tahu mereka tidak sepatutnya melekatkan dawai kokot pada susu yang hendak diedarkan.

“Kamu (pembekal susu) tidak boleh menuding jari pada orang lain sebab kamu yang mendapat keuntungan daripada program ini,” katanya di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas laporan sebuah akhbar yang mendakwa kesilapan guru mengendalikan susu bantuan antara punca berlakunya kes keracunan makanan di Kedah.

Menurut sumber, guru-guru telah melekatkan nama pelajar menggunakan dawai kokot pada kotak-kotak susu sehari sebelum ia diagih-agihkan kepada pelajar.

Tindakan tersebut telah menyebabkan susu tersebut dimasuki angin dan memberi kesan kepada pelajar apabila susu itu diminum keesokan hari.

Menurut Hishammuddin, jika pembekal gagal bersikap proaktif dalam menyelesaikan masalah keracunan susu, kerajaan akan mengambil susu soya sebagai gantian kerana pembekal soya mungkin lebih bertanggungjawab dan proaktif.

Justeru katanya, guru-guru tidak boleh dipersalahkan ekoran PSS menyebabkan keracunan susu di kalangan para murid.

“Isu yang timbul sekarang ialah program susu sekolah ini telah diperkenalkan sejak tahun 1960, sebelum saya lahir lagi, jadi jika guru tidak boleh kendalikannya, saya tak fikir ia boleh bertahan sehingga hari ini.

“Jadi jangan salahkan guru sebab sebelum ini tidak berlaku kejadian-kejadian sedemikian,” katanya.

Hishammuddin berkata, adalah tidak adil meletakkan sepenuh tanggungjawab ke atas guru untuk menjaga disiplin pelajar dan memeriksa kualiti susu tersebut.

“Dan kemudian, dalam masa yang sama mereka terpaksa mengajar anak-anak kita bukan hanya secara formal tetapi juga tidak formal seperti kokurikulum dan sukan,” katanya

sumber:utusan malaysia 15 ogos 2007

p/s:aku sokong..xpatut2...susu mmg dah xberkualiti bising2 plak..cepuk karang..

Kawan2,doakan aku intebiu KPLI sok yek...doakan aku berjaya,Amin...

Tiada ulasan: