PASIR MAS, 27 Julai – Selepas berjaya melancarkan program penternakan kambing secara komersial jenis baka Jamnapari dan Boer, kini kerajaan negeri mewujudkan pula pusat jualan ternakan negeri.
Pusat jualan tersebut terletak di kawasan tanah rezab haiwan di Kampung Repek dekat sini, diurus syarikat PK Ecoresort Sdn Bhd dengan pemantauan dan khidmat nasihat Jabatan Perkhidmatan Haiwan serta Fama.
Perasmian pusat itu dilakukan Pengerusi Pertanian dan Industri Desa, Dr Nik Mazian Nik Mohamed semalam. Pada sebelah malamnya diadakan solat hajat di tapak pusat jualan tersebut.
Dr Nik Mazian berkata, dengan adanya pusat jualan ternakan, kerja-kerja pemasaran akan menjadi lebih mudah memandangkan ia akan menjadi pusat tumpuan utama pembeli kambing jenis baka baik.
Oleh itu beliau berharap penternak dan pengusaha yang ingin memasarkan kambing disaran memanfaatkan pusat tersebut.
“Sebelum ini kerajaan negeri memperkenalkan program Jihad Ternak yang mana pusat penternakannya terletak di Rong Chenok dekat sini, bertujuan untuk mengembangkan baka kambing.
“Dan pusat jualan pula diwujudkan sebagai salah satu tempat untuk peserta yang terbabit dengan program Jihad Ternak mendapat baka kambing yang terbaik,” ujarnya.
Menurutnya pada masa akan datang Kelantan dijangka mampu mengeluarkan baka kambing jenis tempatan yang mungkin dikenali sebagai ‘kambing Kelantan’.
Selain itu matlamat jangka panjang kerajaan negeri bagi menjadikan Kelantan sebagai ‘hub penternakan’.
Jurucakap PK Ecoresort berkata, pihaknya terbabit dengan perniagaan ternakan sejak tahun 2000, melihat bidang tersebut mampu berkembang pesat pada masa akan datang.
Turut hadir pada program itu Adun Kadok, Haji Mohd Shukri Abdul Rahman, Pengarah Jabatan Perkhidmatan Haiwan Kelantan, Dr Idris Kadir dan pegawai Kumpulan Pertanian Kelantan Berhad serta pengusaha-pengusaha ternakan kambing.
sumber: usahanwatani-kelantan.blogspot
alhamdulillah negeriku makin maju..
We Moved
7 tahun yang lalu
Tiada ulasan:
Catat Ulasan