hihihi...3 hari lepas aku letak arr 3 ekor ikan sepat biru kt dalam akuarium tebiar kt luar umah tuh(kesan tinggalan NRIC) atas mesin basuh yg juga kt luar umah...hihih..taruk keladi pe erkk.emm..jap nak ingat..ermmm adik beradik kepada keladi bunting tuh arr...ha,kiambang.kiambang ni akan bertindak sebagai medium kepada pembiakan ikan sepa nih..kalau korang nak tahu ikan sepat bertelur di permukaan iaitu 'bubble nester'..jadi dengan adanya daun keladi ni die akan berasa lebih selamat untuk buat buih...buih ni akan jadi medium tempat dia letak telur arr..maaflah gambar dieorang tengah ehem...ehem aku tak dapat amik..tau-tau dah ader anak...jadi kalo korang nak tahu jantan betina ikan neh tengok pada sirip dorsal dier..iaitu sirip kat atas belakang dia,kalau jantan sirip dia runcing,kalau betina dia tidak tajam..bentuk bujur jer..ermm..aku tengak ciri ni hampir boleh diguna pakai untuk semua jenis ikan sepat..tapi sesetengah jer ekk..tak semua..kalo nak pilih jantan elok saiz dia dalam 4 inci,sama jugak dengan betina,tapi betina korang kene pilih yang perut buncit...of course la kan..hihih..pastikan sisik ikan yang korang pilih nie bersinar dan sirip dieorang tegang..xmonyok...pendek kata aktif arr..lagi satu tips taruk daun ketapang untuk wat air tuh jadi berasid(sesuai untuk pembiakan).kalau ikan gourami ni korang tak perlu pengudaraan..slow jer cukup..untuk pembiakan pun sama..tak pakai pun takpe..untuk pemakanan plak,kalau untuk jadi pembiak yang berjaya,korang bagi arr ikan korang makan makanan hidup contohnya jentik2,moina,daphnia...cacing darah(bloodworm) beku pun boleh...nie kalau untuk yang nak jaga elok2 arr.kalau aku taruk kiambang jerr,pastu biar jer ikan tuh hidup sendiri..anak2 yang terhasil tuh seeloknya diberi makan rotifer, atau air hijau...tapi berdasarkan pengalaman kawan2 aku (hema,darul) kadar survival ikan sepat biru nie rendah..banyak yang mati mase kecik..tapi xpe ikan nie cepat bertelur lagi selepas tu...oklah aku rasa cukup dah info kali nie...jumpa lagi di lain hari..nanti aku ajar camner nak biak ikan laga plak...saper nak tau angkat tangan..cepat!!fuyoo..ramainyer nak tau...heheh..maner aku nampak tangan korang ye x ye...
Pendidikan,Pertanian seiring...
Selasa, 31 Julai 2007
Ikan sepat Biru ku bertelur di atas mesin basuh...
tulis pakai keyboard PC cavcite di 12:37 PG 3 ulasan
Label: ikan hiasan
Isnin, 30 Julai 2007
Kelantan lancar pusat jualan ternakan
PASIR MAS, 27 Julai – Selepas berjaya melancarkan program penternakan kambing secara komersial jenis baka Jamnapari dan Boer, kini kerajaan negeri mewujudkan pula pusat jualan ternakan negeri.
Pusat jualan tersebut terletak di kawasan tanah rezab haiwan di Kampung Repek dekat sini, diurus syarikat PK Ecoresort Sdn Bhd dengan pemantauan dan khidmat nasihat Jabatan Perkhidmatan Haiwan serta Fama.
Perasmian pusat itu dilakukan Pengerusi Pertanian dan Industri Desa, Dr Nik Mazian Nik Mohamed semalam. Pada sebelah malamnya diadakan solat hajat di tapak pusat jualan tersebut.
Dr Nik Mazian berkata, dengan adanya pusat jualan ternakan, kerja-kerja pemasaran akan menjadi lebih mudah memandangkan ia akan menjadi pusat tumpuan utama pembeli kambing jenis baka baik.
Oleh itu beliau berharap penternak dan pengusaha yang ingin memasarkan kambing disaran memanfaatkan pusat tersebut.
“Sebelum ini kerajaan negeri memperkenalkan program Jihad Ternak yang mana pusat penternakannya terletak di Rong Chenok dekat sini, bertujuan untuk mengembangkan baka kambing.
“Dan pusat jualan pula diwujudkan sebagai salah satu tempat untuk peserta yang terbabit dengan program Jihad Ternak mendapat baka kambing yang terbaik,” ujarnya.
Menurutnya pada masa akan datang Kelantan dijangka mampu mengeluarkan baka kambing jenis tempatan yang mungkin dikenali sebagai ‘kambing Kelantan’.
Selain itu matlamat jangka panjang kerajaan negeri bagi menjadikan Kelantan sebagai ‘hub penternakan’.
Jurucakap PK Ecoresort berkata, pihaknya terbabit dengan perniagaan ternakan sejak tahun 2000, melihat bidang tersebut mampu berkembang pesat pada masa akan datang.
Turut hadir pada program itu Adun Kadok, Haji Mohd Shukri Abdul Rahman, Pengarah Jabatan Perkhidmatan Haiwan Kelantan, Dr Idris Kadir dan pegawai Kumpulan Pertanian Kelantan Berhad serta pengusaha-pengusaha ternakan kambing.
sumber: usahanwatani-kelantan.blogspot
alhamdulillah negeriku makin maju..
Rabu, 25 Julai 2007
Tiga menteri Kabinet mahu guru tidak putus asa
KUALA LUMPUR 24 Julai – “Kami dulu terdiri daripada anak murid yang kena cubit, kena piuh telinga, kena rotan di tapak tangan dan kena pelbagai disiplin tetapi ibu bapa hormat tindakan itu bagi melahirkan masyarakat berdisiplin,’’ kata Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Warisan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim.
Beliau mencadangkan kaedah hukuman jenis itu wajar ‘dilihat balik’ dalam usaha mendisiplinkan pelajar.
Menteri Pelajaran, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein pula berkata, masih terdapat sebilangan besar anggota masyarakat yang mengiktiraf sumbangan dan pengorbanan guru.
Justeru, katanya, guru perlu tabah dan tidak mudah berputus asas dalam menjalankan amanah mereka.
‘‘Saya nak ingatkan kepada guru yang lain, jangan perkara-perkara yang ditimbulkan sejak kebelakangan ini meluntur dan melemahkan semangat mereka,’’ katanya.
Menteri Penerangan, Datuk Seri Zainuddin Maidin pula berkata, tindakan tegas para guru sering kali disalahertikan oleh segelintir pihak sedangkan kaedah pengajaran yang tegas telah terbukti melahirkan generasi yang berdisiplin.
Beliau berkata, apa yang cuba dibuat oleh warden asrama sebuah sekolah di Sarawak baru-baru ini mungkin satu pengajaran kepada kumpulan pelajar itu supaya tidak mengulangi kesalahan mereka.
“Kita tak dapat nafikan ada guru yang berniat baik. Kita tidak nafikan guru di Sarawak itu mempunyai niat baik kerana masalah yang dihadapi telah berpanjangan dan bukan baru.
“Malah dari segi agama pun kadang-kadang Tuhan turunkan bala untuk memberi peringatan dan pengajaran. Apa yang guru ini buat ialah supaya setiap murid bersama berkongsi perbuatan salah dan mencegah orang lain daripada membuat perkara sama,” katanya.
Ketiga-tiga menteri itu ditemui selepas pertandingan akhir Kuiz Perdana Khas Kemerdekaan anjuran Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan dengan kerjasama Kementerian Pelajaran dan Kementerian Penerangan di Auditorium Perdana, Angkasapuri di sini hari ini.
Menurut mereka, para guru tidak seharusnya mudah berputus asa dengan kritikan negatif yang dilemparkan terhadap profesion itu dalam media sejak akhir-akhir ini dan mereka perlu bersikap profesional menangani isu berkaitan dengan cara guru menangani masalah disiplin pelajar.
Mereka meminta masyarakat supaya tidak menghukum terlalu cepat guru yang dianggap bersikap keterlaluan dalam menangani disiplin a pelajar kerana terdapat guru yang betul-betul komited dalam menjalankan tugas mereka untuk mendidik anak bangsa menjadi insan berguna.
Menteri-menteri itu juga mahukan para guru bersikap terbuka dan menjadikan laporan media itu sebagai suatu iktibar.
Media sejak akhir-akhir ini menyiarkan laporan mengenai tindakan yang dianggap keterlaluan oleh guru ketika menghukum pelajar yang melanggar disiplin.
Terbaru adalah kes seorang guru yang juga warden asrama sebuah sekolah di Sarawak yang bertindak merendam 200 pelajar perempuan di dalam kolam ekoran kesalahan mereka membuang tuala wanita ke dalam mangkuk tandas sungguhpun telah ditegur berkali-kali.
Hishammuddin turut mengingatkan para guru supaya berhemah dalam tindakan mereka menghukum pelajar supaya ia tidak disalahertikan dan menyebabkan guru lain berasa bersalah.
Sementara itu, Rais berkata, pendekatan untuk mendidik pelajar memerlukan penggabungan pendekatan lembut, pendekatan tegas dan tindakan disiplin.
Bagaimanapun, beliau berkata, tindakan disiplin itu boleh diperhalusi supaya ia sesuai dengan tuntutan zaman tanpa mengurangkan nilai pengajaran terhadap murid-murid yang terlibat.
sumber utusan malaysia 25 julai 2007
p/s:hahah...bagus2..dah lame aku nk dgr komen begini dari pak menteri sendiri...hihihi
tulis pakai keyboard PC cavcite di 9:49 PG 2 ulasan
Label: pendidikan
Nilai industri nanas dijangka meningkat RM500 juta
sumber: Utusan malaysia 25 Julai 2007
KUALA LUMPUR 24 Julai – Nilai industri nanas dijangka meningkat kepada RM500 juta menjelang tahun 2010 berbanding hanya RM100 juta pada tahun ini, kata Timbalan Menteri Kewangan II Datuk Dr. Awang Adek Husin hari ini.
Katanya, pertumbuhan itu juga dijangka melahirkan 200 usahawan dalam bidang pertanian dan secara tidak langsung dapat membawa hasil yang besar kepada ekonomi negara.
Ini bakal diperolehi melalui usaha Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani untuk menubuhkan lebih banyak pusat pengumpulan nanas dan mengeksport nanas serta menjual produk hasilan daripada nanas seperti jus nanas, jem nanas dan kerepek nanas, katanya di majlis pelancaran Fiesta Nanas di perkarangan kawasan Menara Kuala Lumpur di sini.
Mengenai Fiesta Nanas itu, beliau berkata ia merupakan satu usaha untuk mempromosikan produk agro-pelancongan kepada pengunjung tempatan dan luar negara malah menarik lebih ramai pelancong asing bersempena dengan `Tahun Melawat Malaysia 2007’.
Sementara itu. Ketua Pegawai Eksekutif Menara Kuala Lumpur Datuk Zulkifli Mohamad berkata melalui aktiviti jualan dan promosi produk nanas ini, pengunjung berpeluang melihat lebih dekat lagi bagi mengenali kelebihan dan keistimewaan nanas.
Fiesta Nanas ini, yang diadakan sejak 23 Julai, bakal diadakan secara besar-besaran sehingga Ahad ini.
Antara aktiviti menarik yang bakal diadakan ialah persembahan kebudayaan, pertunjukan agro-boneka, pertandingan mengupas buah nanas dan demonstrasi masakan dari chef selebriti terkenal.
Selasa, 24 Julai 2007
Program Francais siswazah PNS
Francais adalah suatu kaedah perniagaan yang telah terbukti berjaya diseluruh dunia. Dengan memulakan sebuah perniagaan francais, sebagai seorang francaisi, beliau telah berjaya memendekkan tempoh pembelajaran dan cuba jaya (trial and error). Ini adalah kerana operasi perniagaan berjalan mengikut sistem perniagaan yang telah disediakan oleh francaisor. Sokongan dan latihan juga merupakan sebahagian daripada pakej francais yang ditawarkan oleh francaisor.
Justeru itu, mereka yang berminat dalam bidang perniagaan tetapi tidak mempunyai keyakinan, kekurangan pendedahan dan pengetahuan seharusnya mengambil peluang ini untuk menceburi bidang perniagaan yang diminati. Program ini akan membimbing peserta dalam pelbagai aspek penting perniagaan yang amat bernilai dan menguntungkan
Program Francais Siswazah adalah program khas bertujuan untuk melahirkan usahawan-usahawan Bumiputera dari kalangan siswazah yang berkaliber, berdaya saing dan berkeyakinan untuk menceburi bidang perniagaan francais. Dengan menyertai program ini, peserta akan mendapat bimbingan dan latihan dalam aspek pengurusan perniagaan, risiko-risiko perniagaan, kelas motivasi serta menjalani praktikal di outlet francaisor yang dipilih. Selepas latihan, peserta juga akan dibimbing untuk penyediaan rancangan perniagaan bagi membantu mereka mendapatkan pembiayaan daripada PNS dan lain-lain institusi kewangan. Program ini menawarkan pembiayaan dan pinjaman maksima sehingga 90% atau RM500,000. Walaubagaimanapun, bakal usahawan dikehendaki menyediakan sekurang-kurangnya 10% daripada jumlah keseluruhan kos perniagaan. Ini merupakan komitmen mereka dalam menjayakan perniagaan francais masing-masing. Namun demikian, kelulusan pinjaman adalah tertakluk kepada syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh panel pembiayaan kewangan.
Secara ringkasnya, program bersepadu ini amat menarik dan menguntungkan para peserta terutama dalam aspek keusahawanan dan perniagaan francais. Tiga aspek utama yang diberi penekanan iaitu latihan dan bimbingan, pembiayaan dan pemantauan, diyakini boleh menjadikan golongan ini seorang usahawan francais ataupun francaisi yang berjaya
Utk maklumat lanjut layari : http://www.pns.com.my/program_francais_siswazah.shtml
Isnin, 23 Julai 2007
Warden pertahan rendam 200 pelajar dalam kolam
sumber:utusan malaysia 23 julai 2007
SIBU 22 Julai – Warden Sekolah Menengah Kebangsaan Bawang Assan, dekat sini yang mengarahkan 200 pelajar perempuan berendam di dalam kolam ekoran tindakan seorang daripada mereka membuang tuala wanita ke dalam mangkuk tandas sekolah Rabu lalu, mempertahankan tindakannya.
Warden wanita itu, Wee Yim Pien berkata, beliau telah berulang kali mengingatkan para pelajar supaya tidak membuang tuala wanita ke dalam mangkuk tandas sejak tiga tahun lalu.
Bagaimanapun, katanya, sesetengah pelajar tidak menghiraukan amarannya menyebabkan saluran tandas kerap tersumbat.
Keadaan itu katanya, menyebabkan pengawas sekolah terpaksa menggunakan tangan untuk mengeluarkan tuala wanita yang dibuang ke dalam mangkuk tandas setiap kali saluran tandas tersumbat.
‘‘Sedangkan tempat membuang sampah memang disediakan di luar tandas untuk pelajar perempuan membuang tuala wanita.
‘‘Pihak sekolah turut menyediakan surat khabar lama untuk memudahkan pelajar membalut tuala wanita yang telah digunakan sebelum ia dibuang ke dalam bakul sampah,” katanya.
Beliau mendakwa, walaupun disediakan kemudahan tersebut, keadaan masih tidak berubah.
Malahan, baru-baru ini beliau sekali lagi memberi amaran akan menghukum pelajar yang membuang tuala wanita ke dalam mangkuk tandas dengan merendam mereka ke dalam kolam.
Beliau yang merupakan guru bahasa Inggeris di sekolah berkenaan berkata, Selasa lalu ketika membersihkan hostel, seorang pengawas memberitahunya bahawa satu tuala wanita ditemui di dalam mangkuk tandas.
Jelasnya, beliau hilang sabar dengan kejadian itu lalu menghukum pelajar dengan mengarahkan mereka berendam di dalam kolam.
Guru lepasan ijazah yang berasal dari Kuching itu berkata, pada awalnya beliau mahu menghukum pelajar dengan merendam mereka selama lima minit.
‘‘Tetapi para pelajar membuat bising menyebabkan saya melanjutkan hukuman sehingga setengah jam,” ujarnya.
Beliau berkata, ketika pelajar memasuki kolam, hujan renyai tetapi berhenti tidak lama kemudian dan tiada kilat pada masa kejadian.
‘‘Hujan lebat selepas semua pelajar keluar dari kolam,” katanya.
Guru itu turut menafikan laporan akhbar bahawa kolam berkenaan kotor.
Justeru beliau menolak dakwaan air kolam berkenaan yang menyebabkan pelajar mengalami gatal-gatal dan ruam sehingga ada yang demam.
Laporan sebelum ini mendakwa air kolam berkenaan kotor kerana bercampur dengan sisa makanan dan air kotor yang dibuang dari kantin sekolah.
Menurutnya, air kolam itu kerap digunakan untuk aktiviti luar kelas seperti program orientasi dan juga motivasi.
Bagaimanapun menurutnya, ia merupakan kali pertama beliau mengenakan hukuman sedemikian kepada pelajar.
‘‘Saya mencuba pelbagai cara supaya pelajar menjaga kebersihan kawasan sekolah tetapi gagal,” katanya.
Jelasnya lagi, tugas sebagai warden sekolah bukan mudah dan tidak ramai guru mahu melakukannya.
Ditanya kemungkinan berdepan dengan tindakan disiplin ekoran kejadian itu, katanya, beliau hanya menjalankan tugas.
p/s: aku sokong arr warden nie wat...budak2 mane nk heran kalo member buat salah..die ckp tuh hal masing2,so xyah sibuk2 nk nasihat ker aper...so bila kene mcm nie..member wat salah die yang kene,mesti arr tak puas ati kan?mesti pasni member wat kotor die sound...ye arr nanti tak pasal2 die kene hukum sekali lagi..lagipun benda nie kotor maa...memang patut arr..lagipun kalo tersumbat bukan senang nk repair..sekali repair ribu2..duit kerajaan gak..duit rakyat gak..ibu bapa sekarang tak perlu arr emosional sangat..kalo tak bagi anak2 kene hukum n blaja something dari kesalahan mereka..xyah anto anak gi sekola..duk umah didik sendiri!!baru ko tahu langit tuh tinggi ke rendah..
tulis pakai keyboard PC cavcite di 9:28 PG 0 ulasan
Label: pendidikan
Rear Goats Of Fine Breed, Says Abdullah
Source: Bernama
BAHAU, April 8 (Bernama) -- Prime Minister Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi urged more people to rear goats of fine breed in line with the government's aspiration to raise mutton production by 20 per cent by the end of the Ninth Malaysia Plan (9MP).
He said the expansion of the goat breeding industry could also generate other spin-off industries which were growing such as pharmaceutical, cosmetics and health product industries besides raising the income of those involved in goat breeding.
FEEDING TIME…Prime Minister Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi feeding a Boer goat on his visit to the Subur Boer Goat Farm in Serting near Bahau.
"Although the Ministry of Agriculture (and Agro-based Industry) had already taken the initiative to boost goat breeding four years ago, the number of goat breeding centres needs to be increased," he told reporters after visiting the Subur Boer Goat Farm in Serting, near here.
He also urged goat breeders who were using local stocks to change to this species because they produced high quality meat, grew at a faster rate and fetched a higher price.
"The work involved is about the same but if it yields higher returns, then it's much better. In addition, there will be other by-products that can be generated when there are more goats in the country.
"Everything needs proper organisation even if it starts with animal products," he said.
Earlier, Abdullah witnessed the signing of the agreement between the Malaysian Agricultural Research and Development Institute (Mardi) which was represented by its Deputy Director-General Dr Sharif Haron and the chief executive officer of Gema Padu Sdn Bhd (GP) Major (Rtd) Ng Bon Chong. GP owns the Boer Goat Farm through Subur Sejahtera Sdn Bhd (SSSB).
The agreement will lead to a higher production of Boer goats locally and it had been identified by Mardi in its objective to produce breeding stocks of top quality.
The farm, which is being run on a joint-venture basis with the Negeri Sembilan State Development Corporation, breeds 2,500 Boer goats.
The other objectives of SSSB include supplying Boer goat breeding stocks to local breeders, creating a National Boer Auction Centre at Serting, providing a training centre for breeders, and providing a business model for pig breeders who wish to change their products.
Jumaat, 20 Julai 2007
Keli kanvas : Percanggahan pendapat dan maklumat
ermmm...buat 1st time aku akan menulis tentang khabar angin yang sampai kepada aku masuk telinga kanan keluar telinga kiri..aku ader beberapa sumber maklumat yang boleh dipercayai dan yang agak tidak boleh dipercayai...
ada 2 sumber maklumat berbeza:
1. Member aku yang pergi kursus Keli kanvas
2. Managing Director sebuah company
Perbezaan maklumat:
member aku cakap syarikat (syarikat x) yang aku gi inteview aku arituh tidak mendapat tender untuk mengembangkan lagi industri keli kanvas di malaysia sebabnya dieorang neh mintak duit je ngan kerajaan apabila tender dibuka,tanpa proposal lengkap.Manakala satu syarikat (syarikat Y) baru lagi kemukakan tender bersama dengan sistem,cara sume n etc arr...n syarikat x member aku cakap xdpt tender tuh.arituh aku gi interview syarikat X tu dieorang ckp dieorang dapat berjuta-juta duit kerajaan untuk mengembangkan projek keli kanvas di serata Malaysia beserta pakej-pakej tersedia. dan dieorang mengaku mempunyai beratus-ratus peserta yang akan turut serta serta potensi ribuan lg yg menunggu..member aku yang gi kursus kt syarikat y tuh ckp syarikat x tak dapat satu orang pesrta baru pun akibat kegagalan projek yang dijalankan..ermm...aku sebenarnya setuju dengan fakta nie sebabnya arituh syarikat tuh sendiri mengakui dieorang xdpt capai objektif dieorang nk hasilkan keli dalam masa 70 hari (sekilo 5 ekor).aku pun terkezut dengan objektif nie..dieorang nie sedar ke x?aku rase nk dapatkan keli 5 ekor sekilo dalam masa 3 bulan pun dah cukup payah(berdasarkan pengalaman aku yang ciput arr) ni kan pulak 70 hari jer...adui..lagi satu fakta yang menarik yang aku ketahui dan berjaya korek..syarikat X nie xder fakta dan maklumat lengkap ttg keli xseperti syarikat Y yg memang mempunyai kepakaran dalam bidang nie..dari pengamatan mata kasar aku,dieorang neh kerajaan bagi duit camtuh jer sedangkan dieorang x expert pun pasal nie..bukan masalah dengki ke apa..tapi bayangkan duit kerajaan juta-juta invest dalam syarikat yang tak tahu hujung pangkalnya...bayangkanlah.. tapi bila kerajaan da sedar hal ini barulah mereka alih sokongan kewangan tuh kepada syarikat yang betul.syabas aku ucapkan kepada pihak yang berkenaan..terutama sekali kepada pihak yang membuka mata tentang teknologi terbaru ini, iaitu jabatan perikanan kelantan yang sudi membuka peluang dan mahu melihat potensi penternakan keli kanvas ini.dan sesungguhnya ia membuahkan hasil kerana tempat keli kanvas pertama sekali berjaya di lapangan adalah di Kelantan.Syukur Alhamdulillah kita mempunyai pengarah dan pegawai jabatan perikanan yang mempunyai minda yang terbuka dan berfikiran positif terhadap sebarang teknologi baru yang dihasilkan oleh saintis tempatan.n tahniah kepada Prof dr USM yg hasilkan kaedah penternakan nie..sesungguhnya kaedah nie da mengembangkan lagi penternakan keli di Malaysia..aku pun secara peribadi pernah jumpe prof nie..memang baik dier.tak menyombong langsung..walaupun die antara orang yang femes dan terbaik di bidang akuakultur.Orang cmni arr yang kita carik..ye x?
akhir kata
aku harap kaedah nie x tenggelam atau terhapus kerana ader pihak yang hanya memikirkan keuntungan semata-mata tanpa memikirkan jauh bangun industri akuakultur di masa hadapan.aku harap kaedah dan sistem nie dibangunkan secara bersepadu dan lebih terancang.Kaedah dan sistem yang lebih murah perlu dihasilkan untuk mengatasi kos sebuah kanvas yang mencecah rm1400 satu set sekarang.besi mahal la..ganti ngan plastk ke kayu ker...hihihi..
tulis pakai keyboard PC cavcite di 10:46 PG 0 ulasan
Label: keli kanvas
Rabu, 18 Julai 2007
kes Buang pelajar : MARA bertindak wajar
ermm...walaupun nie blog pertanian aku ingin arr sentuh sket aper yg berlaku skrg nie sbb nie kan blog aku...aku punyer sker arr kan?hihihi...ermmm...dalam kes arituh 15 org pelajar senior telah memukul 10 orang pelajar junior dgn batang penyapu...esh2...sbagai seorang bekas pelajar MRSM,aku rase malu arr perkara nie masih berlaku di era serba moden nieh..bagi aku mmg patut arr dieorang nie kene buang sebab biaser nyer budak2 jenis cmnie mmg dah pernah diberi amaran atau digantung persekolahan..kalau yang pertama kali wat kesalahan plak,mmg patut arr kene buang sebab die gaduh pakai senjata..walaupun batang penyapu..bahaya woo...kire kes jenayah tuh.aku dulu maser nk xpuas ati ngan junior pun takat jerit2 jer...nak lempang xsampai ati sebab aku sendiri pernah rase cmner kene lempang ngan senior..aku xnk junior dendam ngan aku sebab aku sendiri pun masih dendam ngan senior yang lempang aku dulu..karim ngan khairul anuar...serius kalao aku jumpe aku nk sepak terajang mamat dua ekor neh...berlagak nak mampus..dulu ader geng bleh arr dier wat poyo..meh arr try satu lawan satu...sakit ati woo...tu maser aku kt pasir tumboh arr...kat langkawi alhamdulillah sume ok..senior sume kaw2...kamceng.lega ati aku..ermm aku harap lepas nie MARA melalui BPM akan lebih tegas menangani kes kes begini...budak2 cmni mmg xgune..wat perabis duit rakyat jer..bg peluang belajar tempat tempat bagus cmtuh xnk gune elok2..wat jd samseng lak..baik sekola kt kampung arr..br ko tahu langit tinggi rendah...budak skola kampung pun lg pandai menhargai peluang belajar yg mereka dapat ko tahu..bg aku xyah arr mak bapak nk bawak benda nie ke tgh ke tepi ker..xgune..baik pk cmner nk didik anak dengan betul..contohilah pegawai2 MARA sendiri..anak2 dieorg pun ader yg kene buang MRSM..tp dieorg xkecoh pun..dieorg sendiri percaya kt sistem MRSM yg ader dr dulu smpai skrg..so?nape nk rayu2 peluang kedua?aku rase tuh bukan peluang kedua dah...aku rase yg ketiga atau keempat da...jgn tipu arr...hiihi...bg adik2,atau mereka yg ada anak2,adik2,anak sedara,sedara..MRSM adalah tempat yg plg bgus utk belajar...masuk MRSM peluang nk belajar tinggi2 memang terbuka luas..MARA mmg akan jaga 'anak2' dieorg..jgn sebab kes 15 pelajar nih korg takut nk masuk MRSM lak..nie cume sekelumit golongan yang xtahu erti peluang dan kebebasan..cume secebis kisah hitam dari segunung kisah kejayaan anak-anak MARA..MARA terus mara!
p/s: al-fatihah untuk Krew juruterbang pesawat NURI TUDM yg terhempas.Al fatihah..
tulis pakai keyboard PC cavcite di 10:32 PG 0 ulasan
Label: pendidikan
Khamis, 12 Julai 2007
Bidang baru: Beranikah anda?
ermm...mesti korang terpikir ape benda bidan baru yang aku maksudkan...yg aku maksudkan sekarang ialah bidang pertanian baru yg membuka lembaran baru dalam definisi pertanian di negara kita.contoh yg utama sekarang ialah belut, lintah dan cacing..pelik kan?tapi skrg segalanya mungkin..dengan galakan dan insentif yg diberikan oleh kerajaan kepada sektor pertanian negara telah menyuntik pelbagai jenis hidupan utk diternak dan dikomersilkan. Kalau dulu hanyasegelintir orang yg berani berbuat demikian dan org lain hanya memandang sepi dek risiko dan cabaran yg besar yg bakal dihapi jika menceburi bidang yg xtahu hujung pangkalnya..contohnya cacing,saya pernah melawat ladang cacing di selangor..taukenye hidup kaya raya,bila tanya ke mana die pasarkan,ke luar negara jawabnya..masa itu saya hanya mampu mendengar,kerana tidak mengetahui apakah bentuk pemasaran yg diamalkannya,berapakah kosnya, dan berapakah keuntungannya dan hanya mampu melihat dia menikmati kekayaannya..api sekarang semuanya boleh.terdapat sebuah syarikat di kajang yg mengusahakan cacing, lintah dan belut..dan semuanya dilakukan dengan memberi latihan kepada penternak,membekalkan benih dan membeli semula hasil mereka dengan harga yg lumayan..keli kanvas pun org dah wat cara nie..dengan cara ini penternak xperlu risau akan pemasaran produk yg dihasilkan.semuanya diuruskan.tp sudah tentulah keuntungan yg diperolehi bukan keuntungan maksima..al maklumlah melalui org tengah.y x?tp saya rasa ini satu peluang menarik yg wajar digunakan oleh rakyat kita..terutama sekali mereka yg baru menceburi bidang ini ataupun yg sudah lama bertapak.InsyaAllah saya akan berikan informasi terkini ttg syarikat yg mnawarkan pakej2 sedemikian.sekarang syarikat jenis begini banyak di seluruh negara..maklumlah kerajaan byk bg subsidi dan insentif kepada syarikat pertanian.Adakah anda berminat?
tulis pakai keyboard PC cavcite di 11:33 PG 0 ulasan
Label: bidang baru
Selasa, 10 Julai 2007
Pengalaman memelihara seekor kambing
haaa..dulu aku slalu bacer psl org lain tulis mengenai kambing..skrg aku plak nk tulis pengalaman aku...aku baru jer beli seekor kambing betina baka anglo nubian(menurut abg mat yg jual kambing nie arr..),telinga dier labuh,bulu kt punggung lebat,kaki ader putih2 sket..kaler keseluruhan coklat..dier ckp baru wat masuk dr golok..hhehe..kambing pun org cari kt golok....hihih.erm dier ckp kambing nie xsampai setaun lg..aku pun check arr gigi dier..yg kt tgh tuh ader sebatang jer..maknenya btul aarr ape dier ckp kan?heheh...mintak dibetulkan salah dan silap..hihih.aku da siapkan kandang dier kt blkg umah aku.mula2 aku pkai lantai tanah,tapi selepas dinasihatkan oleh uncle aku dier suh wat lantai papan kerana ditakuti helminth(cacing) akan menjangkiti kambing jd aku pun wat arr lantai..ari pertama dier balik aku bagi makan rumput n dedak kambing yg aku beli dier mkn punyer arr best...aku ske arr kambing neh.umur dier kurg setaun aku rs sbb bile aku banding dengan kmasdasdasbing dewasa anglo yg ader kt umah abg mat tuh jauh gak arr beza dier..tinggi siut..hmapir separas dada aku.ermm.berbalik kpd kambing aku nie,lepas tuh ptg tuh jugak dier wat hal..dier lari dr rumah!!tuh aku xksah arr sbb aku leh tangkap balik,yg jd masalah dier bedal pokok bunga ros mak aku...huhuhu..bising mak aku arituh...aku pun heran la cmner mek bing nie leh lari...sedangkan kandang aku dah standard kandang piawai Mardi..hihi..lpas check aru ar aku tahu die panjat tempat makanan tuh n then lompat kuar...fuh dasyat...leh lompat galah kambing aku nie.pastuh aku g ar tangkap dier balik..1st time aku peluk kambing,nsib baik binatang halalan toyibba..hihihi..tp aku heran gak budak skrg ske pegang lembu kaki pendek...haram tuh..tp ske gak pegang..paham x ape aku cube ckp nih..seorang lelaki atau perempuan seolah2 memegang lembu kaki pendek tuh arr apabila dier pegang tangan awek atau pakwenyer...btul nie...dose tuh taw...jgn wat..ermm balik kt kambing aku nie..nsib baik arr dier jinak,xlari jauh..leh aarr tangkap balik..maser angkat dier arr br aku raser dier berat...dlm 20kg kot...aku beli rm300 lbh..ok?ermmm...lpas tuh dlm 2 hari lpas tuh aku beli garam jilat n ubat cacing...aku suap dier mkn..hihih...tp arini ader berite sedih...telinga dier yg ader lubang tuh carik...maybe tersangkut kt paku...huhuhu...kalut aku buh minyak gamat..sian kambing aku..huhuh...lg satu aku terpikir..kambing aku nie leh mengawan dah ker?ader pendapat taiko2?esis?kawan2 yg tahu?