Pendidikan,Pertanian seiring...

Selasa, 31 Julai 2007

Ikan sepat Biru ku bertelur di atas mesin basuh...


hihihi...3 hari lepas aku letak arr 3 ekor ikan sepat biru kt dalam akuarium tebiar kt luar umah tuh(kesan tinggalan NRIC) atas mesin basuh yg juga kt luar umah...hihih..taruk keladi pe erkk.emm..jap nak ingat..ermmm adik beradik kepada keladi bunting tuh arr...ha,kiambang.kiambang ni akan bertindak sebagai medium kepada pembiakan ikan sepa nih..kalau korang nak tahu ikan sepat bertelur di permukaan iaitu 'bubble nester'..jadi dengan adanya daun keladi ni die akan berasa lebih selamat untuk buat buih...buih ni akan jadi medium tempat dia letak telur arr..maaflah gambar dieorang tengah ehem...ehem aku tak dapat amik..tau-tau dah ader anak...jadi kalo korang nak tahu jantan betina ikan neh tengok pada sirip dorsal dier..iaitu sirip kat atas belakang dia,kalau jantan sirip dia runcing,kalau betina dia tidak tajam..bentuk bujur jer..ermm..aku tengak ciri ni hampir boleh diguna pakai untuk semua jenis ikan sepat..tapi sesetengah jer ekk..tak semua..kalo nak pilih jantan elok saiz dia dalam 4 inci,sama jugak dengan betina,tapi betina korang kene pilih yang perut buncit...of course la kan..hihih..pastikan sisik ikan yang korang pilih nie bersinar dan sirip dieorang tegang..xmonyok...pendek kata aktif arr..lagi satu tips taruk daun ketapang untuk wat air tuh jadi berasid(sesuai untuk pembiakan).kalau ikan gourami ni korang tak perlu pengudaraan..slow jer cukup..untuk pembiakan pun sama..tak pakai pun takpe..untuk pemakanan plak,kalau untuk jadi pembiak yang berjaya,korang bagi arr ikan korang makan makanan hidup contohnya jentik2,moina,daphnia...cacing darah(bloodworm) beku pun boleh...nie kalau untuk yang nak jaga elok2 arr.kalau aku taruk kiambang jerr,pastu biar jer ikan tuh hidup sendiri..anak2 yang terhasil tuh seeloknya diberi makan rotifer, atau air hijau...tapi berdasarkan pengalaman kawan2 aku (hema,darul) kadar survival ikan sepat biru nie rendah..banyak yang mati mase kecik..tapi xpe ikan nie cepat bertelur lagi selepas tu...oklah aku rasa cukup dah info kali nie...jumpa lagi di lain hari..nanti aku ajar camner nak biak ikan laga plak...saper nak tau angkat tangan..cepat!!fuyoo..ramainyer nak tau...heheh..maner aku nampak tangan korang ye x ye...

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

anak ikan sepat ni kna bg mkn masa umur brp erk?

Tanpa Nama berkata...

anak ikan sepat blh diberi mkn ketika umur brp yer?

cavcite berkata...

3 hari selepas menetas kena bagi dah makan makanan hidup