Pendidikan,Pertanian seiring...

Sabtu, 27 Disember 2008

Bila datang ketegangan,akan datang ketenangan..



salam,

hai..beberapa hari berlalu dengan penuh ketegangan.Rasa tertipu dengan iklan KPM yang mengatakan result posting DPLI kuar 24haribulan,lepas tuh tetiba dianjakkan ke 5 haribulan..yang 24 tuh rupanya untuk DPLI sains pertanian sahaja..hampeh tul..masa iklan pengumuman tu tak cakap pula..wat aku sakit jiwa je..lega da sekarang.orang rumah pun dah dapat berita akan ada interview pula untuk lantikan jawatan dorang..hehe..arituh dia tak de maklumat paper pun pasal kerja dorang.risau juga.sekarang sudah dapat maklumat..lega dah..Alhamdulillah.Puji dan Syukur kepada MU Ya Allah..amin..

Khamis, 25 Disember 2008

SAKIT JIWA..



SEKEPING GAMBAR,SERIBU MAKNA.......

Ahad, 21 Disember 2008

No Agriculture, No Future : Seminar

Salam,

Pada 21 Haribulan Disember saya mengikuti seminar Bioteknologi di negeri Kelantan 2008.Banyak perkara yang dibincangkan.Banyak masalah dan cadangan yang diutarakan.Berbaloi pergi.dahla free,bukan kena bayar pun.Biasa kalau kursus camni pun kena bayar 2-3ratus.

ni saya kupas kembali isi yang saya dapat dari sana setelah seharian berada di sana.

PERTANIAN ADALAH PERNIAGAAN.

Pertanian adalah perniagaan.tapi adakah orang ramai benar-benar faham apakah isi kandungan cogan kata atau motto kerajaan dalam bidang pertanian ini?yang paling menarik adalah bila pensyrah memberi contoh seorang makcik yang menjual hanya sebiji buah nangka di tepi jalan dari zohor hingga ke asar.Adakah ini pertanian adalah perniagaan yang kita mahukan?mentang-mentanglah ada sebiji nangka untuk dijual,sanggup menghabiskan masa berjam-jam lamanya untuk menjual sebiji nangka yang dimiliki.Adakah ini yang ingin kita terapkan?

Adakah kelantan mampu menjadi jelapang makanan negara menjelang 2015 jika semua orang berfikiran seperti makcik tersebut?Pertanian adalah perniagaan yang perlu difahami dan diamalkan oleh masyarakat tani di negara kita adalah perniagaan yang menguntungkan hasil dari aktiviti pertanian.Bukannya menunggu sebiji nangka untuk dijual kepada sesiapa yang alu lalang yang masih tidak pasti lagi siapa pembelinya.

Golongan petani dikatakan sebagai golongan miskin dan hingga kini mentaliti masih lagi menebal bahawa petani adalah pekerjaan orang miskin dan mentaliti ini masih lagi terpendam dalam jiwa ramai orang walaupun dalam jiwa petani itu sendiri.Buktinya,mereka tidak mahu anak mereka turut menjadi petani seperti mereka.

HASIL PENYELIDIKAN UNIVERSITI PERLU DIKOMERSILKAN

Panel juga mengutarakan kepentingan pelaburan pihak swasta dalam mengkomersilkan produk dan hasil kajian pihak universiti.Saya tertarik disini apabila memikirkan bagaimana petani boleh menggunakan teknologi hasil kajian universiti tempatan sedangkan mereka sendiri tidak faham apa yang dikaji oleh penyelidik tersebut walaupun ia merupakan bidang yang mereka kuasai sudah sekian lama.tu baru satu hal,belum lagi masuk soal modal yang melibatkan jutaan ringgit.Bagaimana seorang petani miskin mampu meningkatkan taraf hidupnya yang sudah sedia miskin memerlukan pula modal jutaan ringgit untuk meningkatkan tarf hidupnya. Jadi panel mencadangkan supaya kos modal ini diambil alih oleh kerajaan negeri dan badan swasta atau NGO.

Mardi contohnya mengeluarkan buku manual yang serba ringkas dan mudah difahami oleh petani dan orang awam.Kajian yang mereka lakukan juga praktikal dan boleh diamalkan oleh golongan petani.Inilah yang dimahukan oleh masyarakat tani supaya benda ini dapat diamalkan dan dipraktikkan dalam amalan perladangan mereka.

KELESTARIAN PERTANIAN

Kelestarian Pertanian ditakrifkan ramai pihak sebagai pertanian organik.Ini tidak berapa tepat kerana pertanian organik hanyalah sebagai alat untuk mencapai kelestarian pertanian.Oleh sebab itu kelestarian pertanian sebbenarnya bermaksud keperluan sesuatu aktiviti pertanian dijalankan berdasarkan pulangan ekonomi yang berkesan,keperluan manusia kepada sumber makanan,menjana alam sekitar yang positif dan mengambil kira kualiti kehidupan.

Dalam topik ini,sekuriti makananan atau keselamatan makanan juga ditekankan.keselamatan makanan adalah bagaimana penghasilan makanan dalam negara dapat menampung keperluan makanan dalam negara.Ini bermakna apabila berlaku peperangan atau krisis makanan seperti yang berlaku baru-baru ini,kita mampu bertahan dan tidak terjejas teruk.

Pertanian organik seperti vermikultur dan penggunaan baja organik akan dapat mengekalkan alam sekitar pada tahap sekarang malah akan memperbaikinya ke tahap lebih baik selepas penggunaan baja kimia setelah sekian lama.

Khamis, 18 Disember 2008

seminar bioteknologi negeri kelantan 2008

Tarikh: 21.12.2008 - Ahad

Masa: 8pagi - 5.30pm

Tempat: Dewan Teratai, Kota Darulnaim

Sasaran Peserta: Pelabur, Agensi Kerajaan Swasta, Wakil Parlimen & DUN, IPTA/S, Mahasiswa & Siswazah

Anjuran: Kerajaan Negeri (Melalui JK Exco Pertanian, Indsutri Desa & Bioteknologi), PMBK & Kelantan Biotech Corp Sdn Bhd.

Antara kertas kerja yang akan dibentangkan ialah:

I. Agro-Bioteknologi Adalah Satu Perniagaan - Prof Ibrahim, Dekan Fakulti Agro Industri UMK.
II. Pertanian Lestari Kearah Melahirkan Usahawantani - Prof. Dr. Mohd Razi Ismail, Institut Teknologi Pertanian, UPM
III. Pengurusan Tanaman & Teknologi Biji Benih Berkualiti - Prof Maziah, Fakulti Bioteknologi & Biomolekul UPM
IV. Bioteknologi Dalam Sektor Penternakan - Jabatan Haiwan Negeri Kelantan.

Seminar sehari tersebut akan mengupas panjang lebar tentang peluang niaga dan industri baru yang wajar diceburi oleh rakyat Kelantan dalam sektor bioteknologi di Negeri Kelantan dan akan memperkenalkan teknologi baru yang berkaitan bagi meningkatkan produktiviti hasil pertanian di Kelantan.

sumber:http://usahawantani-kelantan.blogspot.com/2008/12/seminar-bioteknologi-negeri-kelantan.html

Selasa, 16 Disember 2008

POSTING POSTING POSTING!!


Hai bosan sudah..bila mahu posting ni?lambatnye..aku dah sakit perut tunggu bila posting ni..status tak tahu..apa yang dah jadi pun tak tahu..mana ekor..mana kepala..huhu..tension la gini..KPM senyap je..status tak tahu kemana..rumorsnya banyak..tapi hasilnya tadak..huhu

Isnin, 8 Disember 2008

Oriental Herbal nutrient (OHN)

salam..

Mungkin bagi sesetengah pengunjung blog ini yang terdiri dari 'orang-orang akua' dan juga cabang bidang yang lain tertanya-tanya apakah yang dimaksudkan dengan oriental herbal nutrient ini.Bagi yang datang dari 'pure' sains pertanian ataupun bioindustri mungkin sudah arif dengan OHN ini.

OHN ini berfungsi sebagai penghalau serangga,kulat dan juga baja.bahan OHN ini boleh terdiri dari pelbagai bahan contohnya seperti halia,bawang putih,kulit kayu manis dan juga gula merah.Bagi 'sifu2' penternakan,mungkin mereka sudah biasa dengan penggunaan gula merah dalam pembuatan silaj.

Kenapa perlu Gula Merah?

Gula merah digunakan sebagai pembekal tenaga kepada 'makhluk' yang akan membantu menjadi baja dan pemangsa semulajadi kepada perosak tanaman anda semua.Gula merah boleh digantikan dengan Gula kerek dan juga molasses.

'Makhluk' apakah yang dimaksudkan?

'makhluk'yang dimaksudkan adalah bakteria baik ataupun 'effective microorganism'.EM ini akan bertindak sebagai perisai kepada tanaman anda berdasarkan ciri bahan yang digunakan.contohnya seperti bawang putih ia adalah antikulat..jadi ia akan berfungsi sebagai antikulat kepada tanaman anda.Oleh kerana sifatnya yang universal,ia juga boleh digunakan kepada haiwan ternakan.Masalah seperti selsema dan puru boleh diatasi dengan pengunaan 1-2 kali OHN. Menarik bukan?

Cara membuatnya?

kita sambung dalam bahagian dua nanti..

boleh rujuk blog nek guru saya,melor : http://impaxbokashi.wordpress.com

p/s:selamat hari raya aidiladha buat semua pengujung setia blog saya..

Ahad, 7 Disember 2008

barack obama

hehe..maafla sekarang saya tak sempat update blog..boleh update content ringan-ringan ja..ni ada gambar barack obama malaysia..


ni gmabar barack obama betul..



cuba korang bandingkan?kata orangada 7 orang kembar kita kat dunia ni..kalau jumpe sume..ajal dah dekat..huuu..tataula betul ke tak..

Selasa, 2 Disember 2008

memories

ni gambar-gambar semasa saya di UMT..rindu pulak rasenya kat kawan-kawan..




Kehidupan : 4 perkara

Ada 4 perkara yang aku ngah pikir sekarang..

1.Wang
2.Cinta
3.Kerja
4.Keluarga

jangan salah faham..kedudukan nombor tuh tak bermaksud apa-apa,semuanya penting buat saya.saya fikirkan pasal....

1.Wang
-macam mana nak cari duit ni?,macam mana nak buat duit tapi tak pakai duit?halal tak?
2.Cinta
-Bila nak cukup duit nak kawen ni?sayangnya kat dia..
3.Kerja
-Posting mana aku neh?,dasyat tak anak murid aku nanti?camne suasana kerja aku nanti?
4.Keluarga
-siapa nak jaga parent aku kalau aku takder?dah cukup ke apa aku buat untuk famili aku sehingga arini?ada buat dosa tak arini?ada cakap kasar tak?



nilah hidup sebagai seorang manusia..tapi yang penting kita tak putus asa dengan rahmatNya.Allah bersama orang-orang yang sabar..