Pendidikan,Pertanian seiring...

Ahad, 21 Februari 2010

Sampai bila harus begini??

Salam,

Sekarang sudah masuk 21 Februari 2010.Sudah lebih 1 tahun saya berkhidmat di perkhidmatan awam sebagai seorang pengajar.Bersemangat untuk bekerja.Tapi sedih dengan karenah birokrasi pegawai kerajaan yang lain yang bekerja tapi menyusahkan orang lain.

Sudah hampir sebulan lebih surat pelantikan ke tetap sudah dihantar ke bahagian yang menguruskannya..tetapi sampai sekarang gaji masih di takuk lama dan elaun perumahan masih lagi tidak disertakan.sampai bila hendak dimasukkan?sampai bila tunggakan hendak dibayar?kena tunggu 3 bulan lagi?kenapa begitu lama masa yang diambil?masih ada dendamkah pegawai terbabit dengan saya selepas laporan ke BPA tempohari?tidak sedarkah beliau bahawa saya boleh membuat satu lagi laporan berkenaan hal ini dan saya tidak teragak-agak melaporkan ugutan seorang staf yang tidak profesional itu tidak lama dahulu?nombor handphonenya masih saya simpan.ICnya pun saya ada.Mahu dibahawa ke atas?Saya sanggup dan rela melakukannya.

Baru-baru ini seorang staf di jabatan saya telah membuat aduan kepada BPA terhadap jabatan yang sama.Yang peliknya ada pegawai yang tidak terlibat pun sibuk-sibuk memaki hamun jabatan kami.konon-kononnya mereka tidak tahu apa-apa..DAYUS sungguh taktik yang digunakan.Kenapa masih tidak dibayar gaji selepas 3 tahun bekerja?nak makan apa?

Kepada pegawai atau staf yang bekerja dengan kerajaan tetapi tidak proaktif atau produktif..andalah sebenarnya yang memburukkan kerajaan,yang menjadikan kerajaan buruk di mata rakyat.Kerana perkhidmatan yang tidak berkualiti,rakyat sudah bosan diperlakukan sedemikian rupa.Janganlah tukar kerajaan kerana belum tentu ia menjamin kelansungan hidup kita,tetapi tukar dan ubahlah staf atau perkhidmatan yang tidak berkualiti ini.Syabas kepada BPA kerana andalah satu-satunya jabatan kerajaan yang produktif dan berkesan pernah saya hadapi.

Tiada ulasan: