Pendidikan,Pertanian seiring...

Jumaat, 22 Jun 2007

Pembuatan Kastad Telur

Pembuatan Kastad Telur

Kastad telur digunakan sebagai makanan kepada anak dan induk udang galah (Macrobrachium rosenbergii). Kastad telur yang baik adalah yang diperbuat daripada bahan-bahan yang menjimatkan kos, tidak menjejaskan kualiti air, tahan lama dan diterima baik oleh udang galah. Dalam pembuatan ini, minyak ikan yang kebiasaannya digunakan secara komersil dalam pembuatan kastad telur sama ada oleh swasta dan jabatan kerajaan telah digantikan dengan hati ayam. Ini adalah untuk penjimatan kos serta menambahkan kandungan asid amino dalam kastad telur.

Bahan-bahan
A. 20 biji telur
B. 5 ketul hati ayam
C. 2 cawan susu tepung Nespray
D. 1 cawan tepung kanji
E. 5 biji pil vitamin
F. Pengisar

Penyediaan dan cara kerja

Hati ayam kisar terlebih dahulu dan kemudiannya ditapis. Ini untuk membuang otot-otot yang terdapat pada hati tersebut dan memastikan hanya bahan yang hancur digunakan. Selepas itu, larutan hati ayam dikisar bersama-sama dengan bahan yang lain. Bahan-bahan yang telah dikisar digaul sehingga sebati dan dikukus selama 3 jam. Selepas itu ia akan disejukkan dan dipotong dalam bentuk dadu. Bagi rega udang galah, kastad telur akan dikisar dengan penapis untuk memastikan ia halus dan boleh dimakan oleh rega udang galah. Bagi induk induk udang galah, ia dipotong dengan ukuran setengah sentimeter dan diberi di waktu pagi dan petang.

Perbincangan

Kastad telur yang dibuat adalah berkesan dari segi menarik perhatian kerana baunya yang kuat di dalam air kerana ia dibuat dari hati ayam. Udang yang diberi dengan kastad telur ini pula didapati mempunyai kadar tumbesaran yang lebih baik berbanding udang yang memakan kasad biasa.

Kesimpulan

Kastad telur yang dibuat mencapai matlamatnya untuk menjadi makanan kepada udang dan menjimatkan kos.

Tiada ulasan: