sumber: Utusan malaysia 25 Julai 2007
KUALA LUMPUR 24 Julai – Nilai industri nanas dijangka meningkat kepada RM500 juta menjelang tahun 2010 berbanding hanya RM100 juta pada tahun ini, kata Timbalan Menteri Kewangan II Datuk Dr. Awang Adek Husin hari ini.
Katanya, pertumbuhan itu juga dijangka melahirkan 200 usahawan dalam bidang pertanian dan secara tidak langsung dapat membawa hasil yang besar kepada ekonomi negara.
Ini bakal diperolehi melalui usaha Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani untuk menubuhkan lebih banyak pusat pengumpulan nanas dan mengeksport nanas serta menjual produk hasilan daripada nanas seperti jus nanas, jem nanas dan kerepek nanas, katanya di majlis pelancaran Fiesta Nanas di perkarangan kawasan Menara Kuala Lumpur di sini.
Mengenai Fiesta Nanas itu, beliau berkata ia merupakan satu usaha untuk mempromosikan produk agro-pelancongan kepada pengunjung tempatan dan luar negara malah menarik lebih ramai pelancong asing bersempena dengan `Tahun Melawat Malaysia 2007’.
Sementara itu. Ketua Pegawai Eksekutif Menara Kuala Lumpur Datuk Zulkifli Mohamad berkata melalui aktiviti jualan dan promosi produk nanas ini, pengunjung berpeluang melihat lebih dekat lagi bagi mengenali kelebihan dan keistimewaan nanas.
Fiesta Nanas ini, yang diadakan sejak 23 Julai, bakal diadakan secara besar-besaran sehingga Ahad ini.
Antara aktiviti menarik yang bakal diadakan ialah persembahan kebudayaan, pertunjukan agro-boneka, pertandingan mengupas buah nanas dan demonstrasi masakan dari chef selebriti terkenal.
We Moved
7 tahun yang lalu
Tiada ulasan:
Catat Ulasan