Pendidikan,Pertanian seiring...

Isnin, 27 Oktober 2008

Tanaman Rumput Napier

Salam Sejahtera kepada anda semua..

Apabila berbicara mengenai mengenai kambing,mesti kita terfikir sama mengenai makanannya. Apabila kambing bertambah,makin bertambahlah keperluan makanan untuknya.harga makanan pula tidak menentu,asyik naik sahaja,turunnya tidak..jadi sebagai penternak kita kenalah cari alternatif untuk memberi makan kepada kambing yang menunggu di kandang.


Gambar hiasan

Rumput Napier

Baru pagi tadi saya dengan abang saya pergi menanam rumput napier di kebun kami.satu je perkataan yang boleh digambarkan.PENAT. Yalah apabila badan makin berisi, makin penat apabila buat kerja-kerja berat. Kami menanam pun memikirkan ayah yang mencari rumput untuk kambing tidak perlu pergi jauh selepas ini. Lagipun apabila hendak menambah kambing di ladang,tidak perlulah risau mengenai makanan lagi.nanti saya upload gambar rumput di kebun jika berkesempatan.

Kebetulan pula hari ini rakan kongsi projek terbaru (Project type C) datang ke rumah melihat perkembangan projek tersebut.hehe..projek apa?tunggu....bagi anda semua suspen dahulu.baru best.baru tiap-tiap hari anda bukak blog saya.hehe.Tunggu ada perkembangan positif dulu,baru best hendak bercerita.Ye x?okaylah,sampai sini dulu untuk hari ini. Wassalam..

Tiada ulasan: