Pendidikan,Pertanian seiring...

Jumaat, 22 Jun 2007

Pemprosesan Ikan Salai

Pemprosesan Ikan Salai

Ikan salai merupakan cara alternatif untuk menyimpan dan menghasilkan menu ikan yang berbeza. Kandungan karbon monoksida dan formaldehid dalam asap akan mengawet ikan supaya ikan tahan lebih lama dan mempunyai rasa yang berbeza berbanding ikan yang segar. Bahan perasa seperti rempah kari,asam jawa dan lada hitam juga boleh ditambah untuk menghasilkan rasa yang berbeza mengikut kehendak pembeli. Pelbagai jenis ikan juga boleh digunakan tanpa sebarang halangan dalam pemprosesan ini. Dalam latihan kali ini, pemprosesan ikan keli salai dilakukan.

Bahan-bahan

• Tong pengasap Rajah 9:
• Jaring dawai Tong Asap
• Ikan keli yang siap disiang.
• Habuk gergaji
• Sabut kelapa
• Kayu api
• Bahan perasa seperti asam jawa,lada hitam dan rempah kari



Penyediaan dan cara kerja

Ikan-ikan yang telah siap disiang dan dicuci akan diletakkan dalam tong yang berasingan berdasarkan bahan perasa yang digunakan. Ikan-ikan ini akan diperam semalaman untuk memastikan penyerapan bahan perasa seperti kari,asam jawa dan lada hitam berlaku dengan baik. Keesokan harinya, ikan-ikan dikeluarkan dan diperbetulkan rupa bentuknya dan diletakkan di atas para penyalai. Api dipadamkan menggunakan habuk gergaji untuk meastikan hanya asap yang keluar dan digunakan.Serabut kelapa juga digunakan untuk menambahkan asap yang sedia ada. Salaian yang baik ialah tong penyalai tidak berasa panas dan boleh disentuh. Proses salaian akan berlaku selama 6 jam dan dalam tempoh ini api dikawal supaya tidak terlalu marak dan asap dihasilkan dengan kuantiti yang mencukupi. Selepas 6 jam, ikan dikeluarkan dan dibiarkan sejuk dan selepas itu dibungkus dengan plastik. Ikan yang telah dibungkus siap sedia dipasarkan.


Perbincangan

Kandungan garam yang dicampur perlu bertepatan untuk mengelakkannya menjadi ikan masin. Ikan juga tidak boleh dijemur terlalu lama untuk mengelakkan struktur isi ikan rosak dan tidak pejal.Ikan perlu disalai selama 6 jam untuk memastikan ianya benar-benar kering dan mempunyai rasa asap. Jika tempoh penyalaian dikurangkan, kandungan air di dalm isi ikan masih banyak dan ini akan menjadikannya cepat rosak akibat pertumbuhan mikrob. Ikan juga perlu diperbetulkan rupa bentuknya terlebih dahulu sebelum disalai kerana bentuk semasa penyalaian akan kekal. Ini penting untuk meningkatkan imej pemasaran.

Kesimpulan

Ikan perlu disalai dengan lama untuk memastikan ianya benar-benar kering dan menyelerakan.

Tiada ulasan: