Pendidikan,Pertanian seiring...

Khamis, 21 Jun 2007

Penternakan kambing di Malaysia

Penternakan Kambing

Pemilihan kawasan

Pemilihan kawasan untuk menjalankan pemeliharaan adalah penting. Kawasan-kawasan yang dipilih sepatutnya:
Mempunyai tempat teduh dan redup seperti pokok-pokok besar dan juga pokok yang boleh dijadikan pemecah angin.
Kawasan tanah yang tinggi dan dataran serta mempunyai sistem pengaliran air dan udara yang baik.
Jauh dari jalan raya yang sibuk.

Perumahan
Perlu untuk pemeliharaan kambing di Malaysia, kerana keadaan cuaca hujan dan panas terik menyebabkan ternakan perlukan perlindungan.
Kedudukan rumah/kandang-kandang ini boleh dibuat supaya:
Mengurangkan keperluan bergerak terutama dalam memberi makanan. Contohnya, kawasan ragut/sumber makanan (stor) mestilah dekat dengan kandang.
Jika hendak membina lebih dari satu kandang, jarakdi antara dua kandang hendaklah sekurang kurangnya sama dengan lebar kandang tersebut. Ini adalah untuk menjauhkan jangkitan penyakit.

Keperluan-keperluan penting untuk pembinaan kandang
Sistem pengudaraan yang baik bagi menyejukkan udara di dalam kandang
Membenarkan cahaya matahari yang cukup untuk masuk ke dalam kandang terutama matahari pagi. Kedudukan kandang arah Utara-Selatan
Tidak mudah menjadi lembab. Sistem perparitan yang baik di sekeliling kandang
Tidak terkena angin yang kencang
Terpelihara dari hujan dan panas
Kotoran/najis dapat dikumpulkan dan diangkut keluar
Ruang makan dan minum mencukupi
Lantai adalah sesuai dan ticlak membahayakan ternakan, seperti terseliuh atau patah tulang.ketara membawa kesan buruk kepada kambing contohnya sebaran penyakit

Pembinaan Kandang
Kandang boleh dibuat di atas tanah ataupun secara berlantai. Pembinaan kandang yang berlantai tinggi dari tanah adalah disyorkan kerana mempunyai sistem pengedaran udara yang baik dan juga senang dicuci.
Lantai
Lantai hendaklah -
tahan lama
misalnya tahan dari semburan bahan kimia dan air kencing
mudah dicuci
tidak licin
tidak mencederakan
tidak mudah lembab
Lantai hendaklah dibuat dari bahan yang sesuai seperti beroti yang berukuran 1.5 s.m. (tebal) dan 3.5 s.m. (lebar), buluh atau batang pinang yang dibelah, anak-anak kayu dan juga papan biasa. Supaya kencing dan najis senang jatuh ke bawah, kayu atau papan lantai diatur dengan j arak 1.2 - 1.8 s.m. tiap-tiap satu. (Jika terlampau luas berkemungkinan kaki anak kambing akan tersepit).
Luas kawasan lantai untuk satu ekor kambing dewasa ialah di antara 0.7 - 1.4 meter persegi (8 - 15 kaki persegi).
Dinding
Dinding hendaklah dibuat dari bahan yang tahan lasak. Ini adalah kerana kambing mempunyai tabiat suka menanduk, menggigit dan menggeser dinding. Bahan-bahan yang boleh digunakan ialah buluh, kayu bulat (kayu hutan) dan papan.
Dinding boleh dibahagikan kepada dua bahagian:
Dari lantai sehingga kira-kira 1 m keatas boleh dibuat daripada papan, dengan jarak yang lebih rapat antara 1.5-2.0 s.m. yang memerlukan ruang yang agak tertutup untuk mengelakkan kesejukan.
Di atasnya bolehlah digunakan kayu beroti,buluh atau nipah dan anak-anak kayu. Jaraknya di antara satu dengan yang lain 9 - 12 s.m.
Bumbung
Bahan-bahan yang boleh dibuat burnbung termasuklah:
Nipah - bagus untuk sistern pengedaran udara dan lebih menyejukkan. (Pada umumnya terdapat kejadian kambing memakan serpihan nipah)
Zink - mudah dipasang tetapi boleh menyebabkan suhu kandang terlalu panas, terutarnanya jika tidak ada pokok-pokok pelindung sekitarnya. Jika menggunakan atap zink, ruang di antara lantai dan burnbung hendaklah ditinggikan untuk pengedaran udara yang baik
Asbestos - bahan yang paling baik untuk dijadikan burnbung tetapi ianya mahal sedikit. la tidak saja menyejukkan tetapi juga tidak mudah terbakar
Aluminium - dapat mengurangkan kesan haba tetapi harga agak mahal
Palung Makanan
Palung makanan boleh dibuat sama ada di bahagian luar ataupun bahagian dalam iaitu di sepanjang jalan tengah. Lebar palung bahagian bawah ialah 0.3 m dan 0.45 m di bahagian atas. Bagi kandang yang tiada palung makanan, rumput diikat pada 0.5 cm dari paras lantai. Air Yang secukupnya hendaklah disediakan dalam baldi atau besen.

MAKANAN DAN MINUMAN
Diperlukan untuk pembesaran, pembiakan, kesihatan dan akan menentukan untung ruginya sesuatu perusahaan ternakan. Makanan hijauan mempunyai kandungan air yang tinggi, ia merupakan sumber tenaga, vitamin dan mineral. Konsentrat mempunyai kandungan bahan kering yang tinggi, ia kaya dengan protein, lemak, mineral dan menjadi sumber tenaga. Jika tidak mencukupi dan tidak seimbang ianya boleh menyebabkan penyakit kepada ternakan.
Makanan yang seimbang mengandungi zat-zat berikut:
Zat Makanan
Keterangan
protein
membina otot-otot yang kuat dan juga untuk proses pemulihan
karbohidrat (kanji)
pembesaran.
vitamin
Diperlukan sedikit sahaja tetapi penting. Jika tidak seimbang boleh membawa gejala-gejala penyakit yang ketara dan menyebabkan ternakan lebih peka kepada sesuatu jenis penyakit.
Mineral
Garam galian diperlukan untuk pertumbuhan tulang, gigi dan kesihatan. Ini termasuklah garam galian seperti kalsium, phosphorus, natrium dan sebagainya. contoh.
- garam biasa- garam jilat- dicalsium fosfat- tepung tulang- tepung ikan
Air
juga adalah penting dalam pemakanan, ia bukan sahaja perlu untuk kawalan suhu badan, tetapi juga perjalanan zat dan membantu di dalam pengambilan zat oleh badan.
Rumput dan Kekacang
Rumput dan kekacang adalah bahan hijauan yang penting . Rumput dan kekacang pada umur yang sesuai, bukan sahaja mempunyai nilai pernakanan dan zat yang penting, tetapi juga mempunyai bahan gentian yang penting bagi mengeluarkan susu yang berlemak.Kuantiti yang banyak di samping adanya. gentian kasar dapat merangsang perut besar supaya menjadi lebih cekap dalarn penghadaman.Bagi bahan hijauan seperti rumput atau kekacang, seekor kambing dewasa mernerlukan di antara 4.5 kg bahan basah sehari.Di antara jenis-jenis rumput dan kekacang yang baik yang boleh digunakan sebagai bahan makanan kambing adalah:

i Rumput Guinea (Panicum)ii. Rumput Gajah (Panisetum purpureurn)iii. Rumput Setariaiv. Kekacang: lpil-ipil/Petai Belalang (Leucaenia leucocephala).
Rumput-rumput natif dan tanaman tempatan boleh juga digunakan sebagai sumber makanan untuk kambing di antaranya adalah:
i. Daun ubi-hendaklah dilayukan dahulu sebelum diberi makan untuk mengurangkan kandungan racun 'cyanide' yang terdapat pada daun tersebut.ii.Daun nangka-disukai oleh kambing sesuai untuk penggernukan.iii. Rumput nyonya(akar ruas-ruas)-tidak boleh diberikan terlalu banyak kerana boleh menyebabkan kernbung.iv. Daun turiiv.Glyricidia maculatavi. Daun mengkudu (Merinda citriplia)
vii. Daun pisang - disukai terutama yang muda Makanan Tambahan (Konsentrat)Makanan tambahan ini penting terutama sekali semasa bunting, sedang menyusu dan anak kambing Yang mengikut induknya. lbu bunting atau Yang mengeluarkan susu diberi sebanyak 1/2 - 3/4 kg. sehari manakala ibu Yang kering dan anak-anak membesar diberikan sebanyak 1/4 kg. sehari.
semasa cerai susu di mana tekanan akibat penceraian susu dan penyesuaian makanan mungkin berlaku. Anak kambing boleh diberi makanan tambahan beransur-ansur mulai umur I - 1.5 bulan.
Makanan penguat diperolehi dari dedak halus, jagung, bungkil kelapa, bungkil kacang tanah, hampas tauhu clan sebagainya. Sebagai panduan makanan tambahan ini boleh dibuat dengan campuran dedak dan bahan-bahan sampingan pertanian, seperti:
. 2 bahagian jagungI bahagian sekam atau dedakI bahagian hampas kelapa keringii. 40 kg. dedak halus39 kg. tepung jagung18 kg. bungkil kelapa3 kg. campuran mineral (garam galian)Garam Galian (mineral)Garam galian yang dibeli, bolehlah diikat pada dinding atau diletak di dalam bekas tertentu. Ini hendaklah sentiasa disediakan supaya kambing boleh mengambilnya bila-bila .masa sahaja terutamanya pada induk kambing bunting.Keadaan cuaca yang panas akan menggalakkan pengambilan air yang lebih terutamanya kepada kambing baka susu. Banyaknya air yang diminum bergantung kepada beberapa faktor seperti pengambilan bahan kering (dry matter intake), cuaca sekeliling, jenis makanan, suhu air dan keadaan fisiologi kambing sendiri. Kebiasaannya nisbah bahan kering dan air ialah I : 4.










KESIHATAN DAN KAWALAN PENYAKIT
Mengenal pasti kambing sakit atau sihat adalah penting.

Sakit
monyok dan kelihatan tidak bermaya
kelihatan segak dan cergas
tidak mahu makan
berselera makan
mengasingkan diri
sentiasa berada dalam kumpulan
membuat bising

tahi tidak bulat
tahi keras dan bulat
bulu kering dan meremang
kulit licin dan bulu berkilat
kurus kering
tidak kurus

Penyakit dan gejala-gejala yang biasa ditemui dalam permeliharaan kambing adalah:

Penyakit
Tanda-Tanda
Pencegahan
Ubat/Rawatan
Puru (Contagious Ecthyma)
disebakan oleh virus, menyerang anak-anak kambing yang masih menyusu

anak-anak kambing menjadi kurus dan lemah kerana susah hendak makan.
terdapat gelembung-gelembung yang mengandungi air pada bahagian kulit lembut, mulut, gusi dan juga bibir. Bila gelembung-gelembung ini pecah, ianya akan menjadi keruping dan kadangkala merekah dan berdarah.
.
vaksinasi sernasa berurnur di antara 3 minggu - 1 bulan dan sekali lagi 3 atau 4 bulan selepas vaksinasi pertama.
Mengasingkan anak-anak karnbing yang berpenyakit untuk menjauhi jangkitan dari gelernbung yang telah pecah.
Mernbersih dan mengubat luka-luka akibat dari gelembung yang pecah dengan menggunakan iodine atau 'gentian violet' (ubat biru).
Kembung
Kembung terjadi apabila terdapat banyak gas (angin) di dalarn perut. Keadaan ini adalah disebabkan oleh bahan-bahan yang banyak mengandungi bahan nitrogen seperti kekacang.
Mengeluarkan air liur
Perut buncit terutarna di sebelah kiri
Bunyi dentuman yang kuat apabila diketuk
Pernafasan yang susah
Keadaan gelisah, bising, mengernbik dan kerap buang air kecil
mengurangkan memberi kekacang dan bahan-bahan yang mernpunyai kandungan nitrogen yang tinggi
Memelihara padang ragut supaya tidak lebib dari 50% kekacang
i. Memberi makan minyak kacang.
ii. Minyak sayur/minyak jagung.

Paru-paru/Selsema/Sejuk (Pneumonia)
Batuk basah - disebabkan serangan bakteria yang menyerang kambing, ketika berada dalam keadaan tenat seperti kesejukan, perudaraan yang kurang baik dan kesesakan dadanya.
Kelihatan moyok dan mengasingkan diri
Lemah dan tidak terdaya
Menjadi kurus
Pernafasan cepat
Kadangkala terbunyi batuk dan terdapat bendalir keluar dari hidung seperti hingus. Tekanan yang berlebihan boleh menyebabkan kematian
Asingkan supaya tidak berjangkit
Menjaga kebersihan kandang supaya tidak lembab
Elakkan ia berhujan

Cirit-birit (Diarrhoea)
i. Cacingii. Protozoa (koksidia)iii. Kumaniv. Salah makan.

Najis cair dan tidak berbentuk bulat seperti biasa
Kotor dan basah di sekeliling pangkal ekor
Kambing akan kelihatan moyok dan mengasingkan diri
Kadangkala najis berbau busuk
Memberi ubat cacing untuk mengurangkan beban cacing
Menjaga keadaan kandang supaya bersih dan tidak dijangkiti kuman merbahaya
Mernberi makanan yang betul. Jika hendak menukar makanan hendaklah dibuat secara beransur-ansur
Memberi banyak air terutarna yang mengandungi glukos(gula)
Memberi ubat yang bolch mengurangkan berak seperti 'kaolin' yang boleh mengalas kulit perut
Ubat pembunuh kuman ataupun cacing
Kurang Darah (Anaemia)
Kekurangan darah adalah satu keadaan di mana bilangan sel-sel darah merah kurang daripada biasa.
Muka pucat
bibir, gusi dan lidah yang pucat
lapisan dalam kelopak mata juga keputihan
Lemah
Bulu meremang
Badan kurus
Memberi makanan yang cukup dan berzat
Menambahkan zat besi
Memberikan vitamin untuk selera makan
Ubat cacing
Pembasmian kutu

Kancing Gigi
disebabkan oleh racun sejenis kuman yang boleh merosakan saraf. Ini biasa terjadi apabila terdapat luka-luka kecil badan/kulit ternakan itu. Kemung kinan termasuk kotoran di mana kuman ini dapat membiak
Keseluruhan badan menggigil dan menggeletar yang tiadak boleh dikawal. Keempat-empat kaki akan menjadi lurus, tegang dan keras
Mulut akan terkancing (kancing gigi) dan kepalabiasanya mendongak ke atas. Kalau terjadi semasa berdiri, ianya akan tumbang
Tanda-tanda ini menjadi lebih teruk apabila terdapat rangsangan bunyi yang kuat dan juga cahaya yang terang
Suntikan toxoid semasa 3 bulan
Mengubat luka-luka terutarna 'puncture wound'
Tetanus antitoxin dan toxoid
Ubat pelali
Luka-luka
Luka boleh disebabkan oleh benda-benda yang tajam. Walaupun ianya dianggap ringan tetapi jika tidak diberi perhatian akan menjadi busuk dan berulat.

sekeliling kudis dicukur dan dicuci bersih dengan ubat kuning (iodine) supaya tiada terdapat kekotoran dan habuk
Sapukan ubat 'lorexane' pada luka
Semburkan ubat penjauh lalat seperti 'gusanex' ataupun 'negasunt'

Kurap
Kurap boleh terjadi disebabkqn oleh kulat atau ektoparasit (mange
Keguguran bulu pada beberapa bahagian tubuh dan kadangkala disertai dengan kudis-kudis yang bernanah kerana parasit ini menggali lapisan kulit menyebabkan gatal dan kerosakan akar rambut.


Kurap yang disebabkan oleh kulat boleh disapu dengan iodine
kurap yang disebabkan oleh 'mange' pula dikehendaki untuk dirawat dengan ubat serangga seperti I% larutan malathion yang membunuh parasit dewasa.
Rawatan hendaklah diulangi tiap-tiap 10 - 14 hari selarna 3 kali.
Buruk Kuku
Keadaan tempat yang lembab membawa penyakit ini. la disebabkan serangan bakteria pada kuku.
Kambing kelihatan tempang
Celah tapak kaki diperantaraan kukunya bengkak dan berbau busuk

Kuku yang buruk dipotong dan kaki dibasuh bersih. Kuku tersebut direndam di dalam 5% formalin atau 10% Kuprum Sulfat (CuSO4) sekali sehari selama 3 hari.

Pembiakan
KaedahPembiakan dilakukan dengan dua cara iaitu:i. menggunakan baka jantan
ii.melalui permanian beradas
Kebaikan dan kesulitan permanian beradas adalah:

Kebaikan

dapat mengawal penyakit kelamin pada ternakan
penentuan biang dan waktu permanian
kegunaan sepenuhnya baka-baka terpilih
menentukan teknik-teknik semasa menyuntik airmani adalah betul
air mani dari baka yang baik boleh disimpan dan digunakan walaupun baka tersebut telah mati
boleh menyebabkan kerosakan pada alat peranakan jika teknik dilakukan tidak betul atau kasar mengurangkan perbelanjaan yang terpaksa ditanggung dalam pemeliharaan baka-baka jantan


Umur dan Berat Badan Untuk Mula Membiak
mula membiak apabila mencapai umur sembilan bulan
pada umur ini, perkahwinan adalah tidak disyorkan kerana terlalu muda.-tidak akan menghasilkan anak yang baik
1 - 1 1/2 tahun - berat badan adalah 20 - 25 kg

Pengenalan Berahi

Berahi menunjukkan betina sudah matang dan boleh dlikahwinkan.
Tanda-tanda berahi:
tidak tenang (gelisah)
mengibas-ngibaskan ekor dan menggosok-gosok badan ke kandang
mengembek terus menerus
sering kencing
kemaluan membengkak/keluar lendir kemerahan
Lama masa berahi 12 - 48 jam dengan siklus (edaran) berahi 18 - 24 hari, puratanya 20 hari

Jangka Masa BuntingTempoh kebuntingan selama 145 - 155 hari atau puratanya 151 hari. :
Jarak KelahiranJarak kelahiran yang biasa didapati pada kambing-kambing di Malaysia adalah selama di antara 207 - 259 hari. Dengan kadar kelahiran kembar sebanyak 50% adalah dijangka purata anak yang boleh diperolehi dalam setahun ialah 1.3 atau 1.5 ekor untuk seekor ibu.


Pengurusan Ternakan
Bermula dari kelahiran sehingga bunting dan beranak kembali. Pengurusan ternakan dibahagikan kepada
Lahir hingga cerai susu (3 atau 4 bulan)
Cerai susu hingga bunting
Pengurusan Kambing dewasa
Pengurusan kambing bunting hingga lahir
Pengurusan baka jantan
Pengurusan semasa penggemukan untuk dijual
Lahir hingga 3 bulan
Anak kambing diberi susu permulaan (kolostrum) dalam masa 6 jam selepas dilahirkan
Susu kolostrum dikeluarkan oleh ibunya untuk beberapa hari selepas beranak.
Kebiasaanya anak kambing menghisap sendiri, jika gagal hendaklah diperah dan diberikan melalui botol.
Pengambilan susu kolostrum paling penting untuk antibodi bagi melawan penyakit juga mernbantu merangsang sistern cernaan supaya berfungsi dengan sempurna.
Pusat anak-anak kambing disapu dengan 'iodine' supaya cepat kering, juga menghindar dari jangkitan kuman. Jika basah ianya membiak kuman dan anak-anak kambing senang dijangkiti penyakit.
Anak-anak kambing bergantung kepada susu ibu selarna 3 hingga 4 bulan. Selepas 2 bulan atau lebih pengambilan susu akan berkurangan dan anak kambing mula meragut sedikit-sedikit. Selepas 3 atau 4 bulan, anak-anak kambing boleh dicerai susu dan di mana ianya akan memakan rurnput sepenuhnya
Penceraian susu dilakukan secara beransur-ansur, bilamana makanan tambahan, rurnput dan juga susu di peringkat peralihan diberi. Anak dan ibu di kurung dalam kandang, Selepas 4 atau 6 minggu dilepas meragut di kawasan berdekatan supaya pengawasan senang dijalankan.
Kandang ternpat menernpatkan ibu yang beranak dan anak yang baru lahir hendaklah sentiasa kering dan bersih. Ternpat yang lembab boleh membawa kesejukan. Anak-anak kambing adalah peka terhadap kesejukan dan mudah terkena demam paru-paru.
Jika tidak dapat memberi susu awal, satu campuran susu dengan sedikit minyak sayur dan putih boleh digunakan untuk merangsang pergerakan usus.
Anak-anak kambing ini bolehlah diberi susu dari yang lain dengan memerah dan menyusu melalui botol atau terus dari ambing jika ianya mahu. tepung juga boleh dibancuh dan diberikan. lembu yang dicampurkan dengan I - 2 titik minyak ikan setiap kali hendak menyusu. Susu diberi sebanyak 170 gm (lebih kurang I cawan) setiap 4 jam sekali. Jumlah ini bolehlah ditingkat mengikut umur.
Selepas Cerai Susu Hingga DewasaSelepas cerai susu dalam lingkungan 3 - 4 bulan anak-anak dipisahkan dari ibu. Mereka diasingkan kandang dan tempat ragutan yang berlainan. Pemakanan hendaklah dijaga baik kerana berat badan biasanya mudah turun. adalah kerana tekanan (stress) akibat penceraian ibu dan juga susu.
Kumpulan anak-anak jantan eloklah diasing daripada betina, ini adalah kerana apabila meningkat umur 9 bulan anak-anak kambing ini sudah sampai umur untuk membiak. Anak-anak yang tidak sesuai dijadikan baka bolehlah dijual.
Pengurusan Kambing DewasaPenjagaan terhadap kambing-kambing dewasa adalah sama dengan anak dari 4 bulan hingga I tahun
Ibu Bunting dan Selepas KelahiranIbu-ibu yang telah bunting dan baru melahirkan hendaklah diasingkan untuk menjauhkan anak dari terpijak oleh yang dewasa. Ini juga menyenangkan program pengurusan. Ibu-ibu bunting memerlukan pengurusan rapi sebulan atau 2 minggu sebelum dan selepas beranak, makanan yang bermutu diberikan kepada mereka. Ini adalah untuk menentukan kesihatan ibu dan anakanak. Guni yang bersih boleh digunakan untuk mengalas bahagian lantai atau dinding untuk melindungi anak dari kesejukan.
Baka JantanBaka-baka jantan biasanya dikandangkan berasingan daripada yang betina. Mereka dicampurkan hanya bila hendak dibiakkan. Setiap ekor kambing jantan baka biasanya disimpan dalam kandang berasingan supaya pergaduhan dan kecederaan dapat dielakkan.
Setiap ekor jantan bolehlah digunakan untuk 20 ekor betina.

Anak-anak jantan untuk dijadikan baka hendaklah dijaga dengan baik dari segi makanan dan juga kesihatan. Ternakan ini memerlukan banyak senaman dan pergerakan. Jika ini tidak mencukupi ianya boleh menjadi malas dan ticlak cergas. Ternakan berkenaan hendaklah mempunyai kaki yang baik dan juga kuku hendaklah sentiasa dipotong supaya ianya tidak terlalu panjang dan tidak mengganggu semasa mengawan dan menjejaskan kesihatan.
Anak-anak jantan boleh mengawan dan membiak dalam lingkungan umur 9 bulan, tetapi dinasihatkan tidak digunakan sebelum umur setahun.
Pengurusan Penggemukan
Jika kambing-kambing dipelihara hanya untuk digemukkan dan dijual untuk daging, penjagaan kambing-kambing ini adalah mudah. Faktor penting di dalam pemeliharaan cara begini adalah makanan. Makanan diberi mestilah yang mempunyai zat yang tinggi dan baik.
Anak-anak kambing boleh digunakan untuk penggemukan apabila umur telah meningkat enam bulan. la mernerlukan masa di antara enam bulan hingga setahun di mana berat badan mencapai 20 - 25 kg. Ini. bergantung kepada jenis makanan dan keupayaan kenaikan berat badan kambing tersebut. Dalam masa satu atau dua bulan sebelum dijual, adalah lebih baik, jika diberikan makanan berkualiti dan mempunyai nilaian protein yang tinggi.
Pengurusan Kambing Sakit/CederaKambing yang sakit atau cedera perlu diasingkan dari. kumpulannya dan diberi rawatan segera.hubungi Pejabat Perkhidmatan Haiwan untuk mendapatkan rawatan atau nasihat selanjutnya,


PENGURUSAN AM

Merupakan satu aspek yang perlu diutamakan juga, ia meliputi pengurusan:
Jenis Pengurusan
Keterangan

Kawasan
Kebersihan kawasan kandang dan persekitaran perlu diutamakan. Perparitan di sekeliling kandang dan kawasan mesti berfungsi dengan sempurna. Najis dibuang jauh dari kandang.

Kawasan pastura untuk ragutan atau potong perlu dipagar, memudahkan pengurusan meragut dan mengelakkan percampuran yang menyebabkan perkahwinan tidak diingini.

Buruh
Kerja-kerja mesti teratur dan mudah, sementara menunggu kambing dilepaskan meragut, bersihkan dahulu palung makanan dan memotong rumput. Apabila kambing dilepaskan kandang pula dibersihkan.

Jadual Pengurusan
Penyelarasan bagi kerja-kerja jangkamasa panjang dan tugas harian perlu diatur dari semasa ke semasa. Jadual pengurusan untuk jangka masa panjang seperti mengkacuk, beranak, mematikan tanduk, mengkasi, memotong kuku, kawalan kutu dan pemberian ubat cacing perlu diatur dengan sistematik. Jadual lain seperti jangkamasa meragut di sesuatu petak, membaja, meracun rumpai mestilah diatur agar pembahagian jentera, buruh dan alat-alat lain dapat dibuat dengan tertib.

Pengenalan Ternakan
Rekod ternakan perlu disediakan apabila seekor anak dilahirkan. Pengenalan- memasang tag plastik ataupun ditattoo di telinganya.

Pengasian
Pengasian anak kambing jantan yang tidak dijadikan baka dilakukan pada umur 4-5 minggu- mempercepatkan kadar tumbesaran, paling sesuai jika digemukkan untuk penjualan, juga dapat mempertinggikan kecekapan pengurusan pembiakbaik.
Mematikan Tanduk
Dilakukan di peringkat anak untuk mengurangkan kecederaan antara sesamanya, disebabkan perkelahian atau kemalangan. Tanduk yang telah tumbuh, ianya perlu dipotong.
Memotong Kuku
Kambing yang dikurung jangkamasa yang panjang menyebabkan kukunya menjadi panjang, menyusahkan ia berjalan dan menyebabkan jangkitan penyakit .
Menggunting Bulu
Kambing kacukan mempunyai bulu yang agak panjang dan perlu dibersihkan. Bulu yang kotor menjadi sumber penyakit dan tempat pembiakkan kutu. Bulu di sekitar ambing digunting untuk memudahkan pemerahan dan mengelakkan bulu bercampur dengan susu.
Kawalan Kutu
Sembur ubat kutu atau dimandikan di dalam kolam mandi kutu, bagi membunuh kutu pada badan kambing.

Sistem Berkurung (intensif)
memerlukan perumahan yang sempurna, kerana kambing tidak dilepaskan meragut
Makanan dan minuman diberi setiap hari - konsentrat, rumput dan garam jilat.
Kebiasaannya diamalkan oleh penternak-penternak yang tidak mempunyai kawasan ragut atau untuk ibu-ibu kambing yang akan beranak dan selepas beranak dan juga bagi kambing jantan baka
kemungkinan jangkitan penyakit adalah tinggi
kandang hendaklah sentiasa bersih dan kering. Selain daripada itu, kambing senang diawasi untuk tujuan rawatan dan pengesanan penyakit.


Sumber: Website Jabatan Perkhidmatan Haiwan

Tiada ulasan: