salam kawan2,
Sekarang satu benda baru menarik minat saya..Buluh madu..mari kita tengok die punya viabilitinya..
Kenapa buluh madu?
1.Senang hidup.
2.Mengeluarkan hasil dalam 8 bulan.
3.Cantik untuk lanskap.
4.Boleh menyumbang dalam penghasilan baja organik.
5.3 hasil utama,baja,rebung dan lanskap.
cara menanam buluh madu
1.Anak pokok yang bertunas dari rebung yang sudah diambil
2.keratan batang berakar.
3.Kultur tisu
kesesuaian tanah
1.tanah berpasir
2.Tanah kering atau lembap
3.tanah yang ditambak.
hasil
1.Rebung RM3/kg,RM2/sebungkus yang siap diproses
2.Anak pokok RM10/pokok
3.baja organik RM?/liter.
tempoh pengeluaran
sepanjang musim hujan,jika musim kemarau perlu disiram untuk mendapatkan rebung.
pengeluaran sepanjang tahun.
jarak tanaman
3 kaki x 3 kaki (maksimum)
Pendidikan,Pertanian seiring...
Isnin, 10 Mei 2010
Buluh Madu
tulis pakai keyboard PC cavcite di 4:54 PTG 0 ulasan
Label: buluh madu, penanaman, rebung
Isnin, 19 April 2010
Hangat hati!
Salam,
Hari ni aku rasa hangat hati..kate orang kedah..taktau la betul ke tak..haha...sebabnya nape?aku nak semak kertas exam yang menimbun hari ni.tapi ada benda yang menganggu tugas aku.apa dia?ni cerita dia.
Aku dah sertakan kertas borang OMR tuh,ala yang hitamkan ABC tuh,bersama-sama dengan kertas soalan. Faedahnya untuk memudahkan aku menyemak jawapan nanti.yelah,40 soalan beb..banyak tu..budak ada 30 lebih.40x30..tak ke 1200 jawapan aku nak semak nanti?mau juling kalau satu-satu.Tapi adalah satu makhluk Allah ni dia pi pandai-pandai suruh budak isi dalam kertas soalan je,suruh bulatkan jawapan.suruh abaikan borang OMR tuh..takke senak perut namanya tu?sape nak semak kertas soalan tu satu satu?dia ke aku?
Ni la namanya menyusahkan orang.Aku bukannya tak letak borang OMR tu.Bukan nak suruh dia cari sendiri.aku dah bagi bersama kertas soalan.Dah bagi.Tapi dia pandai2 suruh budak isi dalam kertas soalan tu kenapa?dari aku tengah semangat semak jawapan budak,tiba-tiba jadi ilang semangat.kerja bodoh la namanya ni.bukan aku malas nak semak.tapi kerja kena wat secara bijak la.sebab kerja bertimbun.banyak lagi tak siap.aku guru kelas,nak kena susun markah budak lagi,nak siapkan repot disiplin gi JPN lagi.ni nak semak kertas soalan matapelajaran sendiri pun tak siap disebabkan ada makhluk semacam ini.Menyusahkan orang!ya Allah..moga2 permohonanku bertukar menjadi kenyataan..jauhkanlah aku dari sifat benci dan amarah..
tulis pakai keyboard PC cavcite di 10:19 PG 0 ulasan
Label: pendidikan
Ahad, 18 April 2010
Guru : antara realiti dan fantasi
salam,
ramai orang kata kerjaya cikgu senang..balik kul 2..duk umah lepak2..keje setengah hari,gaji sama je cam pegawai kerajaan lain.Disebabkan ini ramai yang nak jadi cikgu atau jadikan cikgu pilihan selamat semasa memohon UPU.sekarang mai aku habaq kat hangpa..mana satu realiti mana satu fantasi..
Fantasi 1: Kerja cikgu setengah hari,pukul 2 bunyi loceng dah boleh balik.
Realiti : Zaman dulu boleh beb,sekarang rata-rata cikgu balik pukul 5-6 petang..bayangkan start kerja pukul 7.30 pagi,habis pukul 6 petang!Nak jadi cikgu lagi?
Fantasi 2 : Cikgu cuti sekolah banyak!lebih 30 hari!
Realiti : Cikgu memang ada cuti sekolah banyak,tetapi cikgu-cikgu bercuti atas budi bicara pengetua/guru besar. Kalau diperlukan di sekolah. Guru-guru wajib hadir! bayangkan korang duk kampung tetiba pengetua suruh hadir!tak ke haru?Guru-guru hanya ada cuti rehat khas yang boleh dimohon selama 7 hari berbanding cuti rehat bagi pegawai kerajaan lain sebanyak 30 hari. Maknanya selain cuti sekolah,cikgu-cikgu hanya boleh bercuti sehari dalam 2 bulan. amacam?ada goyah sket nak jadi cikgu?
Fantasi 3 : Cikgu hanya mengajar sahaja,takde kerja lain dah!
Realiti : Ni la khayalan atau impian paling indah..sebenarnya cikgu kena jaga disiplin budak,isi maklumat budak,buat rancangan program,jadi juruacara,jadi tester makanan kantin,jadi tukang repair alat sekolah rosak,jadi tukang buat surat,pendek kata jadi apa-apa sahaja yang boleh jadi!
tu baru yang boleh jadi,yang kena buat?kena buat headcount,kena hantar maklumat kat ppd,kena keep in markah budak,kena keep in maklumat buku perpustakaan,kena isi maklumat disiplin,kena tanda kedatangan,kena kutip yuran,kena kutip duit buku kerja dan macam2 lagi...amacam,nak jadi cikgu lagi sekarang??nak?
korang ada lagi fantasi atau mitos tentang kerjaya guru?komen kat sini..nanti aku bagitahu realiti die...hehhe
tulis pakai keyboard PC cavcite di 8:24 PTG 2 ulasan
Label: pendidikan
Jumaat, 9 April 2010
Blogspot menyebarkan idea kristianisasi!
ni la aku dapat bile aku melayari sebuah blog untuk pengakap pendang..selama ni dapat..tetibe sekarang jadi blog bible..
apa patut kita buat??boikot blogger??memang dayus la blogspot buat camni...
tulis pakai keyboard PC cavcite di 10:03 PTG 0 ulasan
Label: Blog, kristianisasi
Sabtu, 20 Mac 2010
Boer lelong!
http://www.mudah.my/Baka-Kambing-Boer-5589053.htm
untuk mereka yang ingin memulakan penternakan atau menambah koleksi baka boer mereka.pastikan dulu baka yang hendak dijual. Kalau dah pro sekali tengok dah tau mana boer yang mempunyai kuat ciri-ciri boernya. Juga lihat tahap kesihatan kambing yang hendak dijual, jangan tengok harga sahaja ye!!
Selasa, 16 Mac 2010
Ternak itik kampung la pulak!
Salam,
lama dah buat post baru..sekarang saya nak bercerita pasal itik pulak..
Sebab apa pasal itik?sebab itik adalah antara binatang ternakan yang saya pernah bela kat umah..sekarang pun ada lagi 4-5 ekor kat rumah.Pengubat rindu la katakan.
Kalau kat internet banyak korang search korang akan dapat pasal itik muscovy atau itik kaki campbell..tapi entri kali ni saya bawakan anda itik kampung..err..ada beza ke?tentu ada kawan2 yang tertanya-tanya.jawapannya MEMANG ADA.
Itik kampung
itik femes (muscovy dan khaki campbell)
itik kampung
Ha ni la kalau korang nak kenal tuan dia si itik kampung.Itik kampung ni yang jantan dia kepala hijau berkilat.Yang betina pulak kaler coklat je.Itik ni berbeza dari itik muscovy dan kaki campbell kerana warna badan dia berbeza dan dikatakan itik ni lagi tahan lasak berbanding itik2 komersil lain..
TAHAN LASAK?tahan lasak pekebenda dah namanya itik Che DIn oii?haa..itik ni kalau sesiapa pernah bela dia ada satu penyakit pelik..patah pinggang..bila patah pinggang dia tak dapat berjalan dan kemudiannya akan mati akibat dipijak atau tak dapat makan.Itik kampung ni dikatakan payah nak dapat atau lebih kurang peratusan dia nak dapat penyakit patah pinggang ni(walaupun itik-itik kampung saya pernah kena) berbanding dengan itik-itik dari baka lain.
Pemakanan.
Dari segi pemakanan pulak dikatakan itik kampung ni makan semua benda dari dedak itik sampailah sisa makanan.Nak tahu satu rahsia?ada penternak itik yang bagi itik dorang makan kulit siput atau cenkerang untuk bagi itik dorang bertelur banyak.Sebab apa?kulit siput kan banyak kalsium..sama la juga kulit telur itik..tapi nak kompemkan bertelur korang kena la bagi dedak telur...tapi pastikan itik yang kamu suruh bertelur itu itik betina..kalau itik jantan HARAMlah jawabnya..dan itik2 tersebut juga perlu ada pasangan dia,kalau tak mana nak dapat anak ye tak?tapi nisbah dia buh seekor atau dua jantan untuk 5-10 ekor betina pun takpe..sudah selamat..tapi pastikanla jantan tu nak mengawan..PON-PON tak maen ye..jangan marah ye 'Kakak-kakak'.ambo gura jah.
Rumah itik
rumah itik paling mudah..gunakan pukat aje pun dah memadai..keliling kawasan korang nak bela tu buh pukat.komfem tak lari dah..itik mana boleh terbang baii..tapi pastikan korang letak pukat betul-betul sebab tanah tempat itik ini dikurung akan jadi padang jarak padang terkukur kerana itik itik ini akan menyudu semua yang ada dalam kawasan mereka.
Kalau boleh adakan kawasan beratap untuk mereka berlindung semasa hujan.Mereka hidupan baii..tahu jugak sejuk panas..Kasihanilah makhluk Allah ini.
Telur itik
haa dalam bela itik inilah yang kebanyakan para penternak itik mahukan.ye tak?itik2 kat rumah saya bertelur dalam masa 3-5 bulan bergantung kepada pemakanan mereka dan tahap 'stress' mereka.Wuii itik pun stress ka Che Din?MESTIlah mereka ada tahap stress mereka sendiri.Itik-itik ni pantang sekali dikejar.kat rumah saya anak-anak sedara dan cik 'Biawak' ni suka mengejar mereka.kalau dikejar,kompem esoknya itik tersebut takkan bertelur.
itik itik ini kebanyakkannya hanya bertelur sebiji sehari untuk seekor itik.Ini khas untuk itik kampung ye.Bagi itik muscovy dan itik khaki campbell saya tak tahu.mungkin lebih.dah nama pun itik penelur kan.itik kampung ni diternak untuk daging dan telur.2 dalam 1.jadi kalau korang ada 50 ekor itik betina,korang akan dapat tidak lebih dari 50 biji telur sehari.yela kalau mesti ada itik 'period' ke,stress takle tido ngan suami ke,jadi estimate dalam 50 biji max sehari.
50 biji sehari.SIKITnya che din??50 biji sehari korang cakap sikit?cuba korang pikir korang makan sehari bape banyak biji telur?dalam bekas tlur omega 3 yang jual kat pasaraya tu ada berapa biji telur?korang boleh habiskan 50 biji telur sehari?acu cube try test gak...
harga.
Banyak orang akan bertanya soalan cepumas ini.telur itik korang nak stabil kena cari pembuat telur masin.dia akn ambil harga ladang (siap tolong kutip kat tanah lagi dol,siap cuci sendiri lagi)pada harga kurang dari RM1 sebiji.Tapi bergantung.Kalau korang boleh proses sendiri,buat telur masin sendiri,harganya akan lebih mahal dari itu.Nak tahu harga sebenar?cuba cari dekat pasar dekat dengan rumah korang,ada tak makcik jual telur itik,berapa harga dia?kompem lebih RM1.
adeh..banyak pulak arini..perut lak meragam ne..ada masa aku sambung semula k..tata.
tulis pakai keyboard PC cavcite di 2:28 PTG 2 ulasan
Label: itik kampung, pertanian
Ahad, 21 Februari 2010
Cacingku Masih Hidup!
Salam,
Setelah sekian lama menyepi dalam bidang pertanian,saya berpeluang pulang ke kampung semasa CNY baru-baru ini.Lama dah tak tengok kandang kambing di belakang rumah.Pergilah menjenguk.Tengok sisa najis kambing di bawah kandang yang digunakan terasa sayang pulak.Kalau cacing ada mesti dah jadi kompos dah tinja kambing ni.
Setelah itu saya tinjau-tinjau pulak kandang kambing yang tidak digunakan,lihat di tanah ada kelainan.Tanahnya begitu halus berwarna kehitaman.bentuk kutil tanah seperti pernah dilihat.Tahi Cacing!ada lagi ke?
Lantas saya menggali tanah tersebut dan ternyatalah prasangka saya betul.ada banyak induk cacing sedang memproses tinja kambing yang ada secara semulajadi!tanpa pengawasan!tanpa pemberian makanan yang rutin!hanya tinja kambing sedia ada dan spesies cacing tersebut saya yakin dan pasti adalah African Night Crawler yang saya beli semasa zaman kegilaan cacing dahulu..ada anak dan telur yang saya campakkan ke bawah kandang kambing ini kerana saya akan pergi bekerja di Kedah..Alhamdulillah..hasilnya sudah nampak.Betul la orang kate cacing ni jenis penternakan 'Feed and neglect'...
tulis pakai keyboard PC cavcite di 7:02 PTG 0 ulasan
Label: african night crawler, cacing, pertanian
Sampai bila harus begini??
Salam,
Sekarang sudah masuk 21 Februari 2010.Sudah lebih 1 tahun saya berkhidmat di perkhidmatan awam sebagai seorang pengajar.Bersemangat untuk bekerja.Tapi sedih dengan karenah birokrasi pegawai kerajaan yang lain yang bekerja tapi menyusahkan orang lain.
Sudah hampir sebulan lebih surat pelantikan ke tetap sudah dihantar ke bahagian yang menguruskannya..tetapi sampai sekarang gaji masih di takuk lama dan elaun perumahan masih lagi tidak disertakan.sampai bila hendak dimasukkan?sampai bila tunggakan hendak dibayar?kena tunggu 3 bulan lagi?kenapa begitu lama masa yang diambil?masih ada dendamkah pegawai terbabit dengan saya selepas laporan ke BPA tempohari?tidak sedarkah beliau bahawa saya boleh membuat satu lagi laporan berkenaan hal ini dan saya tidak teragak-agak melaporkan ugutan seorang staf yang tidak profesional itu tidak lama dahulu?nombor handphonenya masih saya simpan.ICnya pun saya ada.Mahu dibahawa ke atas?Saya sanggup dan rela melakukannya.
Baru-baru ini seorang staf di jabatan saya telah membuat aduan kepada BPA terhadap jabatan yang sama.Yang peliknya ada pegawai yang tidak terlibat pun sibuk-sibuk memaki hamun jabatan kami.konon-kononnya mereka tidak tahu apa-apa..DAYUS sungguh taktik yang digunakan.Kenapa masih tidak dibayar gaji selepas 3 tahun bekerja?nak makan apa?
Kepada pegawai atau staf yang bekerja dengan kerajaan tetapi tidak proaktif atau produktif..andalah sebenarnya yang memburukkan kerajaan,yang menjadikan kerajaan buruk di mata rakyat.Kerana perkhidmatan yang tidak berkualiti,rakyat sudah bosan diperlakukan sedemikian rupa.Janganlah tukar kerajaan kerana belum tentu ia menjamin kelansungan hidup kita,tetapi tukar dan ubahlah staf atau perkhidmatan yang tidak berkualiti ini.Syabas kepada BPA kerana andalah satu-satunya jabatan kerajaan yang produktif dan berkesan pernah saya hadapi.
Khamis, 11 Februari 2010
CNY : Malaysia Unity
Hello fellas and Salam to my muslim friends...
Chinese new year is now near the corner..this year is the year of tiger.Happy chinese new year to all of my chinese friends..any of your friends is chinese?I got a lot of chinese friends that become my friends in school,university and in my working days..
After having a lots of chinese friends,Im confuse some people said we cannot unite in one Malaysia.In internet forums,newspapaer and some story that is really-really make me worried and confuse because i have my chinese friends,from johore,penang and some from east Malaysia.If we can't unite,how come i become friends with them?
Unity is about choice.You want it or not.If there is a reason why we can't unite is one thing,WE DON'T WANT IT.The lame excuse is about the Law,Ketuanan,Bumis things,Non bumis things and etc.ITS JUST AND EXCUSE!Its only come from people that want the power to rules..they sold themselve just to make sure they have the power.ITS PATHETIC!
When i in university,I live with chinese together as my housemate.My neighbour is also coursemate.They are multiracial neighbour,indians,ibans,chinese and nyonyas..heheh..They are really good friends that i cannot forget till now.They help when we in problems,we laugh together,we cook together,we rides together,we eat together.We all respect each other very much.Why other Malaysians can't??
After working in kedah i sometimes hanging out with my car club in Penang.ITs kenari and kelisa club.The same experince I had.They are really good friends and they can live together without any problems.But why there are some story that Malaysian cannot unite?Why?
For all my chinese and other races friends,we are friends forever.Happy New Year and i Miss u all..Special wishes to Ngan cheng yip,Hema,Doreen,Cc,Sze yong,Chen lin,Sam,Yap,ivan,kew,ravi,wee,jon,JC Kong and many more i forget to stated here.WE ARE TRULY MALAYSIANS and nothing can Broke us down!
tulis pakai keyboard PC cavcite di 7:53 PTG 4 ulasan
Label: Chinese new year., malaysia
Selasa, 9 Februari 2010
Agriculture blog become dull
Hello fellas and assalamualaikum,
Only now I got a moment to post in this blog.Busy with school work like class teacher,dicipline teacher,scout and warden.I become an insane this week.
After long time didn't visit friends b;log that base on agriculture,i was amazed cause most of them didn't update anymore.Started from june 2009 and some of them even longer.Why?their bussiness no longer exist?or they are too busy to update their blog?
Im so bored now.sad because of this kind of situation.Im one of the inspired people when reading their blog either they realize it or not.Im amazed with the spirit that they have shown.The way that they use.The picture that they take and upload.All of this make me burning with spirit to try on my own.But all this inspiration now are gone.Take a try and click the agriculture link in my blog..nothing new on their blog.All of the rumours i heard before is coming true.Agriculture madness is only 'hangat-hangat tahi ayam' But im hoping its NOT.only the blog dead,not the spirit of the modern farmers and the entrepreneur..AMIN
tulis pakai keyboard PC cavcite di 7:41 PTG 2 ulasan
Label: agriculture
Isnin, 1 Februari 2010
POS Malaysia yang MERAPU
Gambar hiasan semata2
Salam n slamat sejahtera kepada bloggers sekalian,
Hari ini genap 2 bulan 3 hari aku berkahwin dan baru rajin menghidupkan kembali blog ini..KAhwin itu menyempurnakan iman..hehe.
hari ini aku pergi ke pejabat pos untuk pos barang yang dibeli oleh Paan dari LYN.lama dah tertangguh..sian plak kat die..ni pulak cd xde..aku bukan nak cerita pasala paan tapi nak cerita pasal kakitangna pos yang merapu neh..
Mula-mula pukul 4 aku berkejar ke pejabat pos guar chempedak sebab dekat..tapi setengah jam jugak la..sampai je aku mintak la borang poslaju.mamat kerani pos tuh cakap datang esok ye poslaju dah tutup..huh?takpe lagi aku paham la perkhidmatan poslaju kat kawasan aku ni takat pukul 3 je..nak pukul 5 kene gi alor setar terus..tapi yang membuatkan aku lagi bengang bila die cakap akaun dah tutup..Aloo brader,mak sedara gua ketua pos kota bharu la..akaun bodo mana tutup pukul 4.30?nak tutup tak payah keja la..tapi aku cakap dalam ati la..lagipun dulu aku penah poslaju barang kat pos gurun,okey aje walaupun die ckp barang tu akan gerak esok..aku no hal..keje beb..nak datang pejabat pos bukan senang...takde keje nak jerit kat pejabat pos neh..kat skola dah banyak aku jerit..hu
nak tak nak aku stat kete blah gi pejabat pos gurun..dorang dengan senang ati terang cakap kat aku boleh terima tapi barang gerak esok la..aku no hal..lega ati aku..aku tahu pos Malaysia punya staf tertekan sekarang..keje banyak gaji takat tu je..aku paham.tapi jangan sebab tekanan diri sendiri nyusahkan orang lain siap sanggup tipu tuh..cukup benci orang tipu orang ne..haish..akhir kata syabas buat Pos Gurun dan terima kasih kepada Pos guar chempedak kerana ketulusan hati mamat sehat tuh...chow..