Pendidikan,Pertanian seiring...

Khamis, 21 Jun 2007

Pembenihan Ikan Keli Afrika (Clarias gariepinus)

Bahan-bahan
i. Induk yang telah matang
ii. Hormon peransang (Ovatide dan Ovaprim)
iii. Tangki Induk
iv. Tangki pengeraman
v. Pengudaraan
vi. Substrat pelekatan telur
vii. Bulu ayam
viii. Mangkuk bersih
ix. Air suling
x. Kain kasa
xi. Kanular


Kaedah persenyawaan kering

Kaedah persenyawaan kering ini digunakan untuk menyelaraskan masa peneluran dan penetasan yang dapat memudahkankan kerja pengurusan larva dilakukan.Kelemahan teknik ini adalah harga hormon yang mahal akibat daripada penggunaan dos hormon yang tinggi. Induk jantan juga terpaksa dibunuh dalam proses untuk mendapatkan testisnya. Sebagai penyelesaian, penggunaan hormon peransang Ovatide digunakan kerana harga yang lebih murah dan penggunaan dos yang lebih rendah.
3.1.2.1 Penyediaan dan cara kerja

Induk-induk yang matang dipilih di waktu petang daripada tangki induk. Induk akan ditmbang dan diberi dos hormon secukupnya.(Ovaprim: 0.25mg/kg bagi induk jantan,0.5mg/kg bagi induk betina. Ovatide: 0.1mg/kg bagi induk jantan, 0.2mg/kg bagi induk betina) pada pukul 9.00 malam. Selepas 12 jam, induk betina akan dilirit telurnya ke dalam mangkuk yang telah disediakan. Telur yang matang ialah telur yang mempunyai warna coklat kehijauan dan saiz serta bentuk yang sekata. Induk jantan akan dibedah dan dikeluarkan testisnya. Testis yang baik mempunyai saiz yang besar serta berwarna putih. Testis akan dipotong halus dan air mani akan dibiarkan bercampur dengan telur. Testis akan dipotong di atas kain kasa dan selepas selesai dipotong kain kasa akan diperah dan air suling digunakan untuk mencuci sisa air mani supaya mengalir ke dalam telur ikan dan tiada pembaziran berlaku.
Telur akan digaul bersama dengan menggunakan bulu ayam yang telah dicuci mengikut satu arah pusingan supaya ia sekata dan tidak rosak. Telur-telur akan ditabur ke dalam tangki pengeraman yang mempunyai substrat pelekatan telur atau tidak dengan menggunakan bulu ayam. Telur-telur akan diberi pengudaraan dan dibiarkan selama 24 jam. Selepas menetas, telur yang tidak menetas akan dialihkan dan air akan ditukar sebanyak 50% untuk mengekalkan kualiti air dan mengelakkan pembiakan penyakit. Larva akan diberi makan moina 3 hari selepas menetas dan Daphnia selepas 2 minggu.



Kaedah persenyawaan secara semulajadi
Dalam kaedah ini,masa peneluran cuma dapat dijangka dan tidak dapat dipastikan. Jika suhu air kurang dari 280C, induk akan bertelur selepas 12 jam. Jika suhu air melebihi 280C, Induk akan bertelur selepas 10 jam. Dalam kaedah ini induk jantan tidak akan dibunuh dan hormon peransang Ovatide disyorkan digunakan kerana keberkesanannya dan penggunaan dos yang rendah berbanding Ovaprim.

Penyediaan dan cara kerja

Induk yang matang akan dipilih pada waktu petang. Induk akan ditimbang dan disuntik dengan hormon secukupnya.(Ovatide: 0.1mg/kg bagi induk jantan,0.2mg/kg bagi induk betina.) pada pukul 9 malam. Induk akan dibiarkan selama 12 jam maksimum untuk menghasilkan telur. Telur yang telah disenyawa akan dikeluarkan dan diletakkan dalam tangki pengeraman yang tidak mempunyai substrat pelekatan telur kerana keadaan telur yang telah sedia melekit dan melekat antara satu sama lain. Selepas 24 jam telur-telur akan menetas jika tiada gangguan persekitaran terutamanya suhu dan pH. Larva akan diberi makan Moina 3 hari selepas menetas dan Daphnia selepas 2 minggu.





Perbincangan

Penggunaan Ovatide dapat menjimatkan kos sebanyak 50% berbanding ovaprim kerana dos yang digunakan adalah separuh dari dos Ovaprim. Harga kedua-dua bahan ini adalah hampir sama dan langkah ini dapat mengurangkan kos hormon. Hormon disuntik di waktu malam untuk mengurangkan stress kepada induk. Induk betina yang matang mempunyai abdomen yang besar dan lembut. Genital papilae mestilah panjang dan berwarna kemerah-merahan.

Kesimpulan

Kebanyakan pembenihan ini gagal kerana masalah tangki penetasan yang terdedah kepada pengaruh cuaca. Jika hujan,kebanyakan pembenihan akan gagal dan tidak menetas. Kekurangan teknik yang betul juga menyukarkan pembenihan pada pertama kali, tetapi ia telah dapat diatasi untuk pembenihan yang berikutnya. Induk yang benar-benar matang akan menghasilkan benih yang berkualiti dan tahan lasak.


KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAB DI ATAS KERUGIAN YANG DIALAMI AKIBAT PENGGUNAAN MAKLUMAT DARI LAMAN INI

3 ulasan:

Luke H. berkata...

aku naktambah info leh??

selain untuk mengurangkan stress ikan, suntikan juga dilakukan pada waktu malam bagi memudah kan urusan persenyawaan kerana induk yang telah disuntik perlu dibiarkan sekurang-kurangnya 12 jam sebelum proses stripping boleh dilakukan. selain itu penternak juga perlu selalu memeriksa keaddan induk terutam 8 jam selepas disuntik kerana kadang-kala induk betina akan melepaskan telurnya lebih awal (kurang dari 12 jam) dimana ini akan merugikan penternak.

bagi menjimatkan kos juga, terdapat beberapa ladang ternakan keli yang hanya menyuntik hormon pada induk betina sahaja menggunakan dosage sebagaimana artikel di atas.

AmirFX berkata...

substrat pelekatan telur atau tidak dengan menggunakan bulu ayam<<-- boleh terangkan lagi tak apa maksudnya?

KELI OH KELI berkata...

HARGA TERMURAH DI PASARAN!!!!
RM 45/BOTOL
STOK TERHAD
HUBUNGI : 0174548714 (AZAM)