Pendidikan,Pertanian seiring...

Jumaat, 22 Jun 2007

Pengkulturan Makanan hidup

Pengkulturan Makanan hidup

Makanan hidup merupakan makanan yang murah dan mempunyai kandungan nutrien yang tinggi. Ia dapat dibuat sendiri oleh pengusaha mengikut kehendak dan keperluan pengusaha tersebut. Makanan hidup sesuai digunakan kerana kepelbagaian saiz dan variasi spesies yang menjadi alternatif kepada penternak dan pengusaha akuakultur yang ingin menjimatkan kos dan mempercepatkan pembesaran benih ikan dan udang

Bahan-bahan

a. 2 Tangki 4 tan
b. Air hijau
c. Najis kambing
d. Ikan baja
e. Yis
f. Dedak ayam
g. Broodstock Moina dan Daphnia
h. Pengudaraan





Kultur Daphnia

Daphnia biasanya digunakan untuk benih ikan yang mencapai usia 14 hari dan jarang digunakan pada benih yang lebih kecil berikutan saiznya yang agak besar berbanding Moina.

Pen yediaan dan cara kerja

Broodstock Daphnia yang diambil dari KUSTEM akan dimasukkan ke dalam air hijau yang telah disediakan bersama najis kambing dalam tangki. Lokasi tangki hendaklah terdedah kepada matahari tetapi dilindungi oleh pelindung plastik untuk mengurangkan kesan air hujan. Setiap hari populasi Daphnia akan diperhatikan dan dikawal. Penambahan bahan seperti yis, ikan baja, ikan mati, dedak dan najis kambing adalah penting untuk mengekalkan populasi Daphnia supaya sentiasa berada pada tahap puncak.
a. Daphnia diberi pada benih ikan berusia 14 hari ke atas.

Kultur Moina

Moina merupakan alternatif kepada penggunaan artemia terutamanya bagi ikan air tawar berikutan kesesuaian hidup dan cara pengkulturanya yang mudah dan praktikal.


Penyediaan dan cara kerja

Broodstock Moina yang diambil dari KUSTEM akan dimasukkan ke dalam air hijau yang telah disediakan bersama najis kambing dalam tangki. Lokasi tangki hendaklah terdedah kepada matahari tetapi dilindungi oleh pelindung plastik untuk mengurangkan kesan air hujan. Setiap hari populasi Moina akan diperhatikan dan dikawal. Penambahan bahan seperti yis, ikan baja, ikan mati, dedak dan najis kambing adalah penting untuk mengekalkan populasi Moina supaya sentiasa berada pada tahap puncak. Moina diberi pada benih ikan berusia 3 hari ke atas.

Perbincangan

Moina dan daphnia dapat dibiakkan dengan mudah dengan cara pengurusan yang betul dan efisien. Kadar pertumbuhan moina dan daphnia bertambah sekiranya hari panas dan ditambah dengan ikan yang mati ataupun yis. Ini kerana ikan mati akan menjadi perumah kepada bakteria yang membiak dan bakteria ini akan menjadi makanan kepada moina dan daphnia selain menggalakkanpertumbuhan alga. Populasi moina didapati turun mendadak selepas hari hujan mungkin disebabkan oleh perubahan suhu dan pH.

Kesimpulan

Moina dan daphnia boleh menjadi makanan kepada larva ikan secara komersil kerana kitaran hidupnya yang ringkas dan cepat. Ia juga membekalkan makanan secukupnya kepada larva ikan untuk menggalakkan pembesarannya.

Tiada ulasan: